Showing posts with label trafik ke blog. Show all posts
Showing posts with label trafik ke blog. Show all posts

Friday, 27 December 2013

Trafik Ke Blog dan Alexa Ranking

Salah satu cara untuk melihat prestasi blog kita adalah dengan melihat pada ranking yang dikeluarkan oleh alexa di www.alexa.com. Semakin rendah nombor yang dikeluarkan semakin baik ranking laman web kita.

Alexa memberi penarafan kepada laman-laman web dengan mengambilkira bilangan trafik yang diperolehi oleh laman web tersebut. Alexa tidak mengambil kira sama ada sesuatu laman web tersebut berkualiti atau tidak kandungannya berbanding Page Rank (PR) yang diberi oleh google.  Asal ada pengunjung mengklik blog kita maka dapatlah trafik ke blog kita dan dikira oleh Alexa. Alexa akan membanding dengan laman web yang lain dan memberi tanda aras atau ranking kepada laman web kita.

Semakin kecil nilai alexa menunjukkan bahawa jumlah pageviews semakin tinggi. Jumlah klik ke blog yang tinggi memungkinkan jumlah pembaca blog juga tinggi. Laman web yang mempunyai ranking yang baik biasanya akan berpotensi memperolehi pendapatan yang lumayan dari hasil pengiklanan. Inilah yang saya belajar.

Ranking diberi untuk peringkat global dan juga tempatan (Malaysia).

Berapakah  Ranking Alexa Untuk Blog Nash Fesyen? 

Untuk hari ini (28/12/13) ranking alexa untuk blog Nash Fesyen adalah 1,431,632 di peringkat global manakala untuk ranking Malaysia pula adalah 14,211. Memang blog ini jauh ketinggalan dari blog popular yang lain.  Nasib baik juga alexa senaraikan juga blog ini. Ada juga yang datang singgah.



Untuk melihat berapa banyak trafik yang blog kita terima kita boleh melihat pada statistik 'page view' pada blogger.com

Kalau melihat pula 'page view' yang dikeluarkan oleh blogger.com, blog ini mempunyai lebih kurang antara 1,500 - 2,000 page view sehari. Statistik yang agak baik untuk blog yang baru berusia 6 bulan.



Bagi saya sendiri yang rank ditunjukkan oleh www.alexa.com dan juga statistik dari blogger.com tidaklah begitu mengecewakan kerana blog ini dibuat bukanlah untuk menjadi popular dan menjana pendapatan melalui pengiklanan.

Blog ini hanya ingin berkongi pengalaman menjahit dan menawar perkhidmatan yang saya sediakan. Income saya adalah dari servis yang saya lakukan.

Kenapa Saya Berkata Begitu?

  • Blog saya baru berusia lebih kurang 6 bulan, Bukan senang untuk bersaing dengan blog yang sudah lama established yang mempunyai ribuan atau jutaan pembaca setiap hari.
  • Blog ini dalam bahasa Melayu. Yang datang hanyalah pembaca yang memahami Bahasa Melayu sahaja.
  • Blog ini lebih fokus kepada menjahit dan fesyen pakaian wanita untuk orang melayu sahaja. Orang lelaki tentu tak ramai datang. Yang datang tentu yang sayang isteri. Begitu juga dengan bangsa lain.
  • Blog ini lebih fokus kepada hobi menjahit dan fesyen wanita. Bukan semua wanita suka menjahit. 

Mendapat 'page view' antara 1,500 - 2,000 sehari bagi saya suatu pencapaian yang baik dengan kapasiti perkhidmatan yang saya sediakan.  Walau bagaimanapun yang patut saya patut berasa bangga kerana kebanyakan trafik yang datang ke blog saya dari carian melalui search engine terutamanya google.

Mengikut alexa carian dari search engineblog Nasah Fesyen menyumbang 38.7% (untuk hari ini) berbanding dari sumber yang lain. Pencapaian yang agak tinggi.


Ini bermakna pengunjung yang datang ke blog ini kebanyakannya adalah pengunjung baru kerana mereka mencari servis yang saya sediakan melalui search engine berbanding yang hanya ingin klik kerana ingin membaca berita panas.

