Tuesday 26 November 2013

Edit Latarbelakang Gambar Tudung Dan Shawl Mengguna Photoshop

Salah satu faktor yang sangat penting untuk menjual tudung, shawl  atau pakaian secara online adalah keperluan memapar gambar yang cantik dan menarik di laman web. Tidak hairanlah ramai peniaga online menggunakan model yang cantik untuk photoshoot. Gambar pula diambil di dalam studio dengan bantuan jurugambar profesional. Kamera pula yang berjenama dan boleh mengambil gambar dengan kualiti yang tinggi. Ada yang menyewa studio dibayar mengikut jam penggunaan. Begitu juga dengan kamera.

Paparan gambar di laman web mestilah mampu menarik perhatian pengunjung sehingga terliur untuk membelinya. Gambar pula diedit supaya lebih menarik dengan mengguna perisian berbayar 'photosop' atau perisian percuma 'gimp'.

Saya bukanlah mahir menggunakan kamera dan photoshop. Gambar yang saya upload di dalam blog ini pun menggunakan kamera yang diset pada 'auto' dan gambar pula diambil berlatarbelakang dinding rumah saya yang berwarna putih. Gambar pun tak diedit dan terus upload ke blog.

Walaubagaimanapun sejak saya rajin berblog ini saya mula belajar melalui google bagaimana untuk edit latarbelakang gambar supaya menjadi transparent dan juga supaya latarbelakang gambar berwarna putih. Tujuan supaya gambar kelihatan lebih menarik. Mungkin cara edit tak begitu profesional tetapi bolehlah sama-sama kita belajar.

Saya akan tunjukkan dahulu bagaimana mengedit latarbelakang gambar supaya menjadi transparent.

(Klik Setiap Imej Untuk Besarkan Gambar Supaya Lebih Jelas)

Buka perisian photoshop


Klik pada 'File' dan seterusnya klik pada 'Open'


Klik pada file yang hendak diedit.


Gambar sudah tersedia untuk diedit.


Klik pada 'Magic Eraser Tool' ('Right click' pada mouse )


Gerakkan kursor ke latarbelakang gambar yang hendak diedit dan 'right click' pada mouse. Latarbelakang trasnparent akan kelihatan selepas mouse diklik seperti di bawah. Sisa-sisa latarbelakang yang belum transparent boleh dipadam mengguna 'Magic Eraser Tool' yang sama atau mengguna 'Eraser Tool'.


Klik pada 'Eraser Tool" dan padamkan sisa-sisa latarbelakang yang belum transparent. Zoom gambar untuk besarkan.


Dan akhirnya inilah hasil gambar dengan latarbelakang transparent.


Save gambar dengan nama file .png


Jika file gambar besar boleh resize supaya lebih kecil.


Inilah gambar yang dihasilkan selepas diupload ke laman web.



Sekarang saya akan tunjukkan bagaimana nak jadikan latarbelakang gambar supaya bewarna putih.

Gunakan gambar dengan latarbelakang transparent tadi.


Cipta satu layer baru. Klik pada icon 'Create New Layer'. Layer baru terhasil iaitu Layer 1.


Dengan menggunakan mouse tarik layer 1 supaya terletak di bawah layer 0.


Klik pada icon 'Paint Bucket Tool' (Right click mouse)


Gerakkan kursor ke latarbelakang gambar yang hendak diwarnakan dengan putih. right click pada mouse. Pastikan warna adalah putih.


Highlight Layer 0 dan Layer 1 bersama-sama.


Klik pada menu 'Layer' dan klik pada 'Flatten Image'


Inilah gambar selepas 'flatten image'. Layer 0 dan Layer 1 digabungkan supaya menjadi 1 imej.


Save gambar untuk disimpan. Save For Web & Devices supaya saiz imej lebih kecil.


Klik save.


File yang disimpan.

Hasil gambar yang telah diupload ke laman web dengan latarbelakang warna putih.

