Thursday, 26 June 2014

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 2014


Kepada semua pembaca blog www.nashfesyen.blogspot.com saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan 2014. Semoga ramadan tahun ini menjadi lebih baik dari ramadan-ramadan sebelum ini.



Pesanan Ramadan dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Kesilapan Kerap Dalam Bulan Ramadhan
  • Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). 
  • Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. 
  • Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. 
  • Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. 
  • Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. 
  • Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. 
  • Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. 
  • Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. 
  • Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. 
  • Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. 
  • Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. 
  • Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Seluruh Negara. 
Klik pada negeri masing-masing


Sumber : JAKIM

Antara Amalan Sunat dalam Bulan Ramdhan:-
  • Bersahur 
  • Berbuka dengan menyegerakan 
  • Berdoa sepanjang berpuasa dan ketika berbuka 
  • Memberi makan orang berbuka 
  • Menjaga lidah dan anggota tubuh 
  • Memperbanyak sadaqah 
  • Menyibukkan diri dengan ilmu dan tilawah 
  • Beri'tikaf 
  • Shalat Tarawih, Tahajjud dan Witir 
  • Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Selamat menjalani ibadah puasa.

Wasalam

Wednesday, 25 June 2014

Cardigan Jubah Untuk Majlis Akad Nikah



Dalam beberapa hari yang lepas aktiviti menjahit terganggu kerana saya mengalami masalah kesihatan yang agak serius sehingga tidak mampu memijak mesin jahit sekalipun. Alhamdulillah sekarang semakin pulih dan terasa terus bersemangat untuk meneruskan aktivit menjahit semula. Banyak juga tempahan pelanggan terpaksa ditolak kerana bimbang masalah kesihatan akan berterusan dan tempahan pula perlu disiapkan sebelum hari raya.

Aktiviti menjahit semakin rancak terutamanya jahit tepi shawl dan tudung. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja yang menghantar shawl untuk dijahit tepi dan ada juga yang menghantar melalui pos. Semuanya untuk dijual sempena menyambut hari raya aidilfitri nanti.

Walaupun baju, shawl dan tudung yang ditempah adalah untuk hari raya yang bakal menjelang, tempahan untuk dipakai pada majlis-majlis lain juga terus diterima.  Jubah cardigan di atas ditempah khas oleh pelanggan saya untuk majlis akad nikah. Cardigan jubah panjang yang nipis dan jarang di atas adalah untuk dipakai sebagai lapisan luar bersama baju yang lain. Boleh dipakai dengan memasang kerongsang di hadapan supaya nampak kemas dan berseri.

InshaAllah lebih banyak contoh-contoh fesyen tudung, shawl dan baju akan saya update dari semasa ke semasa dalam blog ini dan lebih banyak maklumat dan cerita-cerita menarik akan saya kongsikan dalam blog ini.

Saturday, 14 June 2014

Bergaya Dengan Tudung Jahitan Sendiri


Seperti tidak percaya dengan sentuhan tangan sendiri dapat menukar beberapa kepingan kain menjadi sehelai tudung yang cantik dan boleh dipakai. Terasa kepuasan yang tidak terhingga apabila melihat hasil jahitan sendiri. Sukar untuk diterangkan dengan kata-kata. Mesti merasinya sendiri barulah tahu. Fantastik dan menakjubkan. Bangga sekali.

Dengan sedikit sahaja tunjuk ajar sahaja sudah boleh menjahit tudung sendiri. Memang betul menjahit boleh merangsang minda dan mencambah kreativiti. Walaupun bukan untuk bisnes tetapi boleh dipakai sendiri. Tak sabar-sabar lagi untuk menghasilkan tudung-tudung yang lain pula.

Alangkah seronoknya dapat menjahit tudung sendiri.

Tuesday, 10 June 2014

Shawl Jahit Sambung

Antara banyak-banyak shawl yang dihantar kepada saya untuk dijahit adalah jahitan sambung iaitu dua kepingan kain disambung atau dicantum samada secara menegak, melintang atau pun pada bahagian melengkung. Hasilnya adalah sehelai shawl yang cantik dengan aneka warna dan coraknya yang menarik.

