Wednesday, 13 November 2013

Berkongsi Ilmu Menjahit

Saya cuba menjawab setiap persoalan yang ditanya berkaitan servis menjahit yang saya sediakan . Jika diluar pengetahuan saya minta maaf  lah saya tidak boleh menjawab.

Soalan yang popular adalah seperti  harga servis jahit tepi, jahit tudung, jahit baju dan juga ukuran kain untuk membuat shawl, tudung  dan baju. Ada juga soalan berkaitan panduan membuat tudung yang saya postkan dalam blog ini.

Begitu banyak soalan yang ditanya setiap hari. InsyAllah semua berjawab jika saya tahu dan mampu menjawap. Kalau tak tahu pun saya akan reply juga dengan jawapannya  tak tahu atau tak boleh buat.

Antara soalan-soalan yang biasa ditanya:

Berkenaan jahit shawl
Macam mana nak jahit shawl? Berapa ukuran kain? Kat mana nak beli kain? Kain jenis apa yang elok buat shawl? Boleh tak saya bawa kain sendiri? Saya tak tahu potong syawl, boleh tak tolong potong?

Berkenaan jahit baju, tudung.
Macam mana nak jahit kain lycra? boleh tak jahit baju ini? boleh buat tudung macam ni? boleh tak jahit label? macam mana nak jahit tudung? jahit blouse? jahit baju kurung? jahit dress? macam nak setting mesin jahit? Saya nak kahwin, boleh tak buat baju pengantin? Boleh tak saya bekerja dengan akak?

Berkenaan mesin jahit.
Kat mana nak beli mesin jahit? Kat mana nak dapat mesin jahit murah? Berapa harga mesin jahit tepi?

Berkenaan cara menjahit.
Cara jahit jubah? Cara jahit zip sorok? Cara jahit tudung syria? cara jahit tudung hoodie? Cara jahit telekung? cara nak bagi cantik jahit tepi halus? Cara nak jahit tepi bagi nampak curly, bearalun, berombak? macam mana nak jahit manik? macam mana nak jahit baju kurung moden? Cara jahit langsir?

Berkenaan kelas menjahit.
Boleh tak ajar jahit jubah? Boleh tak ajar jahit baju kurung? Saya tak ada asas menjahit, boleh tak masuk kelas? Saya nak masuk kelas tudung selain hari sabtu. boleh tak? Saya lelaki boleh tak masuk kelas tudung? Boleh buat kelas menjahit kat Penang? Saya nak belajar buat tudung syria, boleh tak?

Berkenaan jahit tepi.
Boleh tak jahit tepi coverstitch? Boleh tak jahit tepi kelim? Kat mana nak jahit tepi halus?

Berkenaan beli kain.
Kat mana nak beli kain lycra, kain chiffon? Kat mana nak beli kain chiffon murah?

Berkenaan jahit border lace.
Macam mana nak jahit lace? Kat mana nak beli border lace?

Berkenaan jahit label/design sendiri.
Boleh tak jahit label? Berapa upah jahit label? Saya ada design sendiri tudung atau shawl. Boleh tak tolong jahitkan?

Berkenaan berniaga online.
Boleh tak ajar saya macam mana nak berniaga online?

Ada banyak lagi sebenarnya. Nanti kalau ada kelapangan saya akan postkan jawapan untuk soalan yang sering ditanya dalam bentuk FAQ. InsyaAllah.

Lagi soalan di bawah beserta jawapan.

Berkenaan jarum asyik patah.


Berkenaan macam mana nak bagi jahit tepi nampak berombak.


Berkenaan  kelas jahitan.


Berkenaan design tudung


Berkenaan ukuran baju.


Berkenaan design sendiri shawl.


Berkenaan jahit tepi shawl/half moon dan jahit label.


Jika pelanggan berpuas hati, ianya merupakan penghargaan kepada. Itulah yang saya harapkan.
Post a Comment

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2017