Showing posts with label kedai online. Show all posts
Showing posts with label kedai online. Show all posts

Sunday 16 March 2014

Tambah Pendapatan Dengan Menjahit


Menambah pendapatan dengan mengambil upah menjahit tidak susah sebenarnya. Jika kita mempunyai kebolehan menjahit, tawarkan sahaja perkhidmatan menjahit dengan jiran-jiran di sekeliling atau kawan-kawan kita. Pastikan akan ada yang menghantar tempahan. Lihat sahaja di sekeliling kita. Berapa ramai tukang jahit yang ada. Tidak ramai berbanding mereka yang memerlukan perkhidmatan menjahit pakaian atau tudung. Kebanyakan menjahit hanya sebagai hobi masa lapang sahaja.

Bergantung semata-mata kepada kepada upah menjahit sebenarnya tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan jika sendiri sahaja menjahit. Lainlah kalau kita mempunyai tukang jahit yang ramai sebagai pekerja kita sendiri yang mampu menjahit dalam kuantiti yang banyak. Kebanyakan tukang jahit tidak mampu mengeluar modal yang banyak untuk menggaji tukang jahit yang bermacam-macam karenah. Sesetengah tukang jahit tidak kekal lama untuk bekerja.

Menjahit menggunakan tenaga sendiri sangat terhad. Banyak mana sangat boleh menjahit dalam satu hari.  Ini menghadkan pendapatan tukang jahit.  Apabila tiba hari raya sekali pun, tukang jahit tidak mampu menjahit semua tempahan.Kadang-kadang kerja siang malam tetapi pendapatan tidak seberapa. Apabila terlampau banyak permintaan, tukang jahit terpaksa menolaknya kerana tidak mampu untuk menjahit semuanya. Oleh itu tukang jahit tidak perlu bersaing sesama sendiri. Saya sudah merasai semua ini.

Akan sampai satu masa nanti tukang jahit akan berhenti menjahit. Mungkin disebabkan masalah kesihatan dan sebagainya apabila umur semakin meningkat. Menjahit pada masa itu hanya sekadar hobi masa lapang sahaja.

Oleh itu untuk mendapat pendapatan yang lebih tukang jahit selain menjahit perlu mempelbagaikan sumber pendapatan. Untuk menikmati kebebasan dan kenikmatan dalam hidup ini perlu merancang strategi pada masa hadapan.

Membuka Kelas Menjahit.

Jika satu masa nanti saya sudah tidak mahu lagi mengambil tempahan menjahit, saya masih boleh menambah pendapatan dengan membuka kelas menjahit.

Pada masa sekarang pun kelas menjahit tudung yang saya anjurkan semakin mendapat sambutan. Setiap minggu ada sahaja kelas yang saya anjurkan kecuali jika saya yang menolaknya.

Pertanyaan tentang kelas menjahit bukan sahaja untuk kelas menjahit tudung tetapi juga untuk kelas menjahit yang lain. Antaranya yang paling banyak pertanyaan adalah kelas menjahit baju kurung. Ada juga yang bertanya tentang kelas menjahit telekung dan langsir.

Pada masa ini saya tidak membuka kelas menjahit baju kurung, telekung dan langsir kerana masa yang lebih panjang diperlukan untuk kelas tersebut berbanding kelas menjahit tudung. Saya sendiri pernah membuka kelas menjahit baju kurung tetapi terpaksa mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkan sehelai baju kurung. Buat masa sekarang tidak begitu sesuai  untuk mengadakan kelas menjahit baju kurung kerana saya banyak menerima tempahan untuk tudung, shawl dan baju.

Membuka Kedai Online E-Commerce Sendiri

Akan sampai masanya saya akan berhenti mengambil tempahan menjahit. Saya perlu fikirkan untuk mengeluar produk saya sendiri. Dengan sebab itulah saya membuka kedai online yang saya akan isikan kebanyakannya dengan produk hasil jahitan saya sendiri.

Jika kedai online sudah dikenali ramai nanti, saya hanya perlu mengemaskini kedai online tersebut dengan produk-produk terbaru sahaja. Mengurus kedai online sendiri lebih mudah untuk mengurus tempahan menjahit untuk pelanggan. Saya mesti belajar untuk menjual untuk menikmati pendapatan yang lebih lumayan.

Membuka kedai online e-commerce mempunyai kelebihannya sendiri berbanding menjual melalui blog, ebay dan media sosial yang lain. Dengan kedai online, pengurusan stok lebih mudah. Pertanyaan pelanggan boleh dikurangkan berbanding menjual dengan kaedah yang lain. Apa yang ada di kedai online, itulah sahaja barangan yang dijual. Pembayaran juga boleh dibuat melalui melalui kad kredit. Semuanya secara auto-pilot. Mungkin di entri yang lain nanti saya akan menceritakan tentang kelebihan membuka kedai online e-commerce sendiri.

Membuka Butik Sendiri

Jika produk semakin banyak, saya juga merasakan keperluan untuk membuka butik sendiri di mana pelanggan boleh datang dan melihat sendiri produk yang dipamerkan. Pelanggan boleh datang dan boleh merasai kelembutan kain, mencuba sendiri sebelum membeli.

