Thursday 30 October 2014

Panduan Menjahit Tudung Hoodie

Pengenalan

Tudung Hoodie antara fesyen tudung yang medapat permintaan yang tinggi bagi penggemar fesyen terkini. Kelihatan menarik apabila dipakai dan cara memakainya juga mudah.

Cara menjahit tudung hoodie yang saya akan tunjukkan adalah mengguna kain lycra dan dipasang dengan awning dari jenis soft awning dan juga pelapik dagu. Tutorial ini juga boleh mengguna awning keras atau tanpa pelapik dagu.

Ikuti tutorial di bawah dengan sabar dan tenang supaya mendapat hasil yang memuaskan.

Langkah 1

Sediakan pola tudung dan kain. Saya menggunakan kain lycra untuk tutorial ini. Boleh guna kain lycra 1 meter bidang 60.



Langkah 2

Letak pola di atas kain. Kain perlu dilipat terlebih dahulu. Potong kain mengikut bentuk pola.

Pola A.



Ini adalah hasil dari kain yang dipotong.


Snap pada hujung kain untuk mendapat kedudukan center yang akan digunakan kemudian.



Pola B.


Hasil dari kain yang dipotong.


Langkah 3

Sediakan awning dan pelapik dagu menggunkan pola yang disediakan. 


Untuk hasil keseluruhan kain yang dipotong adalah seperti di bawah.


Langkah 4

Cantum 2 kain dari pola A dan B dan jahit lurus dari hujung ke hujung  untuk cantumkannya.



Hasil dari jahit cantum tadi seperti di bawah.



Langkah 5

Buat kemasan pada lebihan kain dengan mengguna jahit tepi biasa.


Langkah 6

Jahit tindih di atas cantuman tadi untuk kemasan.


Langkah 7

Persediaan untuk menjahit awning

Lipat dua awning dan snap pada kedudukan tengah.


Cantumkan awning dan kain pada pola A tadi mengikut kedudukan snap yang dibuat untuk mendapat kedudukan center.


Jahit dari tengah ke bawah dahulu.


Kemudian jahit di sebelah satu lagi untuk melengkapkan jahitan pada awning.


Hasil jahitan memberi bentuk seperti berikut.


Langkah 8

Jahit dari hujung ke hujung untuk cantumkan tudung. Bermula dari atas ke bawah.

bermula dari atas

tengah

hujung

Langkah 9

Buat kemasan pada lebihan kain mengguna jahit tepi biasa.


Hasil kemasan jahit tepi biasa.


Langkah 10

Persediaan untuk memasang pelapik dagu.

Letakkan pelapik dagu di tengah-tengah pada arah bertentangan dengan awning tadi. Pastikan pelapik dagu pada  kedudukan yang sesuai untuk memasti keselesaan ketika memakai tudung nanti.


Mulakan jahitan dari hujung ke hujung. Bermula dari atas ke bawah.




Langkah 11

Buat kemasan pada lebihan kain menggguna jahit tepi biasa.


Langkah 12

Jahit tindih di atas awning dan pelapik dagu untuk kemasan.


Lankah 13

Buat kemasan akhir untuk bahagian bawah tudung. Boleh mengguna kemasan jahit tepi halus atau kemasan coverstitch. Untuk tutorial ini saya menggunakan kemasan jahit tepi halus supaya nampak lebih curly atau berkerinting.


Langkah 14

Siap  sudah tudung hoodie dengan pelapik dagu. Boleh digayakan dengan rasa bangga sekali kerana tudung yang dihasilkan adalah dari hasil jahitan sendiri.


Nak beli pola boleh contact Kak Ros.

SELAMAT MENCUBA

Wednesday 29 October 2014

Shawl Satin Lace






Kain satin menjadi pilihan wanita kerana fibernya yang lembut dan selesa dipakai. Satin boleh dibuat dari sebarang fiber atau kombinasi dari fiber-fiber yang lain. Pada asalnya satin dibuat daripada sutera, tetapi pada masa kini ia juga dihasilkan daripada rayon, cotton, nilon dan polyester.

Selain chiffon satin juga menjadi pilihan untuk shawl. Dengan pelbagai warna plain, shawl satin menjadi pilihan kerana sesuai digabungkan dengan pelbagai warna pakaian. Gabungan dengan lace menjadikan shawl satin amat menarik dan kelihatan mewah. Sifat berkilatnya sentiasa mendapat perhatian kepada apabila terpandang.

Jahitan keliling untuk satin di atas menggunakan jahitan tepi halus. Renda atau lace pula dijahit keliling pada satin. Disebabkan teksturnya menyebabkan satin mudah habuk satin ketika dipotong dan dijahit.

Sunday 26 October 2014

Sequin Border Shawl






Sequin adalah hiasan berkelip-kelip yang biasanya dijadikan hisan pada baju, beg dan lain-lain termasuk juga pada tudung dan shawl. Kesan sequin menghasilkan efek berkilau terutama sekali apabila terkena pantulan cahaya. Lihat juga entri saya yang lepas berkaitan shawl dengan hiasan sequin ini.

Trend shawl juga tidak terlepas dari hiasan sequin ini terutama kepada peminat kepada hiasan berkilau. Dari jauh sudah nampak kesan kilauannya. nampak menghelip-menghelap apabila dipakai pada waktu malam di bawah pantulan cahaya lampu.

Cara menjahitnya agak rumit kerana boleh membuat jarum mesin jahit patah. Oleh sebab itu saya sendiri tidak berapa suka untuk menjahitnya walaupun dengan jahitan lurus sahaja.

Ramai yang bertanya saya untuk membeli boder sequin ini. Saya tidak menjual sequin atau apa-apa hiasan untuk tudung atau shawl. 

Thursday 23 October 2014

Bergaya Dengan Instant Shawl


Perkara yang paling membahagia dan menggembira tukang jahit apabila pelanggan berpuas hati dengan hasil jahitannya. Begitulah sebaliknya apabila pelanggan tidak berpuas hati, perasaan runsing pula akan muncul. 

Sudah menjadi lumrah kehidupan sebagai tukang jahit yang perlu diterima untuk menerima aduan ataupun penghargaan. Pelanggan berhak membuat komplen jika hasil jahitan tidak seperti yang dikehendaki. Bagi tukang jahit mereka sedaya upaya untuk menghasilkan jahitan terbaik. Apabila komplen diterima, potensi untuk kehilangan pelanggan adalah tinggi dan seboleh-bolehnya cuba dielakkan. Tukang jahit juga akan kehilangan masa berharga untuk membuka dan membaiki semula hasil jahitan tadi. 

Apabila pelanggan berpuas hati dan menghargai pula hasil jahitan kita akan  terasa bersemangat sekali untuk terus menjahit. Tambahan pula ada pelanggan yang sudi berkongsi dan bergaya pula dengan hasil jahitan kita akan terasa sekali keseronokannya. 

Terima kasih kepada pelanggan saya di atas kerana memberi kebenaran untuk berkongsi gambarnya di sini yang bergaya dengan shawl instant bunga ros yang ditempahnya baru-baru ini. Ada dua warna instant shawl yang ditempah.  Satu berwarna pink seperti di atas dan satu lagi berwarna hijau seperti saya tunjukkan pada entri sebelum ini. 

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018