Showing posts with label jahit kelim tudung. Show all posts
Showing posts with label jahit kelim tudung. Show all posts

Wednesday, 20 November 2013

Cara Jahit Kelim Tepi Shawl Dan Tudung

Selain daripada jahit tepi halus, jahit coverstitch dan jahit piping untuk kemasan tepi tudung dan shawl, terdapat satu lagi cara jahitan untuk kemasan tepi kain iaitu jahit kelim.

Di sini saya akan tunjukkan cara mudah bagaimana kita boleh membuat kemasan tepi tudung dan shawl menggunakan kaedah jahitan kelim tepi.

Mesin yang digunakan adalah mesin jahit lurus biasa sahaja. Kita hanya perlu menggunakan tapak khas jahit kelim. Boleh dapatkan di kedai mesin jahit.

Sesetengah mesin jahit perlu dibuat setting dahulu dengan tapak jahit kelim ini untuk mendapat kedudukan jarum yang betul.

Terdapat berbagai saiz jahitan kelim ini mengikut saiz tapak. Tapak yang saya gunakan ini adalah untuk jahitan kelim 3.2 mm. Saiz ditandakan pada sebelah tepi tapak kelim. Klik imej untuk besarkan gambar untuk melihat dengan lebih jelas saiz pada tepi tapak.

tapak jahit kelim

Pasang tapak jahit kelim pada mesin jahit lurus yang biasa kita gunakan. Tak perlu beli mesin baru.

mesin jahit kelim

Lipat hujung kain dan letakkan di bawah tapak jahit kelim. Besarkan gambar untuk lebih jelas.

jahit kelim

Mulakan jahitan sehingga selesai. Lihat hasil jahitan. Cantik dan kemas. Boleh besarkan gambar untuk lebih jelas.


Lihat hasil jahitan di bawah untuk pelbagai warna dan corak shawl.


SELAMAT MENCUBA

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2017