Akhirnya cukuplah update beberapa gambar tudung yang sempat dijahit untuk hari ini. Hari ini sahaja seharian memotong dan menjahit shawl dan siapkan beberapa helai tudung. Tetamu tak berapa ramai yang datang hari ini.
Tudung labuh berlapik dagu dan tanpa pelapik dagu paling banyak ditempah. Stok kain lycra pun dah tinggal sedikit. Mungkin hujung minggu ini perlu ke KL lagi bagi mencari tambahan kain lycra. Kain hitam plain dan juga bercorak hitam paling banyak ditempah. Cadangan asal membeli kain lycra ini untuk menjahit produk sendiri dan nak dimasukkan ke dalam Kedai Online Nash Fesyen yang sudah lama tak diupdate dengan produk-produk terbaru. Kain lycra yang ada stok tadi habis pula ditempah pelanggan untuk tudung labuh berdagu dan tanpa pelapik dagu.
Sementara itu pula beberapa tempahan tudung tiga layer putih juga mendapat tempahan. Sudah siapka untuk dua pelanggan dan sudah diposkan pada hari ini. Tinggal satu lagi tempahan tudung chiffon 3 layer putih yang belum sempat disiapkan.
Besok pula bercadang nak berhenti sekejap menjahit tudung untuk mula memotong kain untuk tempahan baju dan dress pula.
Nampaknya keadaan ini akan berterusan sehingga hari raya nanti. Tak boleh nak berehat. Mungkin rasanya perlu fikir strategi yang lain pula. Berhenti sekejap mengambil tempahan dan mula fokus untuk menjahit produk sendiri untuk dimasukkan ke Kedai Online Nash Fesyen. Lihatlah dahulu keadaan macam mana nanti. Ramai juga pengunjung yang datang ke blog ini bertanya tentang produk yang sudah ada stok untuk dibeli terus tanpa perlu membuat tempahan menjahit.
Lihat dahulu beberapa hasil jahitan tudung.
Tudung chiffon 3 layer putih
No comments:
Post a Comment