dress
baju mini kurung moden
baju kurung batik
baju kurung moden
baju kurung pahang/pesak gantung
Di sini saya kongsikan beberapa tip pemilihan warna pakaian untuk menampilkan peribadi yang hebat yang saya ambil dari buku "Anggun Di Luar Serlah Pesona Dari Dalam" oleh Ahmad Naim Jaafar dan Mohd Ikram Mohd Nor Wazir.
- Jangan gunakan lebih daripada tiga warna setiap kali kita memilih pakaian untuk dipakai.
- Sekiranya kita seorang yang pemalu, selitkan warna merah dalam gandingan warna pakaian kita, contohnya blaus merah dengan kain ataupun gaun gelap.
- Sekiranya kita seorang yang agresif, gunakan warna biru gelap, coklat lembut ataupun kelabu cerah dalam pakaian utama yang kita kenakan. Ia adalah bagi menyeimbangkan personaliti yang kita tampilkan dengan sifat agresif kita. Kita dilihat sebagai orang yang lebih mudah didekati.
- Sekiranya kita seorang yang bertubuh besar, gunakan warna biru gelap, kelabu ataupun coklat muda dalam pakaian kita.
- Sekiranya kita seorang perempuan yang bertubuh kecil, gunakan pakaian yang bercorak alam dengan bunga yang besar. Warna pada bunga itu biarlah cerah dan terang supaya ia dapat mengalihkan pandangan orang yang melihat personaliti kita.
- Sekiranya kita mahu kelihatan dramatik, gunakan kombinasi warna yang kontras, contohnya hijau muda dan ungu, merah dan putih, biru gelap dan keemasan, kelabu dan oren dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kita perlu benar-benar berani memakai warna yang kontras.
No comments:
Post a Comment