Inilah hasil belajar sambil mencuba. Kalau nanti saya jumpa lagi kaedah yang lebih profesional saya akan kongsikan lagi di blog ini.

Sunday 24 November 2013

Pelbagai Fesyen Selendang Pilihan Pelanggan

Kepada peniaga shawl atau selendang secara online, faktor kelainan atau keunikan pada selendang antara faktor yang boleh menghasilkan jualan. Kelainan di sini bukanlah pada design sepenuhnya tetapi juga dari segi pemilihan jenis material fabrik, corak, saiz, perincian yang terdapat pada selendang  dan lain-lain.

Jadi kepada sesiapa yang tidak pandai tentang design selendang tidak perlu risau kerana pemilihan material dan corak pada fabrik serta saiz yang tertentu juga boleh menjadi sesuatu shawl itu ada kelainan atau unik. Pilih sahaja design yang biasa dipakai seperti shawl panjang atau half moon. Pilih fabrik sendiri dengan corak sendiri. Maka shawl itu akan menjadi produk tersendiri yang unik dan mempunyai kelainan.

Faktor di atas antara sebab mengapa peniaga shawl atau tudung online lebih suka menghantar shawl atau tudung kepada tailor atau tukang jahit untuk dijahit.

Walaupun banyak pembekal atau pemborong selendang yang menawarkan harga yang murah untuk pembelian pukal tetapi ramai yang masih menghantarnya kepada tukang jahit untuk dijahit.

Mengapa sebahagian daripada mereka tidak membelinya selendang secara borong daripada pemborong atau pergi sahaja ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR)  dan boleh mendapatnya secara murah.

Inilah antara jawapan yang diberi oleh pelanggan saya. 

1. Untuk menjual di internet produk mesti unik atau perlu ada kelainan dan tidak terdapat di tempat lain. Kalau produk tersebut ada dijual di tempat lain, pembeli akan membandingkan harga di tempat lain yang mungkin lebih murah.

2. Dengan menghantar kepada tukang jahit, saya boleh memilih kain sendiri dengan corak sendiri dan material kain sendiri. Kemungkinan produk itu sama dengan orang lain adalah rendah. Walaupun produk itu shawl half moon atau shawl empat segi yang biasa dijual tetapi jenis material, corak kain, saiz shawl mungkin tidak sama. Malahan corak kain di kedai textile sentiasa berubah-ubah. Hari ini pergi mungkin tidak dapat lagi corak fabrik yang sebelumnya.

3. Saya lebih berpuashati dengan pilihan saya sendiri daripada fesyen yang sudah ditentukan oleh pemborong.

4. Pilihan warna saya yang tentukan sebab saya yang memilih sendiri dari kedai textile.

5. Saya boleh buat researh dulu fesyen produk apa yang diminati pelanggan. Jadi saya boleh menjual produk pilihan terkini.

6. Saya dah cuba jual shawl atau tudung yang  beli selendang di Jalan TAR, pelanggan saya selalu membandingkan dengan tempat lain. Dekat pasar malam katanya boleh dapat lebih murah.

7. Saya boleh tanya dahulu dengan pelanggan saya, design bagaimana yang dia nak, berapa labuh kain. Jualan mengikut permintaan pelanggan lebih cepat laku.

8. Saya boleh letak 'label cloth' atau 'label tag'  sebagai jenama produk saya.

9. Saya boleh letak harga lebih tinggi kerana produk itu tidak terdapat di tempat lain. Pembeli tak boleh membandingkan harga. Jika pembeli sudah tertarik, mereka sanggup mengeluar duit untuk membeli.

10. Cerita produk saya akan menjadi viral jika pelanggan saya menceritakan keistimewaan produk saya kepada kawan-kawan mereka yang lain pula. Ini mungkin boleh menjadi 'tipping point' atau titik puncak yang mungkin akan meningkatkan dan mempopular jualan saya suatu hari nanti.

11. Kalau produk saya mendapat sambutan. Pembeli akan terus membeli dengan saya kerana hanya saya yang menjual produk tersebut.

