Tuesday 22 September 2015

Shawl Instant Bercorak







Fesyen shawl bukan sekadar pada rekabentuknya sahaja tetapi boleh juga datang dengan pelbagai material dan corak. Kepelbagaian pada corak shawl memberi banyak pilihan untuk disesuaikan dengan pakaian. Shawl instant bercorak boleh sahaja digayakan  dengan pelbagai warna baju untuk pelbagai majlis terutamanya majlis kenduri kahwin atau menjadi fesyen untuk pulang ke kampung sempena hari raya korban nanti. 

Saya akan bercuti mulai besok, rabu sehingga hari sabtu ini untuk pulang ke kampung menyambut hari raya korban. Kedai Jahit Nash Fesyen akan beroperasi semula pada hari ahad ini. Kepada sesiapa yang ingin berjumpa atau membuat tempahan boleh tangguh dahulu sehingga minggu hadapan. Walau bagaimanapun setiap message yang dihantar akan dilayan seperti biasa.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Wednesday 9 September 2015

Tempahan Pukal Shawl Dari Sarawak




Pasaran shawl dan tudung di Sarawak memang luas. Ramai yang mengikuti perkembangan fesyen dan tudung ingin mendapatkannnya tetapi menghadapi kesukaran untuk mendapatkannya. Saya sendiri mendapat banyak tempahan secara individu dari Sarawak. Permintaan memang banyak. Peluang kepada peniaga tudung dan shawl untuk meneroka pasaran di Sarawak ini.

Tempahan secara pukal memang sukar kerana melibatkan kos penghantaran yang tinggi. Untuk tempahan pukal daripada saya, pelanggan perlu membawa kain sendiri. Saya hanya menjahit sahaja mengikut fesyen yang dikehendaki. 

Bagi pelanggan saya ini, peluang bekerja di sekitar KL membolehkannya membuat tempahan shawl secara pukal untuk dihantar ke Sarawak. Dapat berjumpa dengan saya secara terus memudahkan urusan untuk membuat tempahan. Membeli kain dengan pilihan sendiri dan fesyen yang dikehendaki pula dapat dipenuhi memberi kepuasan kepada penjual.

Terdapat banyak pertanyaan untuk membeli tudung dan shawl secara borong daripada saya termasuk dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura,. Buat masa ini saya belum membuat perkhidmatan menjual tudung dan shawl secara borong. Saya hanya menerima tempahan secara pukal dengan pelanggan menghantar kain kepada saya untuk dijahit. Kepada yang tinggal berdekatan boleh datang ke kedai saya untuk perbincangan lebih lanjut.

Tuesday 8 September 2015

Kelas Menjahit Tudung & Shawl



Kelas menjahit tudung yang saya jalankan pesertanya memang tidak ramai.  Saya hanya mengambilnya dalam dua hingga tiga orang sahaja untuk setiap kelas. Paling ramai pun mungkin hingga empat orang. Saya ingin memastikan peserta mendapat perhatian yang secukupnya daripada saya. Saya juga ingin memastikan peserta dapat mennyiapkan tudung yang dipelajari dalam masa yang ditetapkan dan setiap peserta boleh membawa balik tudung tersebut hasil jahitan sendiri.  Peserta juga boleh mencuba menggunakan pelbagai jenis mesin yang ada di kedai saya. 

Kelas menjahit tudung dan shawl yang dijalankan juga diharap dapat memberi pengalaman yang bererti dan menyeronokkan kepada peserta kerana setiap peserta boleh melakar pola, memotong dan menjahit sendiri. Setiap orang boleh bertanya kepada saya tanpa merasa kekok dan malu kerana pesertanya tidak ramai. Dengan pengalaman yang ada pada, saya cuba untuk memberi yang terbaik termasuk soalan-soalan di luar skop pembelajaran. 

Kelas diadakan setiap hari sabtu dari pukul 11.30 pagi sehingga 5.30 petang atau sehingga tudung siap. Setiap peserta juga akan diberi beberapa jenis pola untuk tudung dan shawl untuk dicuba bila pulang nanti. Semasa kelas berjalan saya akan menutup kedai untuk supaya tiada gangguan kepada peserta. Oleh kerana kelas dijalankan dikedai suasana pembelajaran yang lebih selesa. Boleh memotong kain di atas lantai atau meja yang disediakan mengikut keselesaan. Ada aircond lagi. Parking pun percuma. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut kelas menjahit tudung dan shawl. 

Gambar di atas adalah peserta kelas menjahit tudung dan shawl yang saya jalankan pada minggu lepas. Diharapkan kelas yang dihadiri bermanfaat dan berjaya hasilkan tudung dan shawl sendiri selepas ini. Semuanya akan menjadi mudah selepas kita selalu melakukannya. Insya Allah.

