Cover-Stitch biasanya digunakan untuk membuat jahitan kemasan pada t-shirt pada kolar(leher baju), hujung t-shirt, jubah dan juga untuk kemasan hujung tudung. Mesin ini boleh menjahit coverstitch samada 2 atau 3 baris jahitan benang. Mesin yang saya gunakan mempunyai 3 jarum dan 5 benang.
Benang dan jarum boleh ditukar untuk membuat jahitan yang dikehendaki. Untuk jahitan lurus 2 baris hanya perlu 2 jarum dan 3 benang. Untuk jahitan lurus 3 baris memerlukan 3 jarum dan 4 benang. Untuk membuat jahitan corak memerlukankan 3 jarum dan 5 benang di mana 1 benang terletak di bawah.
Di sebelah luar mempunyai jahitan lurus dua atau 3 baris benang, di sebelah dalam mempunyai corak jahitan coverstitch untuk kemasan hujung kain. Perbezaan mesin ini adalah mesin tidak mempunyai pisau memotong lebihan kain seperti mesin jahit tepi biasa atau mesin jahit tepi halus.
Boleh digunakan dengan warna-warna benang yang berlainan mengikut warna fabrik tudung atau t-shirt dikehendaki.
Yang lecehnya mesin ini bila perlu menukar benang untuk setiap fabrik yang berlainan warna.
Gambar mesin jahit interlock coverstitch.
mesin jahit coverstitch SIRUBA
coverstitch dengan 3 jarum
spsifikasi mesin jahit coverstitch
Contoh jahitan coverstitch.
jahitan 3 garis mengguna 3 jarum
bentuk jahitan di sebelah dalam
Contoh jahitan untuk tudung syria mengguna benang berbagai kaler.
tudung syria dengan jahitan coverstitch
Pelbagai jenis jahitan kaler untuk 2 garis dan 3 garis benang jahitan. bolej klik imej untuk lebih jelas.