Showing posts with label tudung instant. Show all posts
Showing posts with label tudung instant. Show all posts

Monday, 2 March 2015

Shawl Instant 2 Muka




Shawl instant 2 muka direka untuk memudahkan peminat shawl memakainya dengan cara yang mudah dan cepat. Cara memakainya cukup mudah. Sarungkan bentuk sarung muka yang pertama dan seterusnya sarungkan bentuk sarung muka yang kedua seperti memakai hoodie. Perbetulkan shawl untuk mendapat kemasan yang shawl yang menarik. Selesai memakai shawl tanpa mengguna sebarang pin.

Cara menjahitnya tidak susah. Lihat pada gambar yang saya tunjukkan sidah faham cara menjahitnya tanpa memerlukan sebarang pola. Untuk bahagian atas pada muka saya mengguna jahit lipat biasa sahaja. Kemasan sekelilingnya pula mengguna jahit tepi halus. Material yang digunakan adalah lycra moss crepe. Jenis kain yang lembut sejuk dan meri. Sejuk dan selesa. Mudah dijaga dan tidak berkedut. Kebanyakan kedai kain ada menjual kain jenis ini.

Peminat shawl instant boleh mencuba untuk memakai shawl instant ini pula. Boleh jahit sendiri kalau rajin. 

Monday, 9 June 2014

Shawl Sarung

shawl sarung dari sebelah luar

shawl sarung dari sebelah dalam

digayakan di kepala

shawl sarung dari sebelah luar

shawl sarung dari sebelah dalam

digayakan di kepala

Shawl sarung atau tudung sarung dikategorikan sebagai shawl instant atau tudung instant kerana mudah dipakai dan senang disarungkan di kepala. Contoh shawl sarung di atas adalah untuk shawl sarung dengan warna yang berlainan iaitu merah dan ungu. Warna di luar dan di dalam adalah berlainan dari material lycra 2 tone. 

Cara menjahitnya juga mudah hanya menggunakan mesin jahit tepi halus untuk mencantum hujung kain menjadi seperti sarung. Selepas itu jahit tepi keliling untuk di sebelah atas dan bawah kain untuk menjadinya cantik dan kemas.

Trend shawl instant menjadi trend fesyen terkini untuk shawl dan tudung dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi terutamnya untuk mereka yang bekerja dan ingin bergaya. Oleh sebab itu sentiasa ada sahaja tempahan dari pelanggan untuk shawl jenis instant atau shawl segera ini. Sudah beberapa kali dihantar untuk dijahit dan sekejap sahaja habis dijual seperti pisang goreng panas.

Boleh sahaja menggunakan apa-apa jenis fabrik kain samada lycra, denim atau chiffon. Shawl sarung atau shawl instant ini sangat dihargai oleh mereka yang tidak pernah cukup masa mengurus urusan harian. Tambahan pula terdapat berbagai jenis warna yang sepadan dengan warna atau corak pada baju. Oleh sebab itulah shawl sarung ini sentiasa ada permintaan. 

Macam mana nak pakai shawl sarung ini? Kak Ros pun tak tahu. Pandai-pandailah belit sendiri.

Monday, 14 April 2014

Tudung Syria



Tudung syria memang simple dan ringkas.  Tidak ada awning, mudah digayakan. Boleh juga dipanggil tudung express atau tudung segera. tetap mempunyai peminatnya.  Oleh sebab itu ramai yang menggemarinya. Walaupun simple tetapi tetap bergaya apabila memakainya. 

Warna plain selalunya menjadi pilihan. Tudung ini paling mudah untuk dijahit. Lihat sendiri tutorial menjahit tudung syria yang telah saya postkan dalam entri yang lepas. Potong kain ikut pola. Kemudian jahit untuk cantumkan tudung tersebut. Kemaskan hujung kain dengan jahitan coverstitch atau jahit tepi halus. Sesiapa sahaja yang mempunya asas  menjahit tentu boleh menjahitnya. Sangat mudah.

Walaupun pelbagai fesyen tudung muncul dengan rekabentuk terbaru, tudung syria tidak pernah dilupakan. 
Selesa dipakai dan sesuai dengan kebanyakan bentuk muka. Menjaganya  pun tidak susah. Nak lipat pun senang sebab tidak ada awning. Boleh dimasukkan dicelah -celah beg kalau nak berjalan jauh atau balik kampung. Cara memakainya pun mudah. Sarung sahaja di kepala. Boleh dipakai dengan inner atau tanpa inner. 

Kepada suri rumah yang sepanjang masa berada rumah amat sesuai sekali memakai tudung syria ini. Boleh pakai semasa hendak menyidai kain di ampaian atau semasa nak keluar beli ikan di depan rumah atau semasa nak keluar beli barang di kedai.  Semua nak cepat mesti pakai tudung yang mudah.

Kepada yang bekerja pula tudung syria juga tidak ketinggalan dari segi fesyen. Boleh dipakai dengan kerongsang atau gunakan pin sahaja pun nampak kemas. Tidak perlu lagi nak cerita panjang, cubalah sendiri pakai tudung syria. Lihat muka di cermin. Muka yang nampak tembam tadi sudah kelihatan seperti bujur sirih. Tentu ramai yang tergoda.

Sunday, 16 February 2014

Jubah, Blouse, Dress dan Baju Kurung Untuk Pelanggan

Hari ini tak nak tulis cerita panjang-panjang. Cukuplah nak tunjukkan gambar beberapa tudung, shawljubah dress, blouse dan baju kurung yang berjaya disiapkan dalam beberapa hari ini seperti mana yang ditempah oleh pelanggan.

Ungkapan popular "A picture is worth a thousand words" cukup untuk mentafsirkan dan menggambarkan tudung dan baju yang sebagaimana menjadi pilihan pelanggan. Bukan semua orang suka membaca. Ada yang nak tengok gambar sahaja. Ada yang suka cerita. Ada yang suka kedua-dua sekali. Ikut minat masing-masing. Yang terbaik adalah mereka yang suka berfikir apabila melihat sesuatu ada membaca sesuatu.

Bagi pengiklan dan penjual online pula gambar atau imej yang cantik dan menarik amat penting untuk memukau pelanggan sehingga menjadikan pelanggan rasa tidak senang duduk dan termimpi-mimpi untuk mendapatkan produk tersebut.

Bagi saya pula yang masih belajar ilmu edit mengedit ini dan mengambil gambar secara profesional ini cukuplah untuk menunjukkan gambar hasil jahitan yang saya siapkan. Gambar yang diambil tanpa edit dan hanya menggunakan patung sebagai model. Kalau ikut hati memang macam-macam nak belajar. Mungkin juga perlu fikirkan untuk 'outsource' sahaja benda-benda macam ni. Nantilah bila dah maju nanti.

Kalau dulu gambar-gambar yang saya ambil berlatar belakang warna putih sebab dinding rumah lama warna putih, sekarang warna kuning pula sebab dirumah baru sekarang dindingnya warna kuning. Kalau nak ambil gambar dengan latarbelakang putih juga mungkin perlu beli skrin putih yang boleh diletakkan sebagai latarbelakang.

Bila dah mula menaip, mulalah nak tulis panjang-panjang. Cukuplah setakat ini dan nikmati hasil jahitan yang saya sempat siapkan dalam beberapa hari ini.

Shawl Instant Dengan Bunga Ros













Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018