Tuesday, 29 April 2014

Pelbagai Fesyen Tudung Tempahan Pelanggan

Kali ini saya kongsikan pelbagai fesyen tudung yang ditempah pelanggan. Tempahan berdasarkan entri saya yang lepas yang saya tulis khusus untuk tudung-tudung tersebut. Kebanyakan datang ke blog ini hasil carian dari google. Dengan menguasai beberapa keyword tertentu di carian google, saya mendapat begitu banyak sekali tempahan untuk tudung, shawl dan baju. Nampaknya saya tidak boleh mengawal lagi tempahan yang datang.

Mungkin saya perlu berhenti sekejap menarik nafas untuk berehat dari rutin harian menjahit supaya saya boleh terus menulis dan berkongsi lebih banyak panduan di blog ini. Itu yang saya fikirkan.

Memang susah membuat keputusan terutama sekali yang datang adalah pelanggan tetap. Kadang-kadang saya perlu belajar berkata TIDAK buat sementara waktu.














Thursday, 24 April 2014

Dari Lakaran Fesyen Menjadi Baju



Saya tidak mengenali mereka yang datang ke rumah untuk membuat tempahan menjahit. Komunikasi hanya berlaku sama ada melalui whatsapp, sms, facebook atau email sahaja. Yang paling banyak adalah melalui whatsapp.

Tetamu kali ini adalah lelaki. Datang dengan kawan yang juga lelaki meminta saya menjahit fesyen lakaran mereka sendiri. Jika tetamu lelaki yang datang  memang saya tidak akan membuka pintu pagar kecuali ditemani oleh isteri atau kawan perempuan. Tetamu ini datang pada waktu petang ketika suami berada di rumah.

Apabila sudah datang ke rumah, pandai pula mereka membuat lakaran fesyen. Saya agak tentunya mereka ini pereka fesyen.

Kali ini pelanggan saya menunjukkan lakaran fesyen di atas kertas dan minta saya menjahitnya. Ketika banyak tempahan yang belum disiapkan, saya biasanya menolak untuk tempahan yang rumit seperti yang terlalu berfesyen. Oleh kerana nampak lakaran fesyen tersebut macam baju mini kurung moden tetapi lebih singkat, saya berani menerima tempahan untuk menjahit fesyen yang ditunjukkan. 

Lihat sendiri hasil jahitan yang telah disiapkan. Harap dapat diterima. Saya namakan fesyen baju ini sebagai baju mini kurung berfesyen. Baju lebih singkat seperti ukuran yang diminta.

Tempahan makin banyak sekarang. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja yang menghantar tempahan. Mungkin pada tahun ini saya terpaksa menutup tempahan lebih awal memandangkan bulan puasa semakin dekat.

Tuesday, 22 April 2014

Menjahit Memberi Idea Untuk Menulis Blog

baju fesyen

shawl dengan piping dan lace

tudung 2 layer pink

Menjahit memberi idea kepada saya untuk menulis blog. Daripada mula memilih kain, memijak mesin jahit sehinggalah selesai menjahit berbagai-bagai perkara boleh dijadikan entri blog.

Ketika memilih kain atau fabrik saya boleh menulis berkaitan corak atau motif pada kain. Apabila melihat warna pada kain pula saya boleh menulis kaitan dengan fesyen yang diminati.

Apabila saya memotong kain, saya boleh menulis berkaitan cara memotong kain, bagaimana membuat ukuran sehinggalah kepada pola-pola yang digunakan.

Apabila saya menggunakan mesin pula, saya boleh menulis berbagai perkara berkaitan mesin jahit dari cara untuk setkan jarum yang betul sehingalah kepada bagaimana untuk menghasilkan jahitan yang cantik. Apabila mesin mula melakukan jahitan, saya kan mula merasa ketenangan dan keseronokan menjahit. Ketika inilah muncul berbagai-bagai idea untuk menulis. Perkara-perkara seperti bisnes menjahit, tempahan menjahit dan bermacam-macam kisah lain mula datang untuk dicoretkan di dalam blog.

Selesai menjahit adalah kemuncak kepuasan apabila melihat hasil jahitan sendiri. Dari sekeping kain menjadi produk 3 dimensi yang menarik merupakan sesuatu yang amat menyeronokan. Hanya dengan merasainya sendiri barulah tahu kenikmatannya. Pada masa ini idea untuk menulis datang seperti air yang mengalir sehingga tidak sabar-sabar lagi hendak diterjemahkan dalam bentuk kata-kata.

