Hari kedua di bulan Ramadan tentunya setiap orang sudah ada perancangan bagaimana hendak membuat persiapan untuk hari raya nanti. Sambil memujuk anak-anak yang mula belajar berpuasa supaya terus berpuasa, sambil itu juga memikirkan persiapan untuk berbuka dan untuk menyambut hari raya nanti.
Ada yang sudah awal-awal lagi sudah menghantar kain kepada tukang jahit dengan pilihan tema tertentu untuk baju hari raya sekeluarga. Ada yang mula membanjiri kedai pakaian, pasar-pasar ramadan, pasar kemboja, super market dan juga butik-butik terkenal untuk membeli sahaja baju raya yang sudah siap dijahit. Semua sudah menyediakan budget untuk bergaya di hari raya nanti. Maklum sahaja gaji pun sudah dapat, duit raya pun company akan bagi lagi nanti. Bolehlah berborong sakan kali ini. Budget untuk persiapan hari raya kali ini pun bertambah dengan kelahiran orang baru dan juga anak-anak pun sudah besar dan pandai pula memilih fesyen baju dan tudung. Sepasang tidak cukup kerana baju dan tudung raya mesti dipakai berlainan sekurang-sekurangnya untuk lima hari raya bila bercuti nanti.
Kepada yang makan gaji mungkin hari ini hari pertama bekerja di bulan ramadan. Permulaan Ramadan kalau boleh biarlah tak ada banyak kerja supaya boleh rehat-rehat. Masa makan pun dipendekkan supaya boleh pulang awal. Sambil bekerja boleh juga melayari internet mencari resepi-resepi untuk berbuka puasa dan juga membaca blog pilihan. Sambil melayari internet sambil mengerling ke arah bos supaya tidak perasan sedang membaca blog ini. Bos pun nampak macam concentrate sahaja mengadap komputer.
Kepada peniaga masa sekarang lah peluang untuk melipat gandakan pendapatan terutamanya yang menjual kuih raya, baju, tudung dan shawl secara online atau offline. Booth untuk bulan Ramadan sudah lama ditempah untuk menjual shawl dan tudung.
Kepada tukang jahit sudah merasa tekanan untuk menyiapkan tempahan pelanggan sehingga tidak tidur lena kerana memikirkan tempahan yang perlu disiapkan sekurang-kurang seminggu sebelum hari raya.
Saya sendiri sekarang terasa sibuk yang amat sangat berbanding daripada tahun-tahun yang lepas untuk menyiapkan tempahan pelanggan terutamanya shawl yang begitu banyak sekali yang semuanya hendakkan sebelum hujung minggu ini supaya boleh dijual awal. Kalau pada hari cuti sekolah yang lepas, bolehlah minta tolong anak-anak membantu. Sekurang-kurangnya bolehlah juga minta lipat shawl. Bila sekolah sudah buka, habis semua letak jawatan kononnya nak baca buka dan cikgu bagi banyak homework. Buat kerja sedikit tetapi gaji nak lebih.
Tidak ada masa lagi untuk berehat dan berkhayal. Untuk melayan blog dan facebook juga semakin kurang kerana masa sangat berharga. Setiap detik yang berlalu terasa begitu cepat sekali. Tak terasa keletihan berpuasa. Itulah cabaran untuk sesiapa yang berkerja sendiri seperti saya ini.
Kali ini saya kongsikan tempahan tudung dari pelanggan iaitu tudung 2 later dengan soft awning kain corduroy. Tudung soft awning memang sedap dipakai dan mudah dijaga kerana sifat kain corduroy yang tidak mudah rosak. Boleh baca artikel saya yang lepas berkaitan dengan kain corduroy ini.
Saya sendiri sudah menyiapkan tudung hasil jahitan sendiri iaitu tudung twist berdagu untuk dijual melalui blog ini dan juga kedai online www.nashfesyen.com. Sentiasa datang ke blog ini untuk melihat fesyen terbaru hasil jahitan saya sendiri. Mungkin berminat boleh beli untuk dihadiahkan kepada ibu tersayang atau dipakai untuk hari raya nanti.
Tudung 2 layer di bawah adalah tempahan dari pelanggan bukan untuk dijual. Tudung untuk dijual akan dipostkan dalam entri yang akan datang