Pengunjung yang mencari melalui search engine yang akan membawa ke blog kita biasanya mendatangkan trafik yang lebih berkualiti yang akhirnya menerima perkhidmatan kita. Blog yang baik bagi saya adalah blog yang boleh meyelesaikan masalah pengunjung. Kualiti trafik adalah lebih baik daripada kuantiti trafik. Inilah matlamat saya bila saya mula membuka blog ini.

Jika pendapatan blog kita bergantung kepada pengiklanan, trafik yang tinggi memang diperlukan. Tidak ada siapa yang berminat untuk mengiklan di blog yang kurang trafik. Walaubagaimana pun keperluan untuk mendapat trafik yang tinggi tidak boleh diabaikan untuk mengembangkan bisnes kita.

Mungkin blog ini tak begitu tinggi trafik dan popular kerana:

  • Saya sendiri terlalu sibuk dengan aktiviti menjahit sehingga tidak ada masa untuk memfokus kepada mendapatkan trafik ke blog.
  • Jarang-jarang update entri blog ini tidak semacam setengah blog yang boleh update sampai 5 kali sehari. Kalau saya buat macam tu alamatnya tak siaplah baju dan tudung yang ditempah  pelanggan.
  • Tak rajin buat blog walking atau memberi komen ke blog lain  dan juga tidak aktif di mana-mana forum dengan alasan seperti di atas. Sibuk. Jadi siapa nak singgah blog kita kalau kita sendiri tak singgah kat blog orang lain.
  • Tak join dengan komuniti blogger yang lain. Ada yang buat kontes, perjumpaan, seminar dan macam-macam lagi tak pernah sekali pun saya join. Macam mana orang nak kenal kita.

Mungkin blog ini boleh mendapat traffik yang tinggi jika diletakkan entri-entri berkaitan:
  • Cerita-cerita artis seperti artis popular, artis kahwin, artis cerai, skandal artis dan lain-lain yang tentunya ramai yang berminat nak tengok.
  • Berita sukan seperti sukan SEA, Piala Dunia, perlawanan bola sepak sepak klub terkenal seperti Manchester United , Liverpool dan lain-lain yang mempunyai jutaan peminat.
  • Cerita pelik-pelik seperti makhluk yang pelik-pelik, cerita hantu, bomoh, cerita ikan lompat masuk kapal, sotong, udang, kerang naik ke darat dan lain-lain yang memang disukai oleh orang melayu.
  • Cerita separuh lucah dengan gambar-gambar tertentu yang sentiasa menjadi carian pengunjung.
  • Link untuk menonton drama melayu terkini atau cerita korea terkini yang menjadi kegilaan ramai malahan boleh didownload ke dalam komputer sendiri.
  • Berita-berita semasa yang boleh copy-paste dari laman web berita seperti cerita politik, banjir, jambatan runtuh, bas terbalik, helikopter terhempas dan sebagainya.
  • Jadual-jadual yang menjadi carian dan rujukan pengunjung yang ingin mengetahui dengan segera sesuatu seperti senarai nama peserta PLKN, jadual gaji kerajaan, keputusan itu dan ini dan sebagainya.
  • Letakkan tajuk-tajuk panas yang memikat yang siapa sahaja pandang akan terus klik.


InsyaAllah saya akan teruskan blog seperti konsep yang sedia ada seperti sekarang. Tidak akan bercampur aduk dengan cerita-cerita seperti di atas.

Sebagaimana yang saya beritahu tadi saya akan lebih fokus kepada perkhidmatan menjahit dan menjual pakaian dan aksesori wanita yang saya sediakan bukannya untuk mendapat keuntungan dari pengiklanan atau yang lain-lain sepertinya.

Setakat ini saya hanya meletak iklan Nuffnang kerana ingin mencuba tetapi hasilnya memang mengecewakan. Kalau berbulan-bulan meletak iklan dengan hanya mendapat beberapa puluh ringgit sahaja tidak ada apa yang dapat dibanggakan. Mungkin saya perlu belajar lebih banyak lagi.
Saya merasakan biarlah trafik yang datang ke blog ini adalah trafik yang berkualiti yang datang kerana minat dengan hobi menjahit,  ingin belajar sesuatu atau ingin mendapat servis yang saya sediakan. Biarlah pengunjung yang datang mendapat sesuatu dari blog ini daripada datang sekali sahaja kemudian tidak datang-datang lagi. 

“It should feel genuinely good to earn income from your blog – you should be driven by a healthy ambition to succeed. If your blog provides genuine value, you fully deserve to earn income from it.” 

