Permintaan pelanggan kadang-kadang sukar ditolak. Ada yang minta jahit sulam, kerawang, lace, labuci, kristal dan bermacam-macam perincian yang lain pada baju dan tudung.
Jahitan manik pada baju antara yang mendapat pertanyaan. Untuk tidak menghampakan permintaan pelanggan kadang-kadang saya menerima juga tempahan pelanggan untuk baju dengan jahitan manik. Paling sukar dalam jahitan manik dan seumpama dengannya adalah memuaskan hati pelanggan. Apa yang kita pandang cantik di mata kita mungkin berbeza mengikut pandangan orang lain.
Gambar di bawah adalah sulaman manik yang menghiasi bahagian leher dan lengan baju. Sebenarnya saya tidak menjahit sendiri manik ini tetapi dijahit oleh pembantu saya. Saya terlalu sibuk untuk tempahan baju, tudung dan shawl.
baju kurung dengan jahitan manik manik pada leher baju
manik pada lengan baju
Kenapa jahitan manik menjadi pilihan dan digilai oleh ramai wanita?
Sulaman pada manik beserta dengan kilauan yang memukau mata yang memandang mampu menyerlahkan penampilan wanita dan menambah keanggunan pemakainya. Jadi tidak hairanlah ramai yang cuba menjahit manik sendiri dengan berpandukan buku-buku sulaman manik yang banyak terdapat di pasaran dengan pelbagai pattern manik.
Malahan Itu juga yang membuatkan ramai wanita sanggup berhabis ratusan ringgit untuk menempah sulaman manik pada baju kurung mahupun kebaya mereka.
Jahitan sulaman manik pada pakaian boleh menjadikan pakaian kosong atau plain yang nampak suram tak berseri bertambah menarik dan menawan. Sulaman manik pada pakaian juga mampu menonjol imej mewah lagi eksklufif serta memikat.
Itu juga yang membuatkan ramai wanita sanggup berhabis ratusan ringgit untuk menempah sulaman manik pada baju kurung mahupun kebaya mereka.
Menjahit manik perlu mempunyai kesabaran, ketekunan dan ketelitian terutamanya ketika menyulam benang dan kain pada manik. Setiap penjahit manik mempunyai teknik masing-masing dengan kreativiti tersendiri.
Hanya yang mempunyai minat dan kesabaran sahaja mampu menghasilkan sulaman manik yang menarik dan berseni. Kerja remeh dan rumit tetapi hasilnya amat memuaskan. Kalau tidak sabar memang tak menjadi. Tambahan pula kalau suasana sekeliling dengan jeritan anak-anak yang menggangu.
Pemilihan manik, teknik jahitan, gabungan warna dan corak sangat penting agar rekaan nampak cantik selepas sesuatau sulaman manik disiapkan. Padanan warna mampu menimbulkan aura kreatif terutamanya bagi mereka yang meminati rekaan unik pada baju dan sebagainya.
Sulaman manik biasanya dilakukan pada bahagian hujung kain, tengah badan, hujung lengan, di bahagian dada,bahu dan leher.
Kepada yang berminat ingin mendapat tempahan menjahit manik bersama-sama baju bolehlah bertanya dahulu. Jika tidak banyak tempahan pada masa ini bolehlah saya pertimbangkan.
No comments:
Post a Comment