PENGENALAN
Tudung chiffon layer sekarang menjadi pilihan ramai di mana-mana. Blog ini memberi panduan kepada cik/puan yang berminat untuk menjahit tudung chiffon 3 layer sendiri. Panduan berikut boleh memberi idea untuk menjahit sendiri tudung tiga layer.
Sediakan kain chiffon. Kain chiffon boleh dibeli di Kamdar atau Jackel. Setiap satu kain 1½ meter setiap satu.
STEP 1
Sediakan dasar chiffon tiga layer iaitu A,B dan C seperti gambar di bawah.
A = bahagian atas
B = bahagia tengah
C= bahagian bawah
STEP 2
Sediakan pola seperti A, B,C di bawah. Untuk pola B kurangkan 1 inci daripada pola A. Untuk pola C kurangkan 1 inci dari pola B. Sebaiknya lebihkan sedikit untuk memudahkan trim nanti.
Pola boleh dibentuk dengan menggunakan kertas keras, kertas minyak, kertas suratkhabar atau apa-apa bahan yang sesuai.
STEP 3
Lipat kain mengikut era menjadi sama besar untuk mendapat layernya
STEP 4
Letakkan pola dan potong ikut lebihan 1 inci untuk trim.
STEP 5
Setiap layer yang dipotong kita snap sedikit di atasnya sebagai penanda.
Hasil kain yang dipotong seperti di bawah
STEP 6
Ulang untuk warna yang berlainan
STEP 7
Ambil ketiga-tiga layer tadi dan cantumkan ketiga-tiganya. Kemudian bentang semula untuk ditrim. Jarak antara tiga layer adalah 1½ inci.
Pada bahagian yang disnap tadi lekatkan dengan jarum peniti.
STEP 8
Cantumkan kain seperti di bawah
Lihat ukuran seperti di bawah. Jarak dari tanda snap ke hujung 12 inci untuk lekatkan ketiga-tiga layer seperti tanda garis biru.
STEP 9
Jahit untuk lekat kain tadi dari tanda snap hingga ke garis biru. Selesai untuk langkah mencantum ketiga-tiga layer.
STEP MEMBUAT AWNING
STEP 1
FULL AWNING
(i) Gunakan kain gam yang keras.
(ii) Kain pelapik pertama gunakan satin atau cotton biasa.
(iii) Kain chiffon.
Potong awning mengikut pola 2 lapis kain untuk dilipat. Kemudian potong pelapik gam seperti pola di bawah.
STEP 2
Seterika awning dengan pelapik gam.
STEP 3
Guna glu untuk melekatkan kain chiffon
STEP 4
Seterika awning bersama pelapik gam seperti di bawah.
STEP 5
Kemudian jahit di bahagian depan ½ inci untuk melekatkan kain chiffon dengan pelapik gam.
STEP 6
Seterika sekali lagi untuk kemasan.
STEP 7
Jahit sekeliling awning.
Hasil jahitan.
STEP 8
Trim ikut betul-betul dengan pola awning di atasnya.
STEP 8
Kemudian tanda di tengah-tengahnya.
STEP MEMBUAT CANTUMAN AWNING DENGAN KAIN
STEP 1
Cantumkan:
(i) Ambil tiga layer yang telah siap tadi dan lekat dengan awning.
(ii) Dengan jarak ¼ inci kita jahit dan cantumkan awning dengan 3 layer kain chiffon.
(iii) Seterika lagi.
STEP 2
Jahit sekeliling awning
Kemaskan dengan menjahit tepi biasa. Cantumkan ketiga-ketiga layer dengan jarak 11.5 inci dari atas awning ke bawah dagu (jarak dari A ke B). Kemudian jahit dari B ke C jarak lebih kurang 5 inci bercantum untuk ketiga-tiga layer.
STEP 4
Jahit lebihan sehingga hujung (dari C ke D) untuk setiap layer. Setiap layer tidak bercantum.
STEP 5
Dari dagu jahit sekeliling awning. Setelah selesai, trim sekali lagi untuk mendapat layer yang kemas dan cantik.
Jahit tepi halus. Gunakan benang dengan color yang sesuai.
STEP 7
Buatkan tapak untuk meletak brouch. Ukuran dari dagu (A) ke B dengan jarak 2 inci. Dari B ke C dengan jarak 4.5 inci. Semasa jahit besarkan jarak benang untuk dapatkan tapak brouch.
Tudung setelah diletakkan brouch.
STEP 8
Seterika dan cuba pakai untuk menggayakan tudung chiffon 3 layer.
STEP 8
Tudung yang sudah siap. Sedap dipakai cantik dipandang.
SELAMAT MENCUBA.
Amaran: Panduan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri menjahit tudung chiffon 3 layer. Jika terdapat sebarang kerugian semasa mengikut panduan ini adalah menjadi tanggungjawab sendiri.
No comments:
Post a Comment