Showing posts with label jahit interlock. Show all posts
Showing posts with label jahit interlock. Show all posts

Saturday 9 November 2013

Jahit Coverstitch

Call/SMS/Whatsapp 017-4315193 jika ingin mendapat perkhidmatan jahit coverstitch untuk tudung, baju, jubah dan lain-lain. Saya mempunyai mesin jahit industri interlock model C007J-W122-356 jenama SIRUBA berkelajuan tinggi.

Cover-Stitch biasanya digunakan untuk membuat jahitan kemasan pada  t-shirt pada kolar(leher baju), hujung t-shirt, jubah dan juga untuk kemasan hujung tudung. Mesin ini boleh menjahit coverstitch samada 2 atau 3 baris jahitan benang. Mesin yang saya gunakan mempunyai 3 jarum dan 5 benang.

Benang dan jarum boleh ditukar untuk membuat jahitan yang dikehendaki. Untuk jahitan lurus 2 baris hanya perlu 2 jarum dan 3 benang. Untuk jahitan lurus 3 baris memerlukan 3 jarum dan 4 benang. Untuk membuat jahitan corak memerlukankan 3 jarum dan 5 benang di mana 1 benang terletak di bawah.

Di sebelah luar mempunyai jahitan lurus dua atau 3 baris benang, di sebelah dalam mempunyai corak jahitan coverstitch untuk kemasan hujung kain. Perbezaan mesin ini adalah mesin tidak mempunyai pisau memotong lebihan kain seperti mesin jahit tepi biasa atau mesin jahit tepi halus.

Boleh digunakan dengan warna-warna benang yang berlainan mengikut warna fabrik tudung atau t-shirt dikehendaki.

Yang lecehnya mesin ini bila perlu menukar benang untuk setiap fabrik yang berlainan warna.

Gambar mesin jahit interlock coverstitch.

mesin jahit coverstitch SIRUBA

coverstitch dengan 3 jarum

Di bawah saya sertakan spesifikasi jahit SIRUBA C007J-W122-356.



spsifikasi mesin jahit coverstitch

Contoh jahitan coverstitch.

jahitan 3 garis mengguna 3 jarum

bentuk jahitan di sebelah dalam

jahitan 2 garis benang  mengguna 2 jarum

jahitan bercorak di sebelah dalam dan luar

Contoh jahitan untuk tudung syria mengguna benang berbagai kaler.

tudung syria dengan jahitan coverstitch

Pelbagai jenis jahitan kaler untuk 2 garis dan 3 garis benang jahitan. bolej klik imej untuk lebih jelas.








Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018