Sunday, 3 July 2016

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2016/1437H


Dengan ingatan tulus ikhlas saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri minal aidin wal faizin kepada semua pembaca blog ini di mana sahaja kalian berada.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf, Zahir & Batin.

Saturday, 2 July 2016

Koleksi Fesyen Baju Raya 2016

Alhamdulillah semua tempahan baju raya sudah siap. Baju untuk diri sendiri dan anak-anak juga sudah disiapkan. Selesai sudah kesibukan hari raya untuk tahun ini. Disamping baju, tudung dan shawl juga sudah siap. Semuanya berjalan dengan lancar. Projek menjahit tudung dan shawl selepas raya juga sudah sedia menanti. Nampaknya kesibukan ini akan berterusan. InsyaAllah semua akan berjalan dengan lancar.

Saya kongsikan beberapa gambar fesyen baju raya untuk tahun ini yang sempat dirakam..









Ramai yang sudah bergerak pulang ke kampung. Saya masih di sini menunggu pelanggan mengambil baju mereka. Di samping itu ramai yang datang ke kedai untuk memotong labuh baju dan kain. Hari terakhir adalah pada hari ahad. Isnin saya juga akan bergerak pulang ke kampung.

Kepada semua yang memandu pulang berhati-hati di jalan raya. Semoga semua selamat sampai untuk memeriahkan hari raya di kampung halaman dengan fesyen baju raya masing-masing.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2017