12. Untuk bersaing dengan pelbagai penjual selendang dan tudung kita mesti kreatif. Sebab itu saya memilih jenis fabrik saya sendiri, tentukan saiz dan design saya sendiri.

13. Senang la berurusan dengan Kak Ros. Buat apa saya pergi kat tempat lain.

Faktor di atas antara salah satu faktor yang berjaya menghasilkan jualan di internet. Produk yang tidak ada di tempat lain akan di cari dan diminati oleh pelanggan.

Lihatlah pelbagai fesyen selendang pilihan.

Selendang dengan corak batik canting. Canting dihasilkan sendiri oleh pelanggan. Sungguh kreatif dan unik,




Selendang dengan warna satu tone.



Selendang dengan gabungan 3 warna.


Selendang dengan pelbagai corak menarik


Selendang berbutang


Saya bukanlah pereka fesyen. Saya tidak menyediakan khidmat mereka fesyen selendang.

Fesyen selendang dia atas adalah fesyen selendang panjang atau halfmoon. Kelainan atau keunikan adalah pada corak, saiz selendang atau pada hiasan atau perincian yang terdapat pada selendang.

Friday 22 November 2013

Seharian Menjahit Tudung dan Selendang

Tudung labuh samada untuk awning lembut (soft awning) atau awning keras terus menjadi pilihan pelanggan. Pilihan kali ini untuk satu warna sahaja tanpa corak. Material untuk  fabrik pilihan pula adalah dari jenis lycra atau cotton lycra.  Seharian saya menghabiskan masa untuk menjahit tudung dan selendang ini.

Tudung labuh diminati oleh kebanyakan golongan wanita yang biasanya dipakai untuk menghadiri kuliah, cikgu-cikgu sekolah, penyarah, kakitangan kerajaan, golongan wanita yang agak dewasa dan amat menitikberatkan tentang soal aurat berbanding wanita dari golongan ibu muda yang lebih suka tudung kaler block dan fesyen berlapis-lapis dan singkat.

Tempahan tudung kali ini kebanyakan untuk dipakai semasa bercuti, balik kampung dan juga menghadiri majlis perkahwinan.

Inilah hasil seharian saya menjahit tudung dan selendang untuk semalam.

selendang 

tudung labuh

tudung labuh

tudung labuh

tudung labuh

tudung labuh

tudung labuh

tudung labuh

tudung labuh

Di Mana Lokasi Nash Fesyen?

Saya hanya beroperasi dari rumah. Kepada sesiapa yang mencari kedai Nash Fesyen di Bandar Baru Bangi memang tidak akan jumpa.

Kalau sebelum ini ada yang tersesat sehingga ke Jalan Reko, ada yang sampai ke Sekyen 7 atau tersesat masuk ke Seksyen Tiga atau Seksyen 4. Berpusing di setiap lorong, berkelahi riuh rendah dengan orang sebelah kerana tersilap masuk lorong, kali ini tak payah gaduh-gaduh lagi, tak perlu risau lagi kerana saya dah daftar lokasi Nash Fesyen dengan google map, https://maps.google.com/.

Taip sahaja Nash Fesyen Bandar Baru Bangi Selangor, akan jumpalah  lokasi Nash Fesyen atau set sahaja pada GPS, pasti tak akan tersesat lagi. InsyaAllah boleh jumpa rumah saya. Nak datang kena contact dulu. Nanti kalau saya tak ada di rumah kecewa pula. Jangan datang untuk urusan direct selling pula. Masa saya sangat berharga.

Lihat peta lokasi di bawah untuk panduan. Klik imej untuk besarkan gambar.





Thursday 21 November 2013

Tempahan Tudung Labuh Lycra & Cotton Lycra

Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan tudung labuh seperti di bawah sila hubungi saya melalui sms atau whatsapp 017-4315193.

