Showing posts with label instant shawl. Show all posts
Showing posts with label instant shawl. Show all posts

Thursday 23 October 2014

Bergaya Dengan Instant Shawl


Perkara yang paling membahagia dan menggembira tukang jahit apabila pelanggan berpuas hati dengan hasil jahitannya. Begitulah sebaliknya apabila pelanggan tidak berpuas hati, perasaan runsing pula akan muncul. 

Sudah menjadi lumrah kehidupan sebagai tukang jahit yang perlu diterima untuk menerima aduan ataupun penghargaan. Pelanggan berhak membuat komplen jika hasil jahitan tidak seperti yang dikehendaki. Bagi tukang jahit mereka sedaya upaya untuk menghasilkan jahitan terbaik. Apabila komplen diterima, potensi untuk kehilangan pelanggan adalah tinggi dan seboleh-bolehnya cuba dielakkan. Tukang jahit juga akan kehilangan masa berharga untuk membuka dan membaiki semula hasil jahitan tadi. 

Apabila pelanggan berpuas hati dan menghargai pula hasil jahitan kita akan  terasa bersemangat sekali untuk terus menjahit. Tambahan pula ada pelanggan yang sudi berkongsi dan bergaya pula dengan hasil jahitan kita akan terasa sekali keseronokannya. 

Terima kasih kepada pelanggan saya di atas kerana memberi kebenaran untuk berkongsi gambarnya di sini yang bergaya dengan shawl instant bunga ros yang ditempahnya baru-baru ini. Ada dua warna instant shawl yang ditempah.  Satu berwarna pink seperti di atas dan satu lagi berwarna hijau seperti saya tunjukkan pada entri sebelum ini. 

Wednesday 8 October 2014

Ramai Minat Shawl Instant Pleated



Pulang dari kampung baru-baru ini terus sahaja melihat tempahan pelanggan. Banyak lagi yang belum siap. Setiap hari ada sahaja tempahan baru.  Balik kampung pun sekejap sahaja. Hari raya pertama selepas melaksanakan ibadat korban hanya duduk di rumah sahaja membantu masak memasak. Hari kedua sahaja sudah balik ke sini semula. Alhamdulillah selamat dalam perjalanan tanpa ada sebarang aral. 

Shawl instant menjadi pilihan akhir-akhir ini. Setiap hari ada saja pertanyaan tentang shawl ini. Ramai yang mengambil kesempatan untuk menjual shawl ini. Sekejap sahaja laku dijual. 

Saya dah tunjukkan tentang kelebihan shawl instant ini dalam entri yang lepas. Tak perlu lilit. Tak perlu pin. Hanya sarung sahaja sudah menjadi. Terletak cantik. 

Shawl di atas adalah untuk pattern dengan jahitan lipat atau pleat. Untuk menjahitnya seperti kita menjahit pleat pada baju. Pilihan warna juga boleh pelbagai. Kalau yang minat corak boleh beli kain yang bercorak. 

Saya tunjukkan pelbagai lagi warna pilihan untuk menambah lagi koleksi shawl instant di blog ini.







Pelbagai warna shawl untuk tatapan semua.

Kepada yang tidak pandai lilit shawl boleh mempertimbangkan untuk memakai shawl instant ini. 

Thursday 25 September 2014

Instant Shawl Pleated Ala-Ala Bokitta Shawl



Instant shawl memang digemari ramai bahkan menjadi fenomena sekarang. Ini berdasarkan pertanyaan yang diterima hampir setiap hari. Shawl yang saya tunjukkan di atas adalah dalam kategori shawl instant yang paling mudah dipakai. 

Instant shawl ini dijahit dengan jahitan pleated. Cara memakainya shawl ini memang mudah berbanding dengan shawl yang lain. Tidak perlu pin. Tidak perlu membelit untuk membentuk shawl di kepala. Hanya sarungkan sahaja di kepala. Terus terbentuk dan elok sekali terletak di kepala. Sesuai kepada mereka yang sibuk dan mementingkan masa untuk perkara lain yang menjadi prioriti tetapi masih ingin bergaya dengan shawl.

Biasa dengar task Bokitta Shawl atau Bokitta hijab? Bokitta hijab dikatakan berasal dari Lebanon atau Lubnan. Di bawa masuk ke Malaysia dan dipromosikan pula oleh artis menjadikan ianya popular. Bokitta shawl ini adalah instant shawl yang mudah dipakai tanpa perlu membelit dan menggunakan pin. Hanya sarung sahaja di kepala terus menjadi. 

Shawl pleated yang saya tunjukkan di atas adalah ala-ala shawl bokitta ini. Mudah dipakai. Oleh sebab itu ada yang meminta saya menjahitnya.  Saiznya lebih labuh dan mengikut saiz muka orang Melayu. 

Sudah banyak instant shawl saya tunjukkan dalam blog ini. Instawl shawl pleated ala-ala bokitta inilah yang saya rasa paling mudah dipakai. Mesti ramai yang berminat. Di bawah ini ada beberapa lagi contoh shawl instant pleated yang saya jahitkan.



Shawl instant pleated bercorak.



Shawl instant pleated dark brown



Shawl instant pleated bercorak

Untuk melihat berbagai fesyen shawl instant, rajin-rajinlah selak entri yang lain dalam blog ini. Setiap entri ada ceritanya tersendiri. Mungkin boleh memberi idea juga jenis shawl yang ingin dipakai atau dijual.

InshaAllah ada beberapa lagi fesyen shawl instant yang saya akan postkan dalam blog ini. Rajin-rajinlah singgah di blog ini selalu.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018