Showing posts with label baju raya. Show all posts
Showing posts with label baju raya. Show all posts

Friday 29 April 2016

Baju Kain Sari Untuk Tema Raya 2016

Baju kurung moden kain sari

Jubah sari chiffon

Tema hari raya tahun ini nak pakai apa pula? 

Setiap tahun ada sahaja cadangan-cadangan untuk tema pakaian hari raya. Pada hari raya sahajalah masa yang sesuai untuk seluruh keluarga berkumpul dengan memakai pakaian hari raya. Momen ini sangat penting untuk bergambar bersama dan menjadinya sebagai kenang-kenangan.  Pada hari raya semua orang tidak segan untuk berpakaian baru dan mencuba fesyen menarik. Pada hari lain jangan haraplah untuk bersama keluarga dengan pakaian bertema tertentu. Peluang ini tidak akan datang lagi tambahan pula setiap tahun umur semakin meningkat dan anak-anak pula semakin membesar.

Ibu, tahun ini nak pakai tema apa pula? Anak-anak pun dah faham dan selalu bertanya.

Walaupun hari raya lambat lagi tetapi apabila sebut sahaja baju raya ianya perlu dirancang sekurang-kurangnya dua bulan lebih awal. Tambahan pula ada anak-anak yang tinggal di asrama dan pulang sekali sekala sahaja. Bila dah pulang pada masa itulah untuk mencari kain dan mengambil ukuran. Perancangan awal penting untuk menghantar kepada tukang jahit. Kalau lambat nanti tukang jahit pun dah tak nak ambil tempahan.

Bila melihat tempahan baju sari oleh pelanggan nampak macam menarik pula. Tahun ini ingat nak buat baju raya kain sari pula. Cuti hari buruh ini bolehlah start pergi cari kain. 

Untuk tempahan hari raya tahun saya akan STOP ambil tempahan sehingga habis bulan Rejab ini sahaja. Sesiapa yang berminat untuk menghantar tempahan baju raya masih boleh datang. 

CEPAT. Tempahan akan ditutup selepas ini. Siapa datang dahulu dia yang dapat.

Thursday 14 May 2015

Baju Raya Tahun Ini


Perkara ini memang sukar jika difikirkan. Lebih sukar dari membuat keputusan untuk balik kampung. Di sebelah sana atau di sebelah sini. Masing-masing ada pendapat sendiri. Jika ada yang tidak setuju hari raya tahun ini akan menjadi tidak meriah. Tambahan pula raya tahun ini telah diputuskan untuk balik ke kampung sendiri. Keceriaan untuk beraya di kampung sendiri tidak boleh dilepas begitu sahaja. 

Perkara yang besar begini perlu difikirkan bersama-sama bersama-sama dengan ahli keluarga. Perlu dibuat kata putus dengan segera. Hari raya hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Masa semakin suntuk. Masa terbaik untuk berbincang bersama-sama  adalah di waktu malam apabila semua berada di meja makan untuk makan malam. Maka berlakulah dialog berikut dalam keluarga. 

"Ibu ada whatsapp Cik Ros tadi. Dia kata tempahan untuk hari raya sudah ditutup"

"Ibu!" "Macam mana baju raya kami" Tanya anak yang pertama.

"Jangan Risau". "Ibu dah lama booking dengan Cik Ros untuk jahit baju raya kita. Termasuk baju Melayu abah kamu."

"Sekarang ibu nak tanya pandangan kamu semua."

"Tema baju raya tahun ini. kamu semua nak pilih warna apa?"

Memang sukar membuat keputusan apabila anak-anak sudah pandai berfesyen. Masing-masing mempunyai citarasa sendiri. Tidak mahu jadi seperti tahun lepas. Ada yang tarik muka. Warna pilihan tidak dipersetujui. Keputusan akhir si bapa yang buat. Warna biru tua langsung tidak mahu. Warna hijau selalu sangat pakai. Kali ini mestilah berlainan dari tahun-tahun yang lepas.

"Apa kata tahun ini kita pilih kaler mustard. Warna gold."  Anak yang pertama memberi cadangan.

" Adik nak warna light blue." Jawab anak yang kedua. 

"Tak nak warna gold."

"Tak nak lah warna light blue dengan gold". "Pilihlah warna gray. Warna gray boleh pakai masa kat asrama nanti."

Masing-masing menegakkan pilihan masing-masing. Anak yang kecil sekali hanya diam sahaja. Tidak tahu apa-apa yang dibincangkan.

Begitulah yang selalu berlaku apabila memilih tema baju raya. Ada yang setuju. Ada yang tidak. Masing-masing dengan pilihan masing-masing. Kadang-kadang memang pening memikirkannya. Memang dah agak dah perkara begini akan berlaku.

Si bapa pula hanya diam sahaja. Buat dengar tak dengar dengan perbualan yang berlaku. Tersenyum sorang-sorang melihat telefon di tangan. 

Keputusan akhir tetap di tangan si bapa.

"Ibu dan abah sudah berbincang".

"Raya tahun ini ibu akan tempah tiga pasang baju untuk setiap seorang". 

"Cik Ros pun dah setuju untuk terima tempahan dari ibu sebab ibu dah booking awal-awal lagi."

"Cik Ros kata tempahan menjahit baju raya sekarang  SUDAH DITUTUP. "  

Alangkah senangnya kalau boleh menjahit sendiri. Berapa pasang baju pun boleh buat. Tetapi masa tidak mengizinkan. Bekerja dari pagi hingga petang memang tidak cukup masa. Kalau ada masa pun bukan pandai sangat menjahit. Rugi juga dulu-dulunya tidak mahu belajar menjahit.

"Kalau nak seorang tiga pasang baju mesti tolong ibu selalu."

"Kemas rumah, basuh pinggan, lipat baju." "Kalau tidak setiap seorang sorang sepasang sahaja."

Apabila tiba musim perayaan seperti hari raya begitulah dilema yang berlaku. Kalau tak dirancang awal-awal semua perkara menjadi kelam kabut. Dulu anak-anak kecil lagi. Tidak pandai memilih. Ikut sahaja kehendak kita. Sekarang keadaan sudah berubah. Anak-anak pun sudah pandai membuat pilihan. Yang kecil pun sudah pandai memilih. Mungkin pengaruh media sosial.

Sunday 4 August 2013

Shopping Baju Raya Di Parkson Kajang

Last minute pilih baju raya

Ini saja yang tinggal

Terlalu sibuk menjahit baju raya orang lain akhirnya baju raya sendiri pun tak sempat siap. Lagi lima hari lagi nak raya, baju anak-anak pun belum beli lagi. Keluar rumah pukul 10.30 pagi bertolak ke Kajang, punya la ramai orang. Nak cari parking pun susah. Dua tiga kali pusing akhirnya dapat juga satu tempat.Terus ke Parkson Kajang mencari baju raya. Tak banyak pilihan. Nak tak nak pilih saja apa yang ada.

Keluar dari Parkson singgah kedai kamera. Akhirnya tershopping pula kamera Nikon. Pantang ada duit sedikit macam-macam nak beli. Mungkin sebab itu tak boleh kaya-kaya. Apa-apa pun syukurlah masih dapat menikmati hidup ini dengan bergaya.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018