Sila pilih corak fabrik di bawah untuk membuat tempahan tudung. Saya akan menjahit untuk anda. Berikut adalah harga untuk tudung pilihan. Material adalah dari fabrik  LYCRA atau COTTON LYCRA. Boleh membuat pilihan samada untuk awning lembut (soft) atau awning keras. Harga untuk awning lembut (soft) atau awning keras tetap sama.

1. Tudung Labuh Berdagu Lycra  RM60.00
2. Tudung Labuh Berdagu Cotton Lycra RM65.00
3. Tudung Labuh Tanpa Pelapik Dagu Lycra RM55.00
4. Tudung Labuh Tanpa Pelapik Dagu Cotton Lycra RM60.00

Harga di atas tidak termasuk kos pos.

Berikut adalah corak fabrik yang ada dalam stok. Sila nyatakan pilihan tudung beserta jenis awning (lembut atau keras) dan pilih kod fabrik seperti di bawah dan sms/whatsapp ke 017-4315193 untuk membuat tempahan. Buat booking dahulu. Bayaran Hanya Dibuat Selepas Tudung Siap Dijahit. Saya akan maklumkan bila sudap siap jahit. Contoh tudung seperti pada hujung entri ini.

Material Lycra

(SUDAH DITEMPAH)
Kod : TL01

Kod : TL02

Kod : TL03

Kod : TL04

Kod : TL05

(SUDAH DITEMPAH)
Kod : TL06

Material: Cotton Lycra

Kod : TCL01

Kod : TCL02

Kod : TCL03

Berikut Adalah Contoh Tudung Labuh Yang Telah Ditempah Oleh Pelanggan

Tudung Labuh Tanpa Pelapik Dagu - Pelanggan Dari UKM



Tudung Labuh Berdagu - Pelanggan Dari Sabah


Wednesday 20 November 2013

Cara Jahit Kelim Tepi Shawl Dan Tudung

Selain daripada jahit tepi halus, jahit coverstitch dan jahit piping untuk kemasan tepi tudung dan shawl, terdapat satu lagi cara jahitan untuk kemasan tepi kain iaitu jahit kelim.

Di sini saya akan tunjukkan cara mudah bagaimana kita boleh membuat kemasan tepi tudung dan shawl menggunakan kaedah jahitan kelim tepi.

Mesin yang digunakan adalah mesin jahit lurus biasa sahaja. Kita hanya perlu menggunakan tapak khas jahit kelim. Boleh dapatkan di kedai mesin jahit.

Sesetengah mesin jahit perlu dibuat setting dahulu dengan tapak jahit kelim ini untuk mendapat kedudukan jarum yang betul.

Terdapat berbagai saiz jahitan kelim ini mengikut saiz tapak. Tapak yang saya gunakan ini adalah untuk jahitan kelim 3.2 mm. Saiz ditandakan pada sebelah tepi tapak kelim. Klik imej untuk besarkan gambar untuk melihat dengan lebih jelas saiz pada tepi tapak.

tapak jahit kelim

Pasang tapak jahit kelim pada mesin jahit lurus yang biasa kita gunakan. Tak perlu beli mesin baru.

mesin jahit kelim

Lipat hujung kain dan letakkan di bawah tapak jahit kelim. Besarkan gambar untuk lebih jelas.

jahit kelim

Mulakan jahitan sehingga selesai. Lihat hasil jahitan. Cantik dan kemas. Boleh besarkan gambar untuk lebih jelas.


Lihat hasil jahitan di bawah untuk pelbagai warna dan corak shawl.


SELAMAT MENCUBA

Tuesday 19 November 2013

Tukar Awning Tudung Dengan Fabrik Corduroy

tukar awning tudung 

fabrik corduroy

Saya banyak juga menerima tempahan menukar awning tudung  melalui pos sejak saya postkan entri berkaitan “Panduan Tukar Sendiri Awning Tudung”. Kenapa ramai yang tidak mahu cuba menukarnya sendiri dengan panduan yang saya berikan? Kebanyakannya tidak mempunyai mesin jahit sendiri dan tidak ada masa kerana sentiasa sibuk dengan tugasan harian.