Pada masa sekarang saya juga menyediakan satu galeri di atu sudut rumah saya untuk mempamer produk yang saya hasilkan kepada tetamu yang datang ke rumah saya. Kalau ada yang berminat boleh sahaja membeli. Itulah permulaanya dan percubaan di rumah sendiri. Walaupun begitu bukan semua pelanggan suka datang kerumah. Membuka butik merupakan pilihan yang terbaik.

Itulah yang saya fikirkan untuk rancangan masa hadapan untuk menikmati pendapatan yang lebih lumayan dengan mempelbagaikan sumber pendapatan. Munkin juga kalau ada kekuatan dan keberanian boleh mengadakan seminar bagaimana nak menjual tudung shawl dan tudung secara online.

Sunday 2 March 2014

Cara Beli Baju, Tudung, Shawl, Telekung Di Kedai Online

Ada beberapa produk terbaru telah saya masukkan di kedai online Nash Fesyen di alamat berikut: www.nashfesyen.com.

Saya merekabentuk kedai online ini menggunakan Bahasa Melayu untuk memudahkan setiap orang untuk membeli produk pilihan di kedai online ini. Orang luar mesti tak membeli pakaian Melayu.

Untuk membeli produk seperti baju, tudung, shawl, telekung dan lain-lain tidaklah susah. Di sini saya akan tunjukkan bagaimana hendak membeli di kedai online Nash Fesyen di www.nashfesyen.com.

Walaupun ramai lebih selesa memesan produk dengan menghantar sms/pm/whatsapp, kali ini marilah cuba membeli sendiri melalui kedai online Nash Fesyen.

LANGKAH 1:
Pilih barang-barang yang ingin dibeli dan klik pada 'TAMBAH KE TROLI' atau jika ingin membeli lebih dari sehelai, masukkan bilangan tersebut dan klik 'TAMBAH KE TROLI'.


LANGKAH 2:
Klik 'CHECK OUT' jika ingin membeli 1 produk sahaja. Klik 'TERUSKAN MEMBELI' jika ingin membeli produk-produk yang lain.


LANGKAH 3:
Jika ingin membeli produk yang lain, pilih produk yang dikehendaki dan klik pada 'TAMBAH KE TROLI' seperti langkah yang pertama tadi.


LANGKAH 4:
Laman berikut akan muncul selepas membuat pembelian. Sekarang terdapat 2 produk pada troli atau Cart. Klik pada'CHECK OUT' jika hanya ingin membeli produk yang dipilih.


LANGKAH 5:
Sebelum itu, jika ingin mendapat anggaran bayaran kiriman/bayaran pos, klik pada 'ANGGARAN BAYARAN KIRIMAN'. Pop Up window akan keluar dan memberi anggaran bayaran kiriman/bayaran pos.



LANGKAH 6:
Selepas diklik pada'CHECK OUT' seperti pada langkah 4, paparan laman berikut akan muncul. Jika anda sudah mendaftar atau membeli sebelum ini, anda boleh terus masukkan alamat email dan password untuk langkah seterusnya. Jika anda belum pernah mendaftar atau membeli sebelum ini, maklumat seperti Alamat lengkap, Maklumat untuk dihubungi dan Maklumat log masuk perlu diisi dahulu.



Lihat contoh pengisian maklumat-maklumat yang perlu diisi. Selepas selesai mengisi maklumat yang dikehendaki klik pada 'HANTAR MAKLUMAT' pada bahagian bawah sekali.




LANGKAH 7:
Paparan laman berikut akan muncul, jika masih ada maklumat alamat yang silap, klik pada 'TUKAR ALAMAT' untuk mengemaskini alamat yang baru. 

Pilih 'KAEDAH PENGIRIMAN'


LANGKAH 8:
Lihat pada maklumat alamat pengiriman. Pastikan betul supaya produk dapat dihantar adalah pada alamat yang betul.

Lihat Jumlah Keseluruhan Pembelian untuk produk yang dibeli.

Jika ada kupon diskaun, masukkan kupon diskaun di dalam ruang di sebelah kanan 'Kod Penebusan' untuk mendapat harga diskaun. Kupon diskaun akan diberi dari masa ke semasa samada melalui blog ini atau melalui newsletter. Jika ada sebarang pesanan atau komen tinggalkan di ruang pesanan atau komen. Klik 'TERUSKAN' untuk langkah seterusnya.


LANGKAH 9:
Laman dengan paparan berikut akan muncul memberikan ringkasan tentang maklumat tentang Alamat Bil/Penghantaran, Kaedah Pembayaran, Kaedah Penghantaran dan juga Jumlah Harga Barangan. Klik 'PENGESAHAN PEMBELIAN' untuk mengesahkan pembelian anda.




LANGKAH 10:
Paparan berikut akan muncul mengesahkan pembelian anda. Ini merupakan langkah terakhir dan anda sudah selesai membeli melalui kedai online Nash Fesyen. Klik pada 'Log Keluar' jika ingin keluar dari kedai online.


