Tuesday, 8 September 2015

Kelas Menjahit Tudung & Shawl



Kelas menjahit tudung yang saya jalankan pesertanya memang tidak ramai.  Saya hanya mengambilnya dalam dua hingga tiga orang sahaja untuk setiap kelas. Paling ramai pun mungkin hingga empat orang. Saya ingin memastikan peserta mendapat perhatian yang secukupnya daripada saya. Saya juga ingin memastikan peserta dapat mennyiapkan tudung yang dipelajari dalam masa yang ditetapkan dan setiap peserta boleh membawa balik tudung tersebut hasil jahitan sendiri.  Peserta juga boleh mencuba menggunakan pelbagai jenis mesin yang ada di kedai saya. 

Kelas menjahit tudung dan shawl yang dijalankan juga diharap dapat memberi pengalaman yang bererti dan menyeronokkan kepada peserta kerana setiap peserta boleh melakar pola, memotong dan menjahit sendiri. Setiap orang boleh bertanya kepada saya tanpa merasa kekok dan malu kerana pesertanya tidak ramai. Dengan pengalaman yang ada pada, saya cuba untuk memberi yang terbaik termasuk soalan-soalan di luar skop pembelajaran. 

Kelas diadakan setiap hari sabtu dari pukul 11.30 pagi sehingga 5.30 petang atau sehingga tudung siap. Setiap peserta juga akan diberi beberapa jenis pola untuk tudung dan shawl untuk dicuba bila pulang nanti. Semasa kelas berjalan saya akan menutup kedai untuk supaya tiada gangguan kepada peserta. Oleh kerana kelas dijalankan dikedai suasana pembelajaran yang lebih selesa. Boleh memotong kain di atas lantai atau meja yang disediakan mengikut keselesaan. Ada aircond lagi. Parking pun percuma. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut kelas menjahit tudung dan shawl. 

Gambar di atas adalah peserta kelas menjahit tudung dan shawl yang saya jalankan pada minggu lepas. Diharapkan kelas yang dihadiri bermanfaat dan berjaya hasilkan tudung dan shawl sendiri selepas ini. Semuanya akan menjadi mudah selepas kita selalu melakukannya. Insya Allah.
Post a Comment

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2017