Showing posts with label shawl online. Show all posts
Showing posts with label shawl online. Show all posts

Sunday, 24 November 2013

Pelbagai Fesyen Selendang Pilihan Pelanggan

Kepada peniaga shawl atau selendang secara online, faktor kelainan atau keunikan pada selendang antara faktor yang boleh menghasilkan jualan. Kelainan di sini bukanlah pada design sepenuhnya tetapi juga dari segi pemilihan jenis material fabrik, corak, saiz, perincian yang terdapat pada selendang  dan lain-lain.

Jadi kepada sesiapa yang tidak pandai tentang design selendang tidak perlu risau kerana pemilihan material dan corak pada fabrik serta saiz yang tertentu juga boleh menjadi sesuatu shawl itu ada kelainan atau unik. Pilih sahaja design yang biasa dipakai seperti shawl panjang atau half moon. Pilih fabrik sendiri dengan corak sendiri. Maka shawl itu akan menjadi produk tersendiri yang unik dan mempunyai kelainan.

Faktor di atas antara sebab mengapa peniaga shawl atau tudung online lebih suka menghantar shawl atau tudung kepada tailor atau tukang jahit untuk dijahit.

Walaupun banyak pembekal atau pemborong selendang yang menawarkan harga yang murah untuk pembelian pukal tetapi ramai yang masih menghantarnya kepada tukang jahit untuk dijahit.

Mengapa sebahagian daripada mereka tidak membelinya selendang secara borong daripada pemborong atau pergi sahaja ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR)  dan boleh mendapatnya secara murah.

Inilah antara jawapan yang diberi oleh pelanggan saya. 

1. Untuk menjual di internet produk mesti unik atau perlu ada kelainan dan tidak terdapat di tempat lain. Kalau produk tersebut ada dijual di tempat lain, pembeli akan membandingkan harga di tempat lain yang mungkin lebih murah.

2. Dengan menghantar kepada tukang jahit, saya boleh memilih kain sendiri dengan corak sendiri dan material kain sendiri. Kemungkinan produk itu sama dengan orang lain adalah rendah. Walaupun produk itu shawl half moon atau shawl empat segi yang biasa dijual tetapi jenis material, corak kain, saiz shawl mungkin tidak sama. Malahan corak kain di kedai textile sentiasa berubah-ubah. Hari ini pergi mungkin tidak dapat lagi corak fabrik yang sebelumnya.

3. Saya lebih berpuashati dengan pilihan saya sendiri daripada fesyen yang sudah ditentukan oleh pemborong.

4. Pilihan warna saya yang tentukan sebab saya yang memilih sendiri dari kedai textile.

5. Saya boleh buat researh dulu fesyen produk apa yang diminati pelanggan. Jadi saya boleh menjual produk pilihan terkini.

6. Saya dah cuba jual shawl atau tudung yang  beli selendang di Jalan TAR, pelanggan saya selalu membandingkan dengan tempat lain. Dekat pasar malam katanya boleh dapat lebih murah.

7. Saya boleh tanya dahulu dengan pelanggan saya, design bagaimana yang dia nak, berapa labuh kain. Jualan mengikut permintaan pelanggan lebih cepat laku.

8. Saya boleh letak 'label cloth' atau 'label tag'  sebagai jenama produk saya.

9. Saya boleh letak harga lebih tinggi kerana produk itu tidak terdapat di tempat lain. Pembeli tak boleh membandingkan harga. Jika pembeli sudah tertarik, mereka sanggup mengeluar duit untuk membeli.

10. Cerita produk saya akan menjadi viral jika pelanggan saya menceritakan keistimewaan produk saya kepada kawan-kawan mereka yang lain pula. Ini mungkin boleh menjadi 'tipping point' atau titik puncak yang mungkin akan meningkatkan dan mempopular jualan saya suatu hari nanti.

11. Kalau produk saya mendapat sambutan. Pembeli akan terus membeli dengan saya kerana hanya saya yang menjual produk tersebut.

12. Untuk bersaing dengan pelbagai penjual selendang dan tudung kita mesti kreatif. Sebab itu saya memilih jenis fabrik saya sendiri, tentukan saiz dan design saya sendiri.

13. Senang la berurusan dengan Kak Ros. Buat apa saya pergi kat tempat lain.

Faktor di atas antara salah satu faktor yang berjaya menghasilkan jualan di internet. Produk yang tidak ada di tempat lain akan di cari dan diminati oleh pelanggan.

Lihatlah pelbagai fesyen selendang pilihan.

Selendang dengan corak batik canting. Canting dihasilkan sendiri oleh pelanggan. Sungguh kreatif dan unik,




Selendang dengan warna satu tone.



Selendang dengan gabungan 3 warna.


Selendang dengan pelbagai corak menarik


Selendang berbutang


Saya bukanlah pereka fesyen. Saya tidak menyediakan khidmat mereka fesyen selendang.

Fesyen selendang dia atas adalah fesyen selendang panjang atau halfmoon. Kelainan atau keunikan adalah pada corak, saiz selendang atau pada hiasan atau perincian yang terdapat pada selendang.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2017