Showing posts with label tempahan baju raya 2014. Show all posts
Showing posts with label tempahan baju raya 2014. Show all posts

Wednesday, 19 March 2014

Peplum Sari, Kebaya Sari & Jubah

peplum sari

kebaya sari

jubah

Kalau dilihat kepada kata kunci atau keyword yang membawa banyak trafik ke blog ini pada masa sekarang adalah berkaitan dengan tempahan menjahit baju. Antara kata kunci popular yang dicari melalui google yang membawa kepada blog ini adalah seperti tempahan baju raya 2014, jahit baju raya 2014, tempahan menjahit baju, tempahan menjahit baju kurung, fesyen baju kurung, fesyen baju kurung 2014, fesyen dress dan banyak lagi yang lain. Mungkin sudah banyak artikel yang ditulis dalam blog ini sehingga disenaraikan dalam page google. Mungkin juga keyword di atas boleh hilang begitu sahaja pada bila-bila masa apabila semakin ramai mempromosi tempahan untuk hari raya nanti. Apa-apa pun kalau dapat mengekal pelanggan yang ada sekarang pun sudah dikira cukup baik. 

Nampaknya carian mengenai fesyen baju telah mengatasi carian berkaitan tudung dan syawl pada blog ini. Walaupun hari raya lambat lagi tetapi sudah ramai yang mula mencari tempahan untuk menjahit baju raya. Saya juga menjangkakan blog ini akan terus menerima trafik yang tinggi pada bulan-bulan yang akan datang apabila menghampiri bulan ramadan. Ramai pelanggan saya yang cuba buat pertama kali menempah pelbagai fesyen baju juga kini mula booking untuk tempahan jahit baju pada hari raya nanti.

Entri kali ini sebenarnya berkaitan dengan tempahan dari pelanggan saya iaitu peplum kain sari, kebaya sari dan jubah. Dalam entri yang lepas saya ada menceritakan berkaitan dengan pelbagai fesyen kebaya termasuklah kebaya sari, fesyen peplum dan juga fesyen jubah. Untuk mengenali fabrik sari boleh baca semula artikel di bawah.

Fabrik sari diperbuat daripada sutera, kapas dan juga kombinasi kapas dan sutera. Pada masa sekarang sari juga diperbuat daripada kain sintetik di mana harganya lebih rendah berbanding dengan fabrik yang diperbuat daripada bahan sutera atau kapas. Sari yang lebih mahal diperbuat daripada sutera yang bercampur dengan emas yang menghasilkan kesan berkilau atau daripada bahan kapas yang lebih licin dan halus. Dengan peredaran masa penggunaan kain sari telah dipelbagaikan dan disesuaikan dalam peredaran fesyen. Kini kain sari turut dijadikan sebagai baju kurung, kebaya, peplum dan lain-lain.

Kalau nak tempah jahit baju masih Kak Ros terima lagi  pada masa sekarang. Kalau nak tempah baju fesyen, boleh hantar gambar dahulu atau bawa baju contoh. Perlu bincang dahulu sebab ada sesetengah fesyen baju diluar pengetahuan Kak Ros.

"Kak Ros ni banyak betul buat promosi.  Tak letih ka?"  "Tudung saya bila nak siap?"

Kalau Kak Ros tak buat promosi macam mana nak tulis entri blog ini setiap hari. Pembaca setia pun dah ramai.

Monday, 3 March 2014

Tempahan Untuk Raya 2014

Raya lambat lagi tetapi tempahan menjahit baju, tudung dan shawl datang tak berhenti-henti seolah-olah macam tempahan untuk hari raya. Ramai yang datang untuk jahit tepi shawl sebagai persediaan untuk jualan hari raya nanti.

Tempahan untuk tudung dan baju juga datang tidak putus-putus. Kebanyakan pelanggan baru. Selepas mencuba sekali terus nak booking untuk tempahan hari raya pula. Pelanggan lama pula juga sudah pesan awal-awal. Nampaknya tempahan untuk hari raya perlu tutup awal kali ini kalau macam ni gayanya.

Bagi tukang jahit dan mereka yang terlibat menjual pakaian, tudung dan shawl, waktu sekarang adalah masa terbaik untuk membuat persediaan. Hari raya adalah masa yang ditunggu-tunggu untuk mengaut pendapatan lumayan. Jualan untuk pakaian, tudung dan shawl untuk hari raya akan berlipat kali ganda. Kalau tak ambil peluang ini tentu rugi. Kena tunggu hari raya tahun hadapan pula.

Mereka yang nak berniaga perlu ada stok awal-awal. Hari raya adalah hari yang diraikan oleh setiap keluarga Muslim. Tak kira tua muda, miskin kaya, yang berada atau yang kurang berada, semuanya akan simpan budget untuk membeli pakaian baru. Pakaian pula mestilah yang istimewa dengan fesyen terkini. hari rayalah hari untuk balik kampung, berjumpa saudara mara, berjalan ke sana ke sini, mengadakan rumah terbuka, menjemput jiran tetangga datang ke rumah. Jadi hari raya adalah hari untuk bergaya dan berpakaian baru.

Peluang untuk mengaut keuntungan lumayan tidak boleh dilepas begitu sahaja. Kalau di negara luar seperti di Amerika dan Eropah jualan paling banyak dihasilkan adalah pada hari Krismas. Berlipat kali ganda jualan secara online dan offline. Jualan di Amazon sendiri meningkat berganda-ganda banyaknya. Ramai mengambil kesempatan mempromosi produk di Amazon. Begitu juga di kedai-kedai online yang lain.  Di tempat kita pula hari raya adalah hari yang tidak boleh dilepaskan untuk mendapat pendapatan lumayan