Tuesday, 10 June 2014

Shawl Jahit Sambung

Antara banyak-banyak shawl yang dihantar kepada saya untuk dijahit adalah jahitan sambung iaitu dua kepingan kain disambung atau dicantum samada secara menegak, melintang atau pun pada bahagian melengkung. Hasilnya adalah sehelai shawl yang cantik dengan aneka warna dan coraknya yang menarik.

Sambungan menggunakan mesin jahit tepi halus dan jahitan kelilingnya juga menggunakan mesin jahit tepi halus. Ada yang meminta saya memotong kain dan ada juga yang memotongnya sendiri. Begitulah pelbagai fesyen shawl atau selendang yang terhasil dan sentiasa mendapat sambutan terutama kepada anak-anak remaja dan ibu-ibu yang bekerjaya untuk tampil cantik, elegan dan menarik. 

Pada bulan ini adalah antara bulan-bulan yang paling sibuk bagi saya kerana banyak tempahan shawl yang dihantar untuk dijahit dan kebanyakan untuk dijual sebelum menyambut hari raya nanti. Kepada sesiapa yang belum ada idea jenis-jenis fesyen shawl yang hendak dijual, saya sudah memberikan banyak contoh fesyen shawl dalam blog ini. Bolehlah belajar berniaga shawl samada secara off line atau online. Biar urusan jahit-menjahit serah sahaja kepada Kak Ros. Tumpukan perhatian kepada usaha untuk menjual. Kepada yang nak pakai sendiri pun boleh hantar untuk saya jahitkan.

Dibawah beberapa contoh jahitan sambung untuk pelbagai fesyen shawl.



Shawl di atas adalah shawl panjang empat segi yang disambung secara melintang ditengah-tengah kain yang berlainan warna.



Shawl di atas pula disambung secara menegak ditengah-tengah kain dengan 2 kepingan kain berlainan warna dan corak.


Shawl ini disambung pada bahagian melengkung dengan kain warna plain dan kain glitter dengan potongan half moon. Di bahgian atasnya pula dijahit dengan lace.


Shawl ini disambung dengan dua kepingan kain berwarna plain dengan hujungnya dipotong separuh bulatan

No comments:

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018