Monday, 11 November 2013

Menjahit Sebagai Hobi dan Bisnes

Memenatkan tetapi menyeronokkan. Itulah yang saya boleh katakan selepas sesuatu aktiviti menjahit atau mengajar selesai. Terasa kepuasan biarpun letih. Itulah yang berlaku apabila hobi dan bisnes digabungkan. Jika kita melakukan sesuatu kerja kerana terpaksa, mengikut arahan, tanpa rela, berat hati, kita tidak akan menikmati semua ini.

Apabila kita melakukan kerja yang kita suka, masa terasa begitu cepat berlalu seolah-olah begitu mencemburui kita.

Melakukan bisnes dengan perkara yang kita sukai akan terasa lebih enjoy dalam sebarang usaha yang kita lakukan. Tambahan pula hasil jahitan kita dapat diterjemahkan dalam bentuk wang ringgit yang boleh menjadi pendapatan lumayan.

Bisnes yang terhasil dari hobi cenderung untuk bertahan lebih lama. InsyaAllah. Kalau gagal pun tidak terasa gagal kerana semua yang dilakukan adalah semata-mata kerana hobi dan minat.

Sebagai seorang yang bekerja sendiri saya dapat merasai semua ini dan sangat menyukai kerja yang saya lakukan. Rutin hidup saya dalam seminggu adalah menjahit, memotong, mengajar, melayan tetamu/pelanggan yang datang, menjawab panggilan telefon, membalas email/sms/whatsapp/message facebook sehingga kadang-kadang sampai tengah malam.

Kepuasan begitu terasa sekali terutamanya ketika melihat hasil jahitan sendiri. Dibelek berkali-kali, diambil gambar dan dikongsi untuk tatapan semua. Hanya mereka yang mempunyai hobi dan minat yang sama dapat merasainya. Betapa terasa indah dan seronoknya melihat hasil jahitan sendiri.

Alahamdulillah dengan adanya teknologi internet, blog dan media sosial lain saya juga dapat berkongsi ilmu yang saya ada dengan sesiapa yang berminat. Mungkin ilmunya tak seberapa tapi saya yakin akan ada yang mendapat manfaat daripadanya. Saya berasa seronok dapat berkongsi ilmu saya dengan sesiapa sahaja yang berminat. Saya tidak akan terasa rugi apa-apa malahan saya semakin mendapat ramai kawan.

Banyak lagi yang saya perlu pelajari. Oleh kerana hobi dan minat saya inilah menjadikan saya sentiasa mengikuti fesyen-fesyen terbaru seperti baju, tudung dan selendang. Saya tidak pernah merasa rugi melabur duit saya untuk mendapat ilmu baru kerana ingin mendalami seluk beluk bidang yang saya minati.

Saya semakin yakin dengan apa yang saya lakukan. Pada mulanya saya tidak begitu berani menonjolkan diri. Sekarang rintangan itu sudah dapat diatasi. Saya semakin yakin. Bagi saya kalau kita berniat baik apa yang perlu kita takutkan.

 “And the only way to do great work is to love what you do"  Steve Job

                                              ------------------------------------

Bila dah mula menulis mulalah nak berangan-angan. Macam-macam idea datang. Semua benda nak buat.

Sudah! Sudah! Jangan nak berangan lama-lama. Banyak kerja nak dibuat. Customer dah mula bising-bising baju lambat siap. Jahit tepi selendang belum buat. Tudung belum nak jahit. Pergi sambung semula kerja-kerja yang belum siap.

Cuti sekolah dah dekat. Tempahan menjahit juga mengikut musim. Baju pengantin, baju nak bertunang, baju konvokesyen, baju dinner, baju nak pergi makan kenduri termasuk juga tudung dan selendang.  Ada yang dah mula tanya kelas menjahit untuk hari selain hujung minggu.

Aktiviti-Aktiviti Saya Sepanjang Minggu Lepas.

1. Tukar Awning Tudung.



2. Jahit Tudung Lycra, Chiffon 3 Layer dan Tudung Berdagu. Beberapa gambar sahaja dimasukkan.


3. Kelas menjahit setiap hari sabtu. Saya hanya ambil 2 orang peserta sahaja untuk satu kelas.



4. Menjahit coverstitch tudung syria



4. Menjahit pelbagai fesyen baju. Beberapa gambar sahaja dimasukkan

maxi dress

baju mini kurung

baju kurung pesak

baju kurung tradisional

baju kurung moden

5. Menjahit tepi halus untuk shawl


6. Aktiviti-aktiviti lain. Mengurus jualan online, menjawab panggilan, melayan tetamu/pelanggan yang datang, membalas email/sms/whatsapp/message facebook.


Ini pula kerja yang perlu dilakukan pada minggu ini. Menjahit baju,tudung dan shawl. Kelas menjahit masih ada satu lagi kekosongan untuk minggu ini.


Bila masa nak berehat. Ingat nak balik kampung pada cuti sekolah ni. Anak-anak pula dah mula bertanya. Bila nak tidur hotel.
Post a Comment

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2017