Drama Indonesia Ketika Cinta Bertasbih popular bukan sahaja di Indonesia tetapi juga di Malaysia. Peminat drama ini tentu mengenali watak Ayatul Husna dan ada yang mengikuti drama ini sehingga habis kerana ingin mengikuti perkembangan cerita Husna ini. Cara berpakaian Husna juga diikuti oleh peminat hingga ada yang mencarinya. Antaranya termasuklah tudung yang dipakai oleh Ayatul Husna.
Cara yang paling mudah adalah dengan mencari tukang jahit untuk menjahitnya. Tukang jahit boleh menjahit mengikut design yang dikehendaki oleh pelanggan. Walau bagaimanapun kadang-kadang tukang jahit pun pening juga nak memikirnya kerana sekadar gambar memang susah untuk membuatnya. Jenis fabrik apa nak pilih dan bagaimana pula saiz yang dikehendaki?. Kalau diberitahu saiz, jenis fabrik dan kalau ada design sekali. InsyaAllah boleh buat. Ini yang dikatakan "tailor made".
Saya cari juga melalui google gambar tudung bertali Ayatul Husna ni tetapi tak jumpa-jumpa lagi. Macam mana yer? Saya bukan mengikuti sangat drama Ketika Cinta Bertasbih.
No comments:
Post a Comment