Sambungan menggunakan mesin jahit tepi halus dan jahitan kelilingnya juga menggunakan mesin jahit tepi halus. Ada yang meminta saya memotong kain dan ada juga yang memotongnya sendiri. Begitulah pelbagai fesyen shawl atau selendang yang terhasil dan sentiasa mendapat sambutan terutama kepada anak-anak remaja dan ibu-ibu yang bekerjaya untuk tampil cantik, elegan dan menarik. 

Pada bulan ini adalah antara bulan-bulan yang paling sibuk bagi saya kerana banyak tempahan shawl yang dihantar untuk dijahit dan kebanyakan untuk dijual sebelum menyambut hari raya nanti. Kepada sesiapa yang belum ada idea jenis-jenis fesyen shawl yang hendak dijual, saya sudah memberikan banyak contoh fesyen shawl dalam blog ini. Bolehlah belajar berniaga shawl samada secara off line atau online. Biar urusan jahit-menjahit serah sahaja kepada Kak Ros. Tumpukan perhatian kepada usaha untuk menjual. Kepada yang nak pakai sendiri pun boleh hantar untuk saya jahitkan.

Dibawah beberapa contoh jahitan sambung untuk pelbagai fesyen shawl.



Shawl di atas adalah shawl panjang empat segi yang disambung secara melintang ditengah-tengah kain yang berlainan warna.



Shawl di atas pula disambung secara menegak ditengah-tengah kain dengan 2 kepingan kain berlainan warna dan corak.


Shawl ini disambung pada bahagian melengkung dengan kain warna plain dan kain glitter dengan potongan half moon. Di bahgian atasnya pula dijahit dengan lace.


Shawl ini disambung dengan dua kepingan kain berwarna plain dengan hujungnya dipotong separuh bulatan

Monday, 9 June 2014

Shawl Sarung

shawl sarung dari sebelah luar

shawl sarung dari sebelah dalam

digayakan di kepala

shawl sarung dari sebelah luar

shawl sarung dari sebelah dalam

digayakan di kepala

Shawl sarung atau tudung sarung dikategorikan sebagai shawl instant atau tudung instant kerana mudah dipakai dan senang disarungkan di kepala. Contoh shawl sarung di atas adalah untuk shawl sarung dengan warna yang berlainan iaitu merah dan ungu. Warna di luar dan di dalam adalah berlainan dari material lycra 2 tone. 

Cara menjahitnya juga mudah hanya menggunakan mesin jahit tepi halus untuk mencantum hujung kain menjadi seperti sarung. Selepas itu jahit tepi keliling untuk di sebelah atas dan bawah kain untuk menjadinya cantik dan kemas.

Trend shawl instant menjadi trend fesyen terkini untuk shawl dan tudung dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi terutamnya untuk mereka yang bekerja dan ingin bergaya. Oleh sebab itu sentiasa ada sahaja tempahan dari pelanggan untuk shawl jenis instant atau shawl segera ini. Sudah beberapa kali dihantar untuk dijahit dan sekejap sahaja habis dijual seperti pisang goreng panas.

Boleh sahaja menggunakan apa-apa jenis fabrik kain samada lycra, denim atau chiffon. Shawl sarung atau shawl instant ini sangat dihargai oleh mereka yang tidak pernah cukup masa mengurus urusan harian. Tambahan pula terdapat berbagai jenis warna yang sepadan dengan warna atau corak pada baju. Oleh sebab itulah shawl sarung ini sentiasa ada permintaan. 

Macam mana nak pakai shawl sarung ini? Kak Ros pun tak tahu. Pandai-pandailah belit sendiri.

Sunday, 8 June 2014

Lelaki Juga Pandai Menjahit Tudung


Dalam kelas jahit tudung yang saya jalankan, sudah beberapa kali saya menerima peserta lelaki. Ada yang datang bertemankan isteri dan ada yang menyertainya bersama peserta wanita yang lain termasuklah untuk minggu ini. Peserta kelas saya kali ini datang jauh dari Kuantan, Pahang.

Sentuhan jahitan lelaki kadang kalanya lebih hebat dari jahitan wanita. Semuanya kerana minat dan melihat peluang menambah pendapatan dari jahitan terutamanya tudung dan shawl.

