Sudah lama saya tak update tentang jahitan baju. Sebenarnya saya masih menerima banyak tempahan untuk jahit baju wanita seperti baju kurung, dress, jubah dan lain-lain. Berbanding menjahit baju saya lebih fokus kepada menjahit tudung dan shawl pada masa sekarang kerana lebih cepat dan mudah. Saya tidak tinggal terus untuk menjahit baju wanita. Saya masih menerima tempahan untuk baju wanita tetapi lebih kepada tempahan individu sahaja. Tidak untuk tempahan pukal buat masa ini.
Saya tidak akan tinggal terus untuk menjahit baju kerana saya mula belajar menjahit dengan baju kurung. Skil untuk menjahit baju sudah lama wujud. Pengalaman saya menjahit baju lebih lama daripada menjahit tudung dan shawl. Cuma akhir-akhir ini saya perlu lebih fokus supaya saya tidak tertekan untuk menyiapkan tempahan dari pelanggan. Fokus sangat penting supaya jahitan lebih berkualiti. Walaupun demikian saya tidak menolak terus jika ada sesiapa yang menghantar untuk tempahan menjahit baju.
Gambar di atas adalah tempahan daripada pelanggan saya untuk sekeluarga yang akan dipakai sedondon untuk majlis kendurii. Baju di atas adalah baju kurung moden dan baju kurung pesak. Salah satu baju kurung tersebut dijahit dengan manik.
Jika sesiapa tidak tahu perbezaan antara baju kurung moden, baju kurung pesak, baju kurung pahang dan lain-lain boleh cuba cari dalam entri saya yang lepas-lepas. Banyak saya ceritakan tentang baju kurung ini.
Boleh lihat gambar-gambar untuk baju kurung moden bermanik, baju kurung moden dan baju kurung pesak.
Baju kurung moden dengan jahitan manik pada leher dan tangan.
Baju kurung moden
Baju kurung pesak.
Saya masih menerima tempahan untuk menjahit baju wanita cuma buat masa ini saya tidak mengambilnya untuk tempahan jahit pukal. Saya perlu fokus dengan kerja saya. Saya tidak boleh jadi "Jack of all trades, master of none", Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
No comments:
Post a Comment