dress moden
Minggu depan cuti sekolah. Banyaklah majlis perkahwinan di sana sini. Rakan-rakan pejabat ramai yang akan menyambut majlis gilang-gemilang menyambut hari perkahwinan. Majlis menyambut pengantin perempuanlah yang biasa ditunggu-tunggu oleh semua orang.
Apabila hendak jadi pengantin nanti, kawan-kawan rapatlah yang biasaya diajak sebagai pengapit pengantin. Apabila kawan rapat sendiri yang jadi pengapit akan hilang rasa gemuruh di hati. Maklum sahajalah hari yang gilang-gemilang tersebut, pasti akan jadi tumpuan. Setiap mata akan memberi perhatian kepada pengantin.
Teman rapat yang menjadi pengapit terasa malu sebenarnya untuk menjadi pengapit. Terasa malu sebenarnya sebab kawan sendiri sudah berkahwin tetapi diri entah bila. Tidak ada sesiapun lagi yang datang merisik khabar. Tapi apakan daya bila yang mengajak pula adalah kawan sendiri. Mahu tak mahu terpaksalah terima juga menjadi pengapit pengantin walaupun berat di hati.
Perkara pertama yang harus difikirkan adalah tentang pakaian. Baju apakah yang harus dipakai semasa menjadi pengapit nanti? Pakaian yang dipakai mesti sekurang-kurangnya setanding dengan pengantin. Bukan sahaja pengantin yang menjadi perhatian pada hari gilang gemilang tersebut tetapi juga pengapit. Pakaian yang sesuai mesti dipakai. Untung-untung di kalangan tetamu yang ramai hadir ada pula yang berkenan apabila melihat pengapit yang segak bergaya dengan baju dress yang dipakai dan teringin pula hendak buat menantu. Adalah peluang untuk jadi pengantin pula selepas itu.
Pemilihan baju yang sesuai walaupun sebagai pengapit pengantin perlulah bergaya sebagaimana pengantin juga. Baju pilihan mesti ditempah supaya sesuai dengan saiz badan. Fesyen baju mestilah dress moden bersulamkan lace yang nampak cantik dan menarik.
Bukan hendak melawan dengan pengantin, tetapi perlu ada strategi.
No comments:
Post a Comment