Pengenalan
Tudung Hoodie antara fesyen tudung yang medapat permintaan yang tinggi bagi penggemar fesyen terkini. Kelihatan menarik apabila dipakai dan cara memakainya juga mudah.
Cara menjahit tudung hoodie yang saya akan tunjukkan adalah mengguna kain lycra dan dipasang dengan awning dari jenis soft awning dan juga pelapik dagu. Tutorial ini juga boleh mengguna awning keras atau tanpa pelapik dagu.
Ikuti tutorial di bawah dengan sabar dan tenang supaya mendapat hasil yang memuaskan.
Langkah 1
Sediakan pola tudung dan kain. Saya menggunakan kain lycra untuk tutorial ini. Boleh guna kain lycra 1 meter bidang 60.
Langkah 2
Letak pola di atas kain. Kain perlu dilipat terlebih dahulu. Potong kain mengikut bentuk pola.
Pola A.
Ini adalah hasil dari kain yang dipotong.
Snap pada hujung kain untuk mendapat kedudukan center yang akan digunakan kemudian.
Pola B.
Hasil dari kain yang dipotong.
Langkah 3
Sediakan awning dan pelapik dagu menggunkan pola yang disediakan.
Untuk hasil keseluruhan kain yang dipotong adalah seperti di bawah.
Langkah 4
Cantum 2 kain dari pola A dan B dan jahit lurus dari hujung ke hujung untuk cantumkannya.
Hasil dari jahit cantum tadi seperti di bawah.
Langkah 5
Buat kemasan pada lebihan kain dengan mengguna jahit tepi biasa.
Langkah 6
Jahit tindih di atas cantuman tadi untuk kemasan.
Langkah 7
Persediaan untuk menjahit awning
Lipat dua awning dan snap pada kedudukan tengah.
Cantumkan awning dan kain pada pola A tadi mengikut kedudukan snap yang dibuat untuk mendapat kedudukan center.
Jahit dari tengah ke bawah dahulu.
Kemudian jahit di sebelah satu lagi untuk melengkapkan jahitan pada awning.
Hasil jahitan memberi bentuk seperti berikut.
Langkah 8
Jahit dari hujung ke hujung untuk cantumkan tudung. Bermula dari atas ke bawah.
bermula dari atas
tengah
hujung
Langkah 9
Buat kemasan pada lebihan kain mengguna jahit tepi biasa.
Hasil kemasan jahit tepi biasa.
Langkah 10
Persediaan untuk memasang pelapik dagu.
Letakkan pelapik dagu di tengah-tengah pada arah bertentangan dengan awning tadi. Pastikan pelapik dagu pada kedudukan yang sesuai untuk memasti keselesaan ketika memakai tudung nanti.
Mulakan jahitan dari hujung ke hujung. Bermula dari atas ke bawah.
Langkah 11
Buat kemasan pada lebihan kain menggguna jahit tepi biasa.
Langkah 12
Jahit tindih di atas awning dan pelapik dagu untuk kemasan.
Lankah 13
Buat kemasan akhir untuk bahagian bawah tudung. Boleh mengguna kemasan jahit tepi halus atau kemasan coverstitch. Untuk tutorial ini saya menggunakan kemasan jahit tepi halus supaya nampak lebih curly atau berkerinting.
Langkah 14
Siap sudah tudung hoodie dengan pelapik dagu. Boleh digayakan dengan rasa bangga sekali kerana tudung yang dihasilkan adalah dari hasil jahitan sendiri.
Nak beli pola boleh contact Kak Ros.
SELAMAT MENCUBA