Showing posts with label shawl satin. Show all posts
Showing posts with label shawl satin. Show all posts

Wednesday, 13 May 2015

Bergaya Dengan Shawl Satin.

Semakin ramai yang mencari shawl satin atau tudung bawal satin ini sejak popularnya drama hati perempuan. Warna yang terang dan sifatnya yang berkilauan menjadikan pemakainya sentiasa mendapat perhatian apabila digayakan semasa keluar berjalan-jalan atau semasa pergi bekerja.

Gambar di bawah adalah gambar anak saudara saya yang bermula berjinak-jinak menjual shawl setelah terpengaruh dengan blog ini. Bisnes shawl apabila kena dengan cara menjualnya mampu memberi pendapatan yang lumayana terutamanya kepada mereka yang mempunyai ramai follower di instagram, facebook atau mana-mana media sosial yang lain.







Terima kasih Ju kerana sudi kongsi gambar di blog ini. Memang nampak bergaya apabila memakain tudung bawal satin ini.

Thursday, 7 May 2015

Shawl Bawal Satin


Apabila seseorang itu menjadi popular apa sahaja yang dipakai akan menjadi ikutan ramai peminatnya. Begitulah sambutan yang diberikan kepada shawl bawal satin akhir-akhir ini apabila drama popular Hati Perempuan ditayangkan di setiap petang di TV3. Apabila pelakonnya memakai shawl bawal satin maka ramailah yang mencari dan ingin juga menggayakan shawl satin. Trend semasa ini juga diambil peluang oleh peniaga shawl untuk menjualnya sementara mendapat sambutan hangat.

Sebagai tukang jahit saya juga tidak terlepas dari mendapat banyak tempahan untuk shawl bawal satin ala-ala Mia Ahmad ini iaitu pelakon utamanya. Saya menggunakan kain satin dengan saiz 50 inci x 50 inci untuk potongan shawl untuk saiz yang sedikit besar sebagaimana permintaan pelanggan ini. Boleh juga menggunakan saiz 45 inci x 45 inci bergantung kepada keselesaan masing-masing. Kemasan keliling kain pula menggunkan jahit tepi halus.

Di mana nak beli kain satin ini?

Pergi sahaja di mana-mana kedai kain sememangnya akan terdapat kain satin ini. Saya biasa membelinya di Jakel atau Gio Fabrics sahaja. Oleh kerana Jakel tidak ada di Bandar Baru Bangi saya biasa membelinya di Gio Fabrics. Tak perlu nak pergi sampai KL atau Shah Alam. Lagi pun saya dah jadi VIP customer bolehlah dapat harga murah sedikit.

Kepada peminat drama Hati Perempuan dan terpengaruh dengan pelakonnya boleh mencuba untuk menggayakan shawl satin ini sama ada dengan menjahit sendiri atau menghantar kepada tukang jahit yang berdekatan.

Saya sendiri pernah menulis beberapa entri berkaitan shawl satin dalam blog ini sejak dahulu. Boleh lihat entri yang lepas untuk ciri-ciri kain satin.

Wednesday, 29 October 2014

Shawl Satin Lace






Kain satin menjadi pilihan wanita kerana fibernya yang lembut dan selesa dipakai. Satin boleh dibuat dari sebarang fiber atau kombinasi dari fiber-fiber yang lain. Pada asalnya satin dibuat daripada sutera, tetapi pada masa kini ia juga dihasilkan daripada rayon, cotton, nilon dan polyester.

Selain chiffon satin juga menjadi pilihan untuk shawl. Dengan pelbagai warna plain, shawl satin menjadi pilihan kerana sesuai digabungkan dengan pelbagai warna pakaian. Gabungan dengan lace menjadikan shawl satin amat menarik dan kelihatan mewah. Sifat berkilatnya sentiasa mendapat perhatian kepada apabila terpandang.

Jahitan keliling untuk satin di atas menggunakan jahitan tepi halus. Renda atau lace pula dijahit keliling pada satin. Disebabkan teksturnya menyebabkan satin mudah habuk satin ketika dipotong dan dijahit.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018