Showing posts with label shawl instant bercorak. Show all posts
Showing posts with label shawl instant bercorak. Show all posts

Tuesday, 22 September 2015

Shawl Instant Bercorak







Fesyen shawl bukan sekadar pada rekabentuknya sahaja tetapi boleh juga datang dengan pelbagai material dan corak. Kepelbagaian pada corak shawl memberi banyak pilihan untuk disesuaikan dengan pakaian. Shawl instant bercorak boleh sahaja digayakan  dengan pelbagai warna baju untuk pelbagai majlis terutamanya majlis kenduri kahwin atau menjadi fesyen untuk pulang ke kampung sempena hari raya korban nanti. 

Saya akan bercuti mulai besok, rabu sehingga hari sabtu ini untuk pulang ke kampung menyambut hari raya korban. Kedai Jahit Nash Fesyen akan beroperasi semula pada hari ahad ini. Kepada sesiapa yang ingin berjumpa atau membuat tempahan boleh tangguh dahulu sehingga minggu hadapan. Walau bagaimanapun setiap message yang dihantar akan dilayan seperti biasa.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Sunday, 15 February 2015

Shawl Instant Lycra Bercorak






Menjahit perlukan kemahiran. Untuk mendapat kemahiran perlukan diulang berkali-kali tanpa jemu. Misalnya untuk menjahit kelim, jahit gulung atau jahit pleat, jika tidak dicuba berkali-kali tidak akan berjaya untuk mendapat jahitan seperti yang dikehendaki. Saya sendiri semasa mula menjahit kelim sentiasa sahaja jahitan tergelincir dan serba tidak menjadi. Frust memanjang. Apabila selalu mencubanya, menjadikan saya semakin mahir dan sekarang terasa semakin cepat dan mudah. Pekerja saya sendiri yang saya latih menjahit pleat juga semakin mahir sekarang ini. Pada mulanya memang banyak berlaku kesilapan sehingga perlu menetasnya berkali-kali.

Jika ada yang bertanya saya supaya tunjukkan tutorial bagaimana cara menjahit tepi halus, jahit kelim, pleated dan lain-lain, saya boleh tunjukkan apabila berada di hadapan mesin jahit. Selepas itu perlu praktis berkali-kali sehingga mahir. Salah seorang pekerja saya yang pada mulanya datang bekerja tidak tahu langsung menggunakan mesin jahit tepi. tetapi sekarang sudah mahir dan sudah pandai untuk menukar benang sendiri, setting mesin mengikut kesesuaian kain dan tahu untuk menyelesaikan masalah jika benang putus.

Begitu juga cara menjahit untuk sesetengah pattern tudung, cara menjahitnya tidak perlukan pola tetapi hanya perlukan sedikit pengubahsuaian semasa menjahit. Menjahit perlukan kesabaran dan ketekunan. Kreativiti untuk menghasil tudung atau pakaian dengan fesyen tertentu akan datang dengan sendiri dengan hanya sekilas pandang sahaja pada tudung atau pakaian yang ingin dijahit. Kadang-kadang dengan gambar atau contoh sahaja sudah boleh agak cara jahitannya.

Shawl instant lycra bercorak seperti di atas juga berasal dari pola yang asas sahaja. Dengan sedikit pengubahsuaian boleh menghasilkan shawl seperti yang dikehendaki. Ada beberapa tutorial yang saya tunjukkan dalam entri yang lepas boleh menjadi asas untuk menjahit tudung dan shawl sendiri.

Dalam seminggu dua ini saya amat sibuk kerana ramai pelanggan hendak ambil tudung dan baju sebelum Raya Cina.  Raya Cina tinggal beberapa hari sahaja lagi.Terpaksa sehari suntuk berada di kedai, kadang-kadang hingga ke malam. Tak menang tangan nak menepis bila ada yang bertanya bila boleh siap baju dan tudung.  Sebab itu entri blog semakin hari semakin ringkas. Tak sempat nak fikir apa yang perlu ditulis.

Raya Cina pun dan jadi macam Raya Melayu. Ramai yang nak pakai tudung dan baju baru.

Monday, 8 December 2014

Shawl Instant Bercorak



Seharian berada di kedai jahit menyebabkan masa untuk melihat blog semakin terhad.  Kalau dahulu saya menjahit di rumah ramai yang masih segan-segan untuk datang tetapi sejak saya membuka kedai jahit sendiri semakin ramai yang datang menyebabkan banyak masa dihabiskan untuk melayan pelanggan daripada menjahit. Inilah hakikat yang perlu saya terima apabila membuka kedai jahit. 

Apabila saya membuka kedai jahit sendiri saya merasakan lebih fokus untuk membuat sesuatu kerja. Tidak ada gangguan daripada anak-anak untuk meminta itu dan ini. Produktiviti meningkat. Sekali sekala ada juga anak-anak datang tetapi cepat bosan dan nak balik ke rumah segera. Tak dak internet.

Tempahan menjahit datang dari mereka yang tak disangka-sangka. Dari jauh dan dekat. Secara pos dan juga datang sendiri. Semuanya kalau boleh nak segera seperti memakai instant shawl juga. 

Pilihan pula semakin pelbagai. Itulah rajin update sangat fesyen shawl dan tudung dalam blog. Semua mengaku boleh buat. Sekarang terimalah kesannya. Sampai tempahan baju, dress dan jubah semakin banyak dilupakan. Dalam hati terasa sayang juga menolak. 

Selain shawl plain, shawl bercorak juga menjadi pilihan. Adala pelanggan saya memberitahu di tempatnya, shawl bercorak yang paling laku berbanding shawl plain. Lain orang lain seleranya. Kalau pamdai menjual tidak kira plain atau bercorak akan ada peminatnya. Di pejabat mungkin lain pilihannya. Begitu juga di sekolah atau di kilang. Jika targetnya pelajar kolej lain pula pilihannya. Ada yang dulu tidak memakai shawl tetapi apabila sudah mencuba semakin berminat untuk memakai shawl. 

Untuk entri kali ini saya update beberapa pilihan shawl instant bercorak yang menjadi pilihan pelanggan. Untuk shawl atau tudung bercorak saya hanya menjahit sahaja. Kain perlu bawa sendiri kerana untuk mencari kain dengan corak pilihan memang susah untuk dicari berbanding kain plain.




Sabtu lepas buat pertama kali kelas menjahit tudung dijalankan di kedai. Terasa selesa sekali. Walaupu sibuk di kedai, blog ini akan saya update juga walaupun tidak ada apa-apa nak diceritakan.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018