Pakaian termasuk tudung merupakan keperluan asas sampai bila-bila. Permintaannya tidak akan habis seperti mana permintaan untuk makanan. Ada banyak kelebihan jika kita mempunyai skil menjahit. Berbanding pakaian lelaki, pakaian wanita yang paling banyak ditempah kerana wanita amat cerewet dalam pemilihan pakaian termasuk tudung untuk dipakai. Fesyen mesti terkini. Warna pakaian mesti padan terutama tudung dengan baju. Dengan tempahan menjahit sahaja kesesuaian memilih dapat diatasi.

Ini mungkin antara peluang-peluang yang dapat dilihat oleh mereka yang mengikuti kelas menjahit.

Antara kelebihan menjahit terutama untuk lelaki.

  • Dapat menambah pendapatan dengan menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan menjahit tudung, tukar awning tudung dan menjual tudung mengikut kehendak pelanggan. 
  • Jika sebelum ini hanya repair seluar bundle sahaja. Selepas ini boleh tambah lagi perkhidmatan baru. Jahit dan repair tudung pula.
  • Boleh belajar menjual tudung dengan jenama sendiri. Fesyen tudung juga sentiasa berubah. Sekejap ada yang suka tudung 3 layer, sekejap 2 layer, ada yang suka yang labuh. Dengan ada asas menjahit semuanya dapat diubah mengikut keperluan. 
  • Boleh jahitkan tudung untuk isteri. Isteri pula mempromosi kepada kawan-kawan. Dapat menambah pendapatan keluarga. Isteri suka, keluarga pun bahagia.
  • Apabila dah pandai menjahit, boleh ajar yang lain pula menjahit. Tak dapat jadi cikgu sekolah boleh juga jadi cikgu menjahit.
  • Menjahit sebagai asas untuk membina empayar perniagaan tudung atau pakaian yang lebih besar. 
  • Jika dah pandai menjahit mudah untuk memahami fesyen tudung. Pelanggan pun seronok bila diajak berbual tentang fesyen tudung.
Menjahit bukan lagi dimonopoli oleh golongan wanita sekadar untuk membantu suami menambah pendapatan suami di rumah tetapi boleh dijadikan satu perniagaan yang menguntungkan jika digabungkan dengan perniagaan tudung dan pakaian yang menjadi keperluan asas manusia terutamanya dengan perkembangan bisnes online sekarang ini. 

Siapa yang pandai mengambil peluang dia yang akan lebih kehadapan. Tidak kira lelaki atau wanita.

Wednesday, 4 June 2014

Butterfly Shawl Berawning





Dari sekeping kain menjadi sebentuk tudung atau shawl yang menarik. Begitulah terbentuknya pelbagai fesyen walaupun hanya untuk dipakai di kepala. Rekabentuk fesyen tidak ada sempadannya. Baik baju, tudung atau shawl. Ada sahaja design terbaru yang direka. Walaupun tudung atau shawl nampak simple sahaja dengan rekabentuk yang hampir serupa. Tetapi apabila datang kepada mereka yang kreatif pelbagai design baru boleh terbentuk.

Pada entri yang lepas saya telah tunjukkan shawl butterfly bersama dengan polanya sekali. Kali ini rekabentuknya sedikit berbeza dengan tambahan awning pada shawl. Shawl pula digabungkan dengan dua kepingan kain menjadi dua layer seupaya lebih tebal dan jarang. Fabriknya pula adalah dari kain chiffon georgette yang kebiasaannya menjadi pilihan untuk shawl atau tudung.

Yang menariknya tentang design ini adalah kedudukan awning yang tidak terletak ditengah-tengah shawl. Awning terletak di sebelah tepi shawl supaya apabila dipakai mudah untuk dililit di kepala. Pemakaianya yang mudah membolehkan sesiapa sahaja memakainya. Nampak kemas dan bergaya sekali. Pilihan warna untuk tempahan kali ini adalah warna plain yang boleh dipakai dengan apa sahaja kombinasi warna baju yang sesuai.

Betapa mudahnya untuk menjahit sendiri tudung kalau sudah ada asas menjahit tudung. Tak sabar sudah untuk menunggu hari sabtu ini untuk kelas menjahit tudung.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018