Steve Pavlina

Saturday, 19 October 2013

Jual Online, Kenapa Tak Laku-Laku?

carian melalui www.google.com

carian melalui www.google.com

Cabaran dalam bisnes online untuk apa-apa produk yang kita jual sama ada kita menjual shawl, tudung, pakaian atau aksesori wanita adalah untuk mendapat jualan dari bisnes kita. Ramai yang menggunakan facebook untuk mengiklankan produk masing-masing. Menjual melalui facebook memang paling mudah dilakukan kerana kita sudah mengenali kawan-kawan atau saudara mara kita yang sudah mempunyai hubungan dengan mereka.

Tetapi kalau terlalu kerap kita mengiklankan melalui facebook akan menyebabkan perasaan tidak senang di kalangan kawan-kawan facebook kita.

Antara perkara penting yang perlu kita fikirkan jika kita ingin mengembangkan bisnes online kita adalah keperluan kita mengguna medium yang lain selain daripada facebook yang kita gunakan untuk bersosial.

Jika kita ingin mengiklan melalui facebook juga lebih baik kita membina fan page kita sendiri.  Melalui fan page kita dapat mengumpul peminat kita sendiri. Tentunya ia tidak sama dengan kawan-kawan kita. Fan page juga boleh diakses oleh semua orang dan mudah dindek melalui search engine.

Berikut adalah beberapa fakta atau maklumat menarik berkaitan search engine yang saya baca dari ebook yang perlu kita pertimbangkan.

1.Pengunjung online kebiasaanya menggunakan search engine untuk mencari sesuatu produk atau content.

2.Pengguna mempercayai bahawa link laman web yang berada pada kedudukan atas di search engine adalah lebih kredible dan relevan.

3. Laman web yang berada pada ranking di atas pada search engine menghasil lebih banyak keuntungan hasil dari pertambahan trafik ke laman web mereka.

4. Pengguna lebih cenderung menggunakan search engine yang mempunyai maklumat yang lengkap daripada  search engine yang tidak lengkap.

5. Kurang dari 25% pengguna melihat page kedua pada search engine.

6. Lebih 50% pembeli online membeli produk daripada website yang dijumpainya melalui search engine.

7. Lebih 60% pengguna membuat carian daripada page pertama search engine.

8. Lebih 80% pengguna mengguna search engine untuk mencari laman web.

9. Lebih 70% pengguna suka mengguna laman web untuk mendapatkan sesuatu produk yang baru.

10. 70% link yang pengguna suka klik adalah dari link organik atau natural pada search engine.

11. 80% pengguna mengabaikan hasil carian dari link iklan berbayar atau ditaja , dan lebih memfokuskan pada hasil carian melalui link organik.

12. 75% pengguna tidak pernah scroll melebihi laman pertama search engine.

13. Carian melalui search engine dan penggunaan e-mail adalah dua aktiviti yang paling utama atau yang paling atas dalam kegiatan di internet.

14. Syarikat yang mempraktis aktiviti blog mempunyai 434% lebih banyak lamannya diindek dan mendapat lebih banyak lead.

15. 81% perniagaan mempertimbangkan menggunakan blog yang menjadi aset penting kepada perniagaan mereka

16. Kajian daripada Outbrain menunjukkan bahawa carian/search adalah driver #1 yang membawa trafik ke laman content di mana melebihi 300% menewaskan media sosial.

17. Lead dari SEO mempunyai kadar peratus yang membawa kepada jualan adalah 14.6% manakala lead dari outbounds (seperti direct mail atau iklan bercetak) hanyalah 1.7%.

18. 79% pengguna search engine berkata mereka kerapkali mengklik pada hasil carian dari link natural/organik. Ini bertentangan pula di mana 80% pengguna search engine berkata mereka jarang-jarang sekali atau tidak pernah mengklik pada carian melalui link berbayar atau yang ditaja.

Kesimpulannya kita tidak boleh abaikan search engine untuk mendapat trafik secara natural atau organik ke laman web/blog/kedai online atau fan page kita.

Saya sendiri masih terkial-kial untuk belajar berkaitan trafik ini terutama sekali untuk menempatkan link blog saya di page pertama Google. Link blog saya lebih mendapat tempat di www.google.com berbanding www.google.com.my. Saya masih berfikir kenapa berlaku begitu?  Belum mendapat jawapan.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018