Showing posts with label panduan menjahit tudung. Show all posts
Showing posts with label panduan menjahit tudung. Show all posts

Sunday, 20 October 2013

Panduan Menjahit Tudung Lycra Berkerongsang


Tudung lycra berkerongsang dengan pelbagai warna menjadi tarikan ramai apabila digayakan oleh golongan wanita tanpa mengira umur. Pasti mata tidak mengalih pandangan apabila melihat warna warni tudung lycra berkerongsang dipakai terutamaya di tempat kerja, majlis-majlis rasmi atau ketika keluar bersantai bersama kawan-kawan. Tentu ada yang bertanya di mana boleh mendapat tudung tersebut. Kita pasti bangga apabila menyatakan bahawa tudung ini adalah hasil jahitan sendiri.

Entry kali ini saya akan tunjukkan bagaimana kita boleh menjahit sendiri tudung lycra berkerongsang. Ikut langkah-langkah yang saya tunjukkan di bawah.

Langkah 1:

Sediakan kain untuk membuat tudung.


Kain 1 adalah  dari kain jenis lycra. Sediakan dengan ukuran 3 1/4 meter.
Kain 2 adalah dari jenis kain lycra untuk kain tudung di bawah dagu. Perlu sedikit sahaja kain.
Kain 3 adalah dari jenis kain corduroy untuk awning tudung. Perlu sedikit sahaja kain.

Langkah 2:

Sediakan pola untuk tudung.


Pola Utama


Pola Untuk Awning

Langkah 3:

Lipat kain 1 iaitu kain utama menjadi 2 lapis dan letakkan pola di atas kain. Potong kain mengikut bentuk pola tudung. Kain adalah dari bahan lycra.


Hasil dari kain yang dipotong adalah seperti di bawah.


Langkah 4:

Lipatkan kain 2 menjadi 2 lapis dan letak pola tudung di atas kain. Potong kain mengikut bentuk pola. Kain ini untuk kain tudung di bawah dagu.


Hasil dari kain yang dipotong adalah seperti di bawah. Kain adalah dari bahan lycra.


Langkah 4:

Lipatkan kain 3 menjadi 2 lapis dan letak pola tudung di atas kain. Potong kain mengikut bentuk pola. Kain ini untuk awning tudung. Kain adalah dari bahan corduroy.


Hasil dari kain yang dipotong adalah seperti di bawah.


Langkah 5:

Sediakan bakrum 2 inci dan potong seperti di bawah mengikut lebar awning.


Guna seterika dan seterika bakrum di atas kain awning seperti gambar di bawah.


Lipat kain seperti di bawah dan seterika semula untuk kemasan.


Jahit bakrum bersama kain awning. Jahit 2 baris di atas dan di bawah pada bakrum.


Hasil jahitan seperti gambar di bawah.


Snap di bahagian tengah awning.


Langkah 6:

Cantumkan awning bersama kain utama di tengah-tengah kain. Bahagian yang disnap pada awning diletak di tengah-tengah kain utama tudung. Gunakan jarum peniti untuk lekatkan awning.


Langkah 7:

Jahit di sekeliling awning bersama kain utama tudung. Lihat gambar di bawah.


Hasil jahitan awning bersama kain utama tudung.


Langkah 8:

Jahit tepi biasa pada awning dan kain tudung utama untuk kemasan.


Langkah 9:

Jahit kain di bawah dagu. Anggaran dari dagu  ke bawah anggaran beberapa inci supaya sedap dipakai.


Langkah 10:

Langkah berikutnya adalah untuk mencantum kain di bawah dagu ke tudung utama.


Jahitkan kedua-dua kain seperti gambar di bawah.



Langkah 11:

Jahit tepi biasa dihujung kain untuk kemasan.


Hasil dari jahit tepi biasa.


Langkah 12:

Jahit tindih di bawah dagu sehingga sekeliling awning.



Langkah 13:

Buat jahitan untuk tapak kerongsang.


Langkah 14:

Jahit tepi halus untuk kemasan terakhir.


Langkah 15:

Gayakan di kepala untuk pastikan tudung sedap dipakai. Inilah hasil terakhir tudung.

Pandangan sisi

Pandangan depan.


Pandangan belakang.


Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan tudung lycra berkerongsang boleh call/sms/whatsapp/pm/email Kak Ros. Pilihan warna mengikut citarasa sendiri.

SELAMAT MENCUBA

Sunday, 13 October 2013

Download Ebook Percuma Panduan Menjahit Tudung

Ebook ini adalah kompilasi panduan menjahit tudung yang saya postkan dalam blog ini. Tujuan saya supaya panduan ini boleh dirujuk pada satu tempat sahaja iaitu di dalam ebook dan manfaat kepada lebih ramai pihak.

Antara kandungan dalam ebook ini adalah.

  • Panduan menjahit tudung chiffon 3 layer.
  • Panduan menjahit shawl half moon.
  • Panduan menukar awning tudung.

Download secara percuma melalui link di bawah.

http://www.nashfesyen.com/panduan_jahit_tudung.7z

Atau

http://www.nashfesyen.com/panduan_jahit_tudung.zip

Atau

http://www.nashfesyen.com/panduan_jahit_tudung.pdf

Terima kasih. Semoga bermanfaat.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2017