Monday, 8 December 2014

Shawl Instant Bercorak



Seharian berada di kedai jahit menyebabkan masa untuk melihat blog semakin terhad.  Kalau dahulu saya menjahit di rumah ramai yang masih segan-segan untuk datang tetapi sejak saya membuka kedai jahit sendiri semakin ramai yang datang menyebabkan banyak masa dihabiskan untuk melayan pelanggan daripada menjahit. Inilah hakikat yang perlu saya terima apabila membuka kedai jahit. 

Apabila saya membuka kedai jahit sendiri saya merasakan lebih fokus untuk membuat sesuatu kerja. Tidak ada gangguan daripada anak-anak untuk meminta itu dan ini. Produktiviti meningkat. Sekali sekala ada juga anak-anak datang tetapi cepat bosan dan nak balik ke rumah segera. Tak dak internet.

Tempahan menjahit datang dari mereka yang tak disangka-sangka. Dari jauh dan dekat. Secara pos dan juga datang sendiri. Semuanya kalau boleh nak segera seperti memakai instant shawl juga. 

Pilihan pula semakin pelbagai. Itulah rajin update sangat fesyen shawl dan tudung dalam blog. Semua mengaku boleh buat. Sekarang terimalah kesannya. Sampai tempahan baju, dress dan jubah semakin banyak dilupakan. Dalam hati terasa sayang juga menolak. 

Selain shawl plain, shawl bercorak juga menjadi pilihan. Adala pelanggan saya memberitahu di tempatnya, shawl bercorak yang paling laku berbanding shawl plain. Lain orang lain seleranya. Kalau pamdai menjual tidak kira plain atau bercorak akan ada peminatnya. Di pejabat mungkin lain pilihannya. Begitu juga di sekolah atau di kilang. Jika targetnya pelajar kolej lain pula pilihannya. Ada yang dulu tidak memakai shawl tetapi apabila sudah mencuba semakin berminat untuk memakai shawl. 

Untuk entri kali ini saya update beberapa pilihan shawl instant bercorak yang menjadi pilihan pelanggan. Untuk shawl atau tudung bercorak saya hanya menjahit sahaja. Kain perlu bawa sendiri kerana untuk mencari kain dengan corak pilihan memang susah untuk dicari berbanding kain plain.




Sabtu lepas buat pertama kali kelas menjahit tudung dijalankan di kedai. Terasa selesa sekali. Walaupu sibuk di kedai, blog ini akan saya update juga walaupun tidak ada apa-apa nak diceritakan.

No comments:

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018