Monday, 12 August 2013

Kenangan Hari Raya 2013

Balik kampung dari Bandar Baru Bangi ke Pulau Pinang pada hari Rabu seebelum hari raya. Perjalanan lancar. Dalam 3 jam dah sampai ke kampung.

Raya pertama beraya di kampung suami di Penang. Raya kedua balik Serdang, Kedah. Raya ketiga berjumpa kawan-kawan lama Sekolah Menengah Serdang Kedah. Raya ke-empat pergi ke majlis kenduri cikgu sekolah anak yang belajar di MRSM Kuala Klawang di RECSAM Penang.

Dari Penang bertolak pulang ke Bangi. Singgah di Taiping rumah Kak Mariah. Perjalanan pulang ke Bandar Baru Bangi pula traffic jam teruk. Dari Taiping ke Terowong Menora ambil masa 3 jam. Sampai Bangi pula ambil masa dalam 8 jam. Kalau ikut hati memang serik nak beraya di kampung. Gambar-gambar di bawah tetap jadi kenangan Hari Raya 2013.

Sawah padi berlatar belakang Bukit Bendera

Waktu senja

Di belakang rumah


Bersama anak-anak


Tok, Tok Wan dengan cucu

Lutfil Hadi

Aqilah dan Lutfil Hadi

Kawan-kawan lama Sek Men Serdang, Kedah

Majlis kahwin cikgu MRSM Kuala Klawang



Post a Comment

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2017