Thursday, 24 April 2014

Dari Lakaran Fesyen Menjadi Baju



Saya tidak mengenali mereka yang datang ke rumah untuk membuat tempahan menjahit. Komunikasi hanya berlaku sama ada melalui whatsapp, sms, facebook atau email sahaja. Yang paling banyak adalah melalui whatsapp.

Tetamu kali ini adalah lelaki. Datang dengan kawan yang juga lelaki meminta saya menjahit fesyen lakaran mereka sendiri. Jika tetamu lelaki yang datang  memang saya tidak akan membuka pintu pagar kecuali ditemani oleh isteri atau kawan perempuan. Tetamu ini datang pada waktu petang ketika suami berada di rumah.

Apabila sudah datang ke rumah, pandai pula mereka membuat lakaran fesyen. Saya agak tentunya mereka ini pereka fesyen.

Kali ini pelanggan saya menunjukkan lakaran fesyen di atas kertas dan minta saya menjahitnya. Ketika banyak tempahan yang belum disiapkan, saya biasanya menolak untuk tempahan yang rumit seperti yang terlalu berfesyen. Oleh kerana nampak lakaran fesyen tersebut macam baju mini kurung moden tetapi lebih singkat, saya berani menerima tempahan untuk menjahit fesyen yang ditunjukkan. 

Lihat sendiri hasil jahitan yang telah disiapkan. Harap dapat diterima. Saya namakan fesyen baju ini sebagai baju mini kurung berfesyen. Baju lebih singkat seperti ukuran yang diminta.

Tempahan makin banyak sekarang. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja yang menghantar tempahan. Mungkin pada tahun ini saya terpaksa menutup tempahan lebih awal memandangkan bulan puasa semakin dekat.

No comments:

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018