Kali ini tempahan dari pelanggan adalah dress fesyen seperti dalam gambar. Begitulah tempahan dari pelanggan sekarang.
Ada juga yang hantar gambar minta saya jahit dan sediakan kain sekali. Memang saya tidak boleh sediakan kain untuk pelanggan. Pelanggan perlu bawa sendiri kain untuk tempahan baju yang dikehendaki.
Saya tidak sediakan kain untuk tempahan baju kerana saya tidak mahu nanti bila sudah siap, kain yang digunakan tidak memenuhi citarasa pelanggan. Pelanggan tidak mahu ambil baju yang sudah siap. Saya tidak mahu rugi di situ.
Jika pelanggan yang bawa kain sendiri, sudah ada komitmen daripada pelanggan untuk mengambil baju tersebut. Yang keduanya saya tidak mahu membuang masa mencari kain yang entah ada atau tidak di kedai-kedai kain. Bukan senang untuk mencari kain yang dikehendaki terutama yang bercorak sama seperti dalam gambar yang ditunjuk. Kalau untuk tempahan untuk tudung mungkin saya boleh carikan terutamanya kain jenis plain tetapi tidak untuk baju.
No comments:
Post a Comment