Anda telah berjaya Log Keluar. Jika ingin masuk semula dan membuat pembelian yang lain sila Log In semula menggunakan email dan password yang didaftar pada awal tadi.


Email berikut akan diterima  mengesahkan pembelian anda dan menjadi rujukan berkaitan pembelian yang dibuat.

Barangan akan dihantar selepas pengesahan pembayaran dibuat. Jika ada sebarang masalah atau cadangan untuk memperbaiki kedai online ini sila hubungi saya. InsyaAllah akan diperbaiki dari masa kesemasa.

Banyak lagi produk terbaru akan diisi dan InsyaAllah produk-produk ini adalah dari hasil jahitan saya sendiri.

Saturday 19 October 2013

Jual Online, Kenapa Tak Laku-Laku?

carian melalui www.google.com

carian melalui www.google.com

Cabaran dalam bisnes online untuk apa-apa produk yang kita jual sama ada kita menjual shawl, tudung, pakaian atau aksesori wanita adalah untuk mendapat jualan dari bisnes kita. Ramai yang menggunakan facebook untuk mengiklankan produk masing-masing. Menjual melalui facebook memang paling mudah dilakukan kerana kita sudah mengenali kawan-kawan atau saudara mara kita yang sudah mempunyai hubungan dengan mereka.

Tetapi kalau terlalu kerap kita mengiklankan melalui facebook akan menyebabkan perasaan tidak senang di kalangan kawan-kawan facebook kita.

Antara perkara penting yang perlu kita fikirkan jika kita ingin mengembangkan bisnes online kita adalah keperluan kita mengguna medium yang lain selain daripada facebook yang kita gunakan untuk bersosial.

Jika kita ingin mengiklan melalui facebook juga lebih baik kita membina fan page kita sendiri.  Melalui fan page kita dapat mengumpul peminat kita sendiri. Tentunya ia tidak sama dengan kawan-kawan kita. Fan page juga boleh diakses oleh semua orang dan mudah dindek melalui search engine.

Berikut adalah beberapa fakta atau maklumat menarik berkaitan search engine yang saya baca dari ebook yang perlu kita pertimbangkan.

1.Pengunjung online kebiasaanya menggunakan search engine untuk mencari sesuatu produk atau content.

2.Pengguna mempercayai bahawa link laman web yang berada pada kedudukan atas di search engine adalah lebih kredible dan relevan.

3. Laman web yang berada pada ranking di atas pada search engine menghasil lebih banyak keuntungan hasil dari pertambahan trafik ke laman web mereka.

4. Pengguna lebih cenderung menggunakan search engine yang mempunyai maklumat yang lengkap daripada  search engine yang tidak lengkap.

5. Kurang dari 25% pengguna melihat page kedua pada search engine.

6. Lebih 50% pembeli online membeli produk daripada website yang dijumpainya melalui search engine.

7. Lebih 60% pengguna membuat carian daripada page pertama search engine.

8. Lebih 80% pengguna mengguna search engine untuk mencari laman web.

9. Lebih 70% pengguna suka mengguna laman web untuk mendapatkan sesuatu produk yang baru.

10. 70% link yang pengguna suka klik adalah dari link organik atau natural pada search engine.

11. 80% pengguna mengabaikan hasil carian dari link iklan berbayar atau ditaja , dan lebih memfokuskan pada hasil carian melalui link organik.

12. 75% pengguna tidak pernah scroll melebihi laman pertama search engine.

13. Carian melalui search engine dan penggunaan e-mail adalah dua aktiviti yang paling utama atau yang paling atas dalam kegiatan di internet.

14. Syarikat yang mempraktis aktiviti blog mempunyai 434% lebih banyak lamannya diindek dan mendapat lebih banyak lead.

15. 81% perniagaan mempertimbangkan menggunakan blog yang menjadi aset penting kepada perniagaan mereka

16. Kajian daripada Outbrain menunjukkan bahawa carian/search adalah driver #1 yang membawa trafik ke laman content di mana melebihi 300% menewaskan media sosial.

17. Lead dari SEO mempunyai kadar peratus yang membawa kepada jualan adalah 14.6% manakala lead dari outbounds (seperti direct mail atau iklan bercetak) hanyalah 1.7%.

18. 79% pengguna search engine berkata mereka kerapkali mengklik pada hasil carian dari link natural/organik. Ini bertentangan pula di mana 80% pengguna search engine berkata mereka jarang-jarang sekali atau tidak pernah mengklik pada carian melalui link berbayar atau yang ditaja.

Kesimpulannya kita tidak boleh abaikan search engine untuk mendapat trafik secara natural atau organik ke laman web/blog/kedai online atau fan page kita.

Saya sendiri masih terkial-kial untuk belajar berkaitan trafik ini terutama sekali untuk menempatkan link blog saya di page pertama Google. Link blog saya lebih mendapat tempat di www.google.com berbanding www.google.com.my. Saya masih berfikir kenapa berlaku begitu?  Belum mendapat jawapan.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018