Thursday 3 September 2015

Dress, Baju Kurung, Kebarung, Blouse, Cardigan & Kaftan


            Dress sari                                         Dress berkolar    


Baju kurung sari                                       Cardigan        


         Kebarung                                           Blouse berbutang  
                        

Blouse


Kaftan

Memakai baju dengan pilihan fesyen sendiri dan ukuran yang sesuai menjadi idaman setiap wanita. Ianya memberi keselesaan dan kepuasan ketika memakainya. Pilihan warna, corak, fesyen dan ukuran badan sendiri hanya boleh dilakukan jika membuat tempahan.

Bagi tukang jahit pula menjahit pakaian dengan ukuran yang dikehendaki oleh pelanggan merupakan satu cabaran yang besar. Kesilapan mengambil ukuran boleh menyebabkan baju ketat, terlalu besar dan tidak boleh dipakai. Kadang-kadang ukurannya sudah betul tetapi si pemakai masih lagi mengkehendaki untuk membuat adjustment kerana merasakan masih tidak seperti yang dikehendaki. Ini biasanya berlaku jika pemakainya mengkehendaki bajunya itu betul-betul fit dengan bentuk badannya. 

Kesukaran kepada tukang jahit bukan sahaja menjahit mengikut ukuran yang diambil. Kadang-kadang perlunya membuat penyesuaian kepada kain yang hendak dipotong. Ada sesetengah kain tidak cukup, mempunyai corak, jalur, kaki kain yang perlu diambil kira ketika memotong. Oleh kerana ukuran pelanggan yang berbeza-beza menyebabkan berlaku banyak adjustment yang perlu dilakukan. Namun yang demikian tukang jahit masih berusaha dengan susah payah untuk menyiapkan juga tempahan yang diterima. 

Mengambil ukuran dan menyiapkan tempahan pakaian bukan seperti mengambil ukuran data antropometri dalam kajian rekabentuk ergonomik yang pada akhirnya hanya mengambil kira purata ukuran untuk rekabentuknya. Jika ukuran standard sahaja yang diambil seperti ukuran untuk saiz S,M,L, XL kerjanya lebih menjadi mudah berbanding dengan ukuran pada tempahan individu. Ukuran yang diambil untuk tempahan individu boleh menyebabkan complaint dari pelanggan jika tidak seperti yang dikehendaki. Jika pelanggan itu pertama kali membuat tempahan mungkin sekali itu sahaja akan datang dan tidak akan datang lagi. Oleh sebab itu kebanyakan tukang jahit lebih suka mengambil tempahan dari regular customer kerana mereka sudah mengetahui karenah dan masalah yang dihadapi oleh tukang jahit ketika membuat tempahan.

Oleh sebab itu sesetengah tukang jahit lebih suka pelanggan menghantar baju contoh kerana mengikut ukuran pada baju contoh lebih memudahkan kerja dan ukuran yang sama seperi baju contoh tidak ada sebab untuk pelanggan membuat complaint. Walaubagaimana pun sebagai tukang jahit menerima complaint tentang baju yang ketat, besar dan sebagainya adalah sesuatu yang lumrah. Oleh sebab itu kebiasaanya basi pada kain perlu ditinggal untuk tujuan pembaikan semula jika baju itu ketat, tidak fit dan sebagainya. Mengharap kesempurnaan seratus peratus untuk semua tempahan adalah sesuatu yang mustahil kerana selera dan citarasa setiap orang tidak sama antara satu sama lain. Jika kita terlalu mencari kesempurnaan kita mungkin hilang yang terbaik.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan dress, baju kurung, kebaya, kebarung, jubah dan lain-lain pakaian wanita boleh menghubungi saya seperi pada nombor telefon yang saya tinggalkan dalam blog ini atau datang terus ke kedai jahit saya di Jalan Reko Sentral 2, tingkat 1, bersebelahan dengan Hotel M Garden. Kedai jahit saya dibuka dari 9.00 pagi hingga 6.30 petang.

Wednesday 2 September 2015

Tudung Awning Bercorak





Semakin banyak fesyen tudung di pasaran menjadikan semakin keliru untuk membuat pilihan fesyen yang sesuai. Untuk memilih shawl semacam tidak kena dengan gaya sendiri. Oleh itu fesyen tudung yang paling sesuai untuk semua keadaan adalah fesyen tudung berawning sama ada plain atau bercorak. Tudung berawning juga sesuai dalam kebanyakan keadaan termasuk juga di majlis-majlis rasmi atau di majlis-majlis korporat.

Jika shawl instant mudah dipakai bagi peminat-peminat shawl begitu juga dengan tudung berawning. Pakai dan sarung sahaja. Ini adalah tempahan yang saya terima tidak putus-putus sejak dari dahulu lagi. Berawning atau tidak, bercorak atau plain bergantung kepada kesesuaian pemakai. Semakin banyak pilihan tudung semakin mudah untuk bergaya. 

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018