Sunday 27 March 2016

Lokasi Kedai Jahit Nash Fesyen



Alamat:
Nash Fesyen
No 3-1, Jalan Reko Sentral 2, Reko Sentral,
43000 Kajang Selangor.

Tel./SMS/Whastapp:
017-4315193.

Email:
rosmah1@gmail.com


Friday 11 March 2016

Balik Kampung



Saya akan bercuti di kampung sehingga Rabu, 16 Mac 2016. Oleh itu saya akan menutup kedai jahit Nash Fesyen mulai hari ini 12 Mac 2016 (Sabtu) sehingga 16 Mac 2016 (Rabu) . Sebarang panggilan/ sms/whatsapp dan pertanyaan masih akan dijawab seperti biasa.

Terima Kasih

Wednesday 9 March 2016

Tema Batik Untuk Majlis Kenduri




Memang menjadi kebiasaan  sekarang bila ada majlis kenduri, adik beradik dan penyambut tetamu akan pakaian dengan tema yang sama. Lelaki dengan baju batik atau baju melayunya. Perempuan pula dengan dress dan tudungnya. Tema yang sama menjadikan majlis bertambah meriah. Tetamu dan adik beradik yang jauh dapat mengenali siapa keluarga tuan kenduri dan mungkin ingin mengenalinya dengan lebih rapat lagi.

Begitulah tempahan mengikut tema yang biasa saya terima terutamanya bila ada cuti sekolah yang akan banyak majlis kenduri diadakan. Tempahan baju batik yang simple dan berlengan pendek memang selesa ketika menguruskan tetamu yang datang. Tidak panas dan memudahkan pergerakan terutamanya untuk lelaki. Baju begini bukan boleh dipakai sekali sahaja tetapi juga boleh dipakai di hari-hari yang lain. Tidak rugi menempahnya.

Akhir-akhir ini tempahan menjahit baju masih lagi untuk majlis-majlis perkhawinan dan pakaian untuk hari-hari biasa sahaja. Walaubagaimana pun sudah ramai yang membuat booking untuk tempahan hari raya. Ada yang bertanya bila hari akhir saya mengambil tempahan untuk hari raya 2016. Saya tidak pernah set apa-apa target date lagi. Biasanya saya terima sehinggalah saya merasakan perlu menolak jika tidak mampu siapkan dalam masa yang ditetapkan iaitu seminggu sebelum hari raya. 



Tuesday 8 March 2016

Baju Perempuan Cekak Musang


Kebiasaanya saya banyak menerima tempahan baju melayu cekak musang tetapi kali ada pula yang menempah baju perempuan cekak musang. Baju cekak musang biasanya dilihat pada bentuk potongan pada kolar baju yang menegak di bahagian leher. Lebar kolar hanya bersaiz beberapa inci sahaja yang menegak melilingi leher. Di hadapan baju terdapat bukaan tegak pada bahagian dada yang boleh dikancingkan atau dibutangkan. Contohnya seperti pada kolar baju melayu. 

Ada juga yang tidak meminatinya kerana bila memakainya terrasa seperti tercekik pada leher tetapi ramai juga peminatnya kerana bila memakainya baju cekak musang ini nampak segak dan bergaya terutamanya apabila menghadiri majlis kenduri kendara dan majlis-majlis rasmi. Baju cekak musang merupakan antara baju tradisional dalam budaya melayu yang popular.

Terkenang pada  masa kecil-kecil dahulu waktu hari raya selalu memakai baju cekak musang. Kakak sulung yang menjahitnya. Untuk raya tahun ini belum fikir lagi tema apa yang sesuai. Anak-anak memang tidak berminat dengan baju tradisional kecuali baju kurung.

Friday 4 March 2016

Baju Moden


Antara tempahan menjahit baju moden yang diterima dari pelanggan.

Untuk tempahan menjahit baju boleh hubungi Nash Fesyen.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018