Showing posts with label tempah baju pengapit pengantin. Show all posts
Showing posts with label tempah baju pengapit pengantin. Show all posts

Tuesday, 18 March 2014

Tempah Baju Pengapit Pengantin

dress moden

Tukang jahit menerima tempahan sepanjang masa. Bukan setakat tempahan untuk hari raya sahaja yang banyak dan tak menang tangan. Tempahan untuk hari-hari yang lain begitu juga. Bila musim cuti sekolah, ada tempahan untuk baju nikah, tempahan baju pengantin. Bila hari raya, tempahan baju untuk hari raya pula. Bila hujung tahun, ada tempahan baju untuk pergi bercuti dan juga tempahan baju untuk dinner atau tempahan baju untuk hari keluarga. Bila hari bekerja, tempahan baju untuk dipakai semasa bekerja. Begitulah selalu. Tidak pernah putus-putus.

Minggu depan cuti sekolah. Banyaklah majlis perkahwinan di sana sini. Rakan-rakan pejabat ramai yang akan menyambut majlis gilang-gemilang menyambut hari perkahwinan. Majlis menyambut pengantin perempuanlah yang biasa ditunggu-tunggu oleh semua orang.

Apabila hendak jadi pengantin nanti, kawan-kawan rapatlah yang biasaya diajak sebagai pengapit pengantin. Apabila kawan rapat sendiri  yang jadi pengapit akan hilang rasa gemuruh di hati. Maklum sahajalah hari yang gilang-gemilang tersebut, pasti akan jadi tumpuan. Setiap mata akan memberi perhatian kepada pengantin.

Teman rapat yang menjadi pengapit terasa malu sebenarnya untuk menjadi pengapit. Terasa malu sebenarnya sebab kawan sendiri sudah berkahwin tetapi diri entah bila. Tidak ada sesiapun lagi yang datang merisik khabar. Tapi apakan daya bila yang mengajak pula adalah kawan sendiri. Mahu tak mahu terpaksalah terima juga menjadi pengapit pengantin walaupun berat di hati.

Perkara pertama yang harus difikirkan adalah tentang pakaian. Baju apakah yang harus dipakai semasa menjadi pengapit nanti? Pakaian yang dipakai mesti sekurang-kurangnya setanding dengan pengantin. Bukan sahaja pengantin yang menjadi perhatian pada hari gilang gemilang tersebut tetapi juga pengapit. Pakaian yang sesuai mesti dipakai. Untung-untung di kalangan tetamu yang ramai hadir ada pula yang berkenan apabila melihat pengapit yang segak bergaya dengan baju dress yang dipakai dan teringin pula hendak buat menantu. Adalah peluang untuk jadi pengantin pula selepas itu.

Pemilihan baju yang sesuai walaupun sebagai pengapit pengantin perlulah bergaya sebagaimana pengantin juga. Baju pilihan mesti ditempah supaya sesuai dengan saiz badan. Fesyen baju mestilah dress moden bersulamkan lace yang nampak cantik dan menarik.

Bukan hendak melawan dengan pengantin, tetapi perlu ada strategi.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018