Dress sari Dress berkolar
Baju kurung sari Cardigan
Kebarung Blouse berbutang
Blouse
Kaftan
Memakai baju dengan pilihan fesyen sendiri dan ukuran yang sesuai menjadi idaman setiap wanita. Ianya memberi keselesaan dan kepuasan ketika memakainya. Pilihan warna, corak, fesyen dan ukuran badan sendiri hanya boleh dilakukan jika membuat tempahan.
Bagi tukang jahit pula menjahit pakaian dengan ukuran yang dikehendaki oleh pelanggan merupakan satu cabaran yang besar. Kesilapan mengambil ukuran boleh menyebabkan baju ketat, terlalu besar dan tidak boleh dipakai. Kadang-kadang ukurannya sudah betul tetapi si pemakai masih lagi mengkehendaki untuk membuat adjustment kerana merasakan masih tidak seperti yang dikehendaki. Ini biasanya berlaku jika pemakainya mengkehendaki bajunya itu betul-betul fit dengan bentuk badannya.
Kesukaran kepada tukang jahit bukan sahaja menjahit mengikut ukuran yang diambil. Kadang-kadang perlunya membuat penyesuaian kepada kain yang hendak dipotong. Ada sesetengah kain tidak cukup, mempunyai corak, jalur, kaki kain yang perlu diambil kira ketika memotong. Oleh kerana ukuran pelanggan yang berbeza-beza menyebabkan berlaku banyak adjustment yang perlu dilakukan. Namun yang demikian tukang jahit masih berusaha dengan susah payah untuk menyiapkan juga tempahan yang diterima.
Mengambil ukuran dan menyiapkan tempahan pakaian bukan seperti mengambil ukuran data antropometri dalam kajian rekabentuk ergonomik yang pada akhirnya hanya mengambil kira purata ukuran untuk rekabentuknya. Jika ukuran standard sahaja yang diambil seperti ukuran untuk saiz S,M,L, XL kerjanya lebih menjadi mudah berbanding dengan ukuran pada tempahan individu. Ukuran yang diambil untuk tempahan individu boleh menyebabkan complaint dari pelanggan jika tidak seperti yang dikehendaki. Jika pelanggan itu pertama kali membuat tempahan mungkin sekali itu sahaja akan datang dan tidak akan datang lagi. Oleh sebab itu kebanyakan tukang jahit lebih suka mengambil tempahan dari regular customer kerana mereka sudah mengetahui karenah dan masalah yang dihadapi oleh tukang jahit ketika membuat tempahan.
Oleh sebab itu sesetengah tukang jahit lebih suka pelanggan menghantar baju contoh kerana mengikut ukuran pada baju contoh lebih memudahkan kerja dan ukuran yang sama seperi baju contoh tidak ada sebab untuk pelanggan membuat complaint. Walaubagaimana pun sebagai tukang jahit menerima complaint tentang baju yang ketat, besar dan sebagainya adalah sesuatu yang lumrah. Oleh sebab itu kebiasaanya basi pada kain perlu ditinggal untuk tujuan pembaikan semula jika baju itu ketat, tidak fit dan sebagainya. Mengharap kesempurnaan seratus peratus untuk semua tempahan adalah sesuatu yang mustahil kerana selera dan citarasa setiap orang tidak sama antara satu sama lain. Jika kita terlalu mencari kesempurnaan kita mungkin hilang yang terbaik.
Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan dress, baju kurung, kebaya, kebarung, jubah dan lain-lain pakaian wanita boleh menghubungi saya seperi pada nombor telefon yang saya tinggalkan dalam blog ini atau datang terus ke kedai jahit saya di Jalan Reko Sentral 2, tingkat 1, bersebelahan dengan Hotel M Garden. Kedai jahit saya dibuka dari 9.00 pagi hingga 6.30 petang.
No comments:
Post a Comment