Setahun yang lepas saya menulis dalam entri 'jahit baju sekolah dan tudung sekolah' menjadikan blog ini berada di muka pertama google untuk keyword 'jahit tudung sekolah' dan juga 'jahit baju sekolah'. Begitu juga saya pernah menerbitkan entri berkaitan 'jahit lencana sekolah' juga berada di muka pertama google. Permainan keyword saya pada entri yang lepas berkaitan jahitan yang saya lakukan mendatangkan keuntungan kepada saya. Mungkin juga kerana tiada saingan terhadap keyword yang saya pilih menghasilkan sesuatu yang menguntungkan untuk bisnes saya dan menjanjikan pendapatan yang berterusan untuk perkhidmatan menjahit yang saya lakukan.
Saya tidak perlu mencari keyword yang menjadi trend di google untuk menarik trafik kerana ia tidak mendatangkan apa-apa makna kepada blog ini. Trafik yang 'targeted' walaupun rendah lebih baik daripada trafik yang tinggi.
Musim jahit baju sekolah dan tudung sekolah berulang lagi. dan kini tempahannya lebih tinggi. Saya tidak perlu risau lagi untuk memikirkan pendapatan setiap bulan. Saya hanya perlu berfikir bagaimana hendak mengoptimasikan perkhidmatan saya ini.
Cuti sekolah tinggal beberapa hari lagi. Untuk tempahan seperti menjahit tudung dan baju sekolah, dead line sekurang-kurangnya seminggu sebelum sekolah bermula. Alhamdulillah selesai juga menjahit walaupun demam. Badan dan sendi masih terasa lemah. Kepala pula sakit tidak terkata. Tidur sepanjang hari dengan berusaha juga bangun menyiapkan tudung dalam kategori 'urgent'. Beberapa message tidak sempat jawab kerana tidak bermaya. Beberapa tudung yang perlu dipos juga masih tertangguh.
Sebelum itu saya ke sekolah anak mengambil keputusan peperiksaan PT3 tingkatan tiga di Kuala Klawang. Apabila balik sahaja terus terasa demam sehingga ke hari ini belum pulih. Jika saya bekerja makan gaji sudah tentu saya boleh dapat MC mungkin dalam seminggu. Bekerja sendiri beginilah nasibnya. Tidak bekerja tidak ada pendapatan.
Sudah beberapa orang yang tanya untuk jahit lencana sekolah. Upahnya tidak seberapa tetapi ada sahaja duit dalam poket.
No comments:
Post a Comment