Lihat sendiri hasil jahitan di atas. Bermacam-macam perkara boleh ditulis.

Menjahit memang menyeronokkan.

Monday, 21 April 2014

Jahit Awning Pada Shawl

shawl half moon tanpa awning
shawl halfmoon selepas dijahit dengan awning

shawl halfmoon berawning

shawl dengan awning

Shawl berawning menjadi pilihan kerana mudah dipakai dan senang untuk digayakan. Oleh sebab itu ada yang mengambil keputusan untuk memasang awning pada shawl. Ada yang dahulunya minat memakai shawl dan kini mengambil keputusan tidak mahu memakainya lagi kerana berkejar dengan masa setiap hari. Shawl yang dahulunya banyak dibeli kini hanya disimpan sahaja di rumah. Hendak dibuang terasa sayang kerana shawl ini sudah biasa dipakai dan coraknya yang menarik. Ada yang sudah koyak ditengahnya dan sudah tidak boleh dipakai lagi.

Untuk mengelaknya daripada dibiar begitu sahaja lebih baik dipasang awning pada shawl tersebut supaya boleh dipakai semula. Itulah pilihan yang terbaik. Tidak perlu disimpan atau dibiar begitu sahaja. Malahan dengan memasang awning pada shawl menjadikan shawl nampak menarik dan kemas. Pilihan warna pada awning disesuaikan dengan warna dan corak pada tudung. 

Kenapa tak terfikir perkara macam ini dahulu. 

Sunday, 20 April 2014

Susahnya Jahit Kain Berbatu




Kebiasaannya kalau menerima tempahan menjahit saya akan lihat dahulu sama ada boleh menjahit atau tidak. Antara kain yang susah nak dijahit adalah kain yang terlalu nipis, selalu bergulung dan berbatu. Kali ini saya menerima tempahan menjahit shawl di mana terdapat 4 helai shawl berbatu.

Awal-awal lagi saya sudah menolak tetapi pelanggan saya ini hendak juga saya menjahit. Saya tidak berani mengambil risiko untuk menjahit kerana batu yang melekat kuat pada shawl akan menyebabkan jarum patah dan menjahitnya perlu berhati-hati dan lambat. Saya perlu membuang dahulu batu yang melekat pada kain. Jika melekat kuat pada kain kain boleh koyak. Untuk mengguntingnya juga susah kerana boleh menyebabkan gunting tumpul.

Pelanggan saya ini adalah pelanggan tetap saya yang selalu menghantar shawl kepada saya. Selalunya saya mengguna mesin jahit tepi halus untuk menjahit sekeliling shawl tetapai untuk kain berbatu ianya cukup berisiko. Jika mesin jahit tepi saya rosak tempahan lain untuk shawl dan tudung akan terganggu. Saya tidak mahu mengambil risiko tersebut.

Akhirnya saya terima tetapi dengan syarat pelanggan mesti mengetuk batu-batu pada laluan jarum dahulu. Saya tidak mengguna jahit tepi halus tetapi saya mengguna jahit kelim di sekeliling shawl. Jahit kelim juga sebenarnya melambat kerja saya kerana saya tidak boleh jahit dengan laju dan terpaksa berhati-hati.

Akhirnya siap juga menjahit shawl berbatu tetapi kenalah caj lebih. Lain kali janganlah hantar lagi kain berbatu untuk saya menjahit.

Saturday, 19 April 2014

Jom Belajar Menjahit Tudung

kelas tudung minggu ini

Banyak faedahnya kalau boleh menjahit tudung sendiri.
  • Dapat jimat duit. Tak payah upah tukang jahit.
  • Boleh design tudung sendiri.
  • Boleh cari kain yang matching dengan baju.
  • Boleh jahit untuk anak-anak dan keluarga.
  • Boleh mengisi masa lapang.
  • Boleh kurangkan stress.
  • Dapat tambah kemahiran menjahit.
  • Rasa puas bila melihat hasil jahitan sendiri.
  • Boleh tayang dekat suami tudung yang cantik buatan sendiri.
  • Kalau dah pandai boleh ambil tempahan dari kawan-kawan.
  • Hasil jahitan boleh kongsi dalam facebook, blog dan instagram.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018