Saya kongsikan beberapa gambar fesyen baju raya untuk tahun ini yang sempat dirakam..
Ramai yang sudah bergerak pulang ke kampung. Saya masih di sini menunggu pelanggan mengambil baju mereka. Di samping itu ramai yang datang ke kedai untuk memotong labuh baju dan kain. Hari terakhir adalah pada hari ahad. Isnin saya juga akan bergerak pulang ke kampung.
Kepada semua yang memandu pulang berhati-hati di jalan raya. Semoga semua selamat sampai untuk memeriahkan hari raya di kampung halaman dengan fesyen baju raya masing-masing.
No comments:
Post a Comment