Bayangkan tudung yang mahal dibeli hanya dipakai beberapa kali sahaja kerana awning patah, turun warna, awning fesyen lama, kemek-kemek ataupun ada kesan comot pada awning. Jika ada khidmat menukar dan repair awning tudung tentu tudung yang mahal tadi dapat diselamatkan.  Digoogle melalui internet maka terjumpalah blog ini.  Gembiranya di hati kerana ada yang menawar servis menukar awning tudung. Terselamatlah duit gaji bulan ini untuk membeli tudung baru.

Terdapat berbagai permintaan dari pelanggan untuk menukar awning tudung dengan fabric atau kain tertentu seperti corduroy, chiffon, taffeta, denim, Thai silk, velvet, broked dan lain-lain. Ke kedai textile lah saya mencari fabrik yang dikehendaki. Antara yang popular untuk awning tudung adalah dari fabrik corduroy. Malahan pada masa sekarang saya sendiri menyimpan stok pelbagai warna fabrik corduroy ini supaya tidak perlu saya pergi ke kedai textile berkali-kali untuk membeli fabrik corduroy ini.

Antara sifat –sifat yang biasa terdapat pada fabrik atau kain corduroy adalah panas, tahan lasak, kasar, mudah menyerap dan membebaskan lembapan.

Mempunyai banyak pilihan warna dengan pelbagai ketebalan dan pelbagai tingkat keregangan yang amat sesuai dijadikan awning tudung. Terletak cantik dan mudah dibentuk. Mudah dijaga, tidak mudah patah dan mudah untuk dibasuh kerana sifatnya tahan lasak.

Penjagaan corduroy juga mudah kerana kebanyakannya dibuat dari kain kapas di mana ianya boleh dibasuh dengan mesin basuh malahan juga boleh diseterika  pada suhu yang tinggi.

Jika terdapat tompokan kotoran, bersihkan dahulu dengan kain dan jika membasuh dengan tangan, jangan memberusnya dengan kasar.

Sedikit maklumat tentang corduroy untuk pengetahuan pembaca blog ini.

Fabrik corduroy adalah tekstil yang terdiri dari hasil fiber yang dipintal (twisted fiber) biasanya dari kain kapas tebal. Kain yang ditenun membentuk pola kain seperti tali yang terletak selari antara satu sama lain yang dijahit bersama-sama. Ini menghasilkan permukaan tekstur seperti garis-garis timbul selari  yang memanjang pada kain yang dikenali sebagai ‘cord’.

Perkataan corde du roi adalah dalam bahasa Perancis bermaksud  ‘cord of the King’. Mempunyai sifat asas seperti kain baldu (velvet). Velvet biasanya mempunyai garisan timbul yang lebih tebal berbanding corduroy.

Corduroy adalah hasil tenunan set tambahan fiber kepada fabrik asas yang  membentuk  garisan timbul di atas  permukaan  mendatar yang dipanggil sebagai ‘wale’.

Lebar kainnya sering disebut sebagai ukuran saiz wale iaitu jumlah bilangan wale per inci. Semakin kurang bilangan walenya semakin teballah lebar wale, misalnya 4 wale jauh lebih tebal dari 11 wale. Lebar wale pada kain corduroy  didapati dalam pelbagai variasi mulai dari 1.5 sehingga 21 inci. Untuk ukuran standard yang biasa digunakan adalah antara 10 inci dan 12 inci.

pelbagai saiz wale

Oleh kerana sifat tahan lasak dengan daya tahan yang baik dan biasanya digunakan untuk membuat jaket, beg tangan, seluar, awning tudung dan lain-lain. Corduroy yang berukuran lebar juga sesuai untuk membuat kain untuk melapisi perabut seperti pada sofa.

InsyaAllah di entri  yang lain saya akan cerita pula berkaitan fabrik chiffon, taffeta, denim, Thai silk, velvet, broked dan lain-lain.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018