tukar awning tudung
fabrik corduroy
Bayangkan tudung yang mahal dibeli hanya dipakai beberapa kali sahaja kerana awning patah, turun warna, awning fesyen lama, kemek-kemek ataupun ada kesan comot pada awning. Jika ada khidmat menukar dan repair awning tudung tentu tudung yang mahal tadi dapat diselamatkan. Digoogle melalui internet maka terjumpalah blog ini. Gembiranya di hati kerana ada yang menawar servis menukar awning tudung. Terselamatlah duit gaji bulan ini untuk membeli tudung baru.
Terdapat berbagai permintaan dari pelanggan untuk menukar awning tudung dengan fabric atau kain tertentu seperti corduroy, chiffon, taffeta, denim, Thai silk, velvet, broked dan lain-lain. Ke kedai textile lah saya mencari fabrik yang dikehendaki. Antara yang popular untuk awning tudung adalah dari fabrik corduroy. Malahan pada masa sekarang saya sendiri menyimpan stok pelbagai warna fabrik corduroy ini supaya tidak perlu saya pergi ke kedai textile berkali-kali untuk membeli fabrik corduroy ini.
Antara sifat –sifat yang biasa terdapat pada fabrik atau kain corduroy adalah panas, tahan lasak, kasar, mudah menyerap dan membebaskan lembapan.
Mempunyai banyak pilihan warna dengan pelbagai ketebalan dan pelbagai tingkat keregangan yang amat sesuai dijadikan awning tudung. Terletak cantik dan mudah dibentuk. Mudah dijaga, tidak mudah patah dan mudah untuk dibasuh kerana sifatnya tahan lasak.
Penjagaan corduroy juga mudah kerana kebanyakannya dibuat dari kain kapas di mana ianya boleh dibasuh dengan mesin basuh malahan juga boleh diseterika pada suhu yang tinggi.
Jika terdapat tompokan kotoran, bersihkan dahulu dengan kain dan jika membasuh dengan tangan, jangan memberusnya dengan kasar.
Sedikit maklumat tentang corduroy untuk pengetahuan pembaca blog ini.
Fabrik corduroy adalah tekstil yang terdiri dari hasil fiber yang dipintal (twisted fiber) biasanya dari kain kapas tebal. Kain yang ditenun membentuk pola kain seperti tali yang terletak selari antara satu sama lain yang dijahit bersama-sama. Ini menghasilkan permukaan tekstur seperti garis-garis timbul selari yang memanjang pada kain yang dikenali sebagai ‘cord’.
Perkataan corde du roi adalah dalam bahasa Perancis bermaksud ‘cord of the King’. Mempunyai sifat asas seperti kain baldu (velvet). Velvet biasanya mempunyai garisan timbul yang lebih tebal berbanding corduroy.
Corduroy adalah hasil tenunan set tambahan fiber kepada fabrik asas yang membentuk garisan timbul di atas permukaan mendatar yang dipanggil sebagai ‘wale’.
Lebar kainnya sering disebut sebagai ukuran saiz wale iaitu jumlah bilangan wale per inci. Semakin kurang bilangan walenya semakin teballah lebar wale, misalnya 4 wale jauh lebih tebal dari 11 wale. Lebar wale pada kain corduroy didapati dalam pelbagai variasi mulai dari 1.5 sehingga 21 inci. Untuk ukuran standard yang biasa digunakan adalah antara 10 inci dan 12 inci.
pelbagai saiz wale
Oleh kerana sifat tahan lasak dengan daya tahan yang baik dan biasanya digunakan untuk membuat jaket, beg tangan, seluar, awning tudung dan lain-lain. Corduroy yang berukuran lebar juga sesuai untuk membuat kain untuk melapisi perabut seperti pada sofa.
InsyaAllah di entri yang lain saya akan cerita pula berkaitan fabrik chiffon, taffeta, denim, Thai silk, velvet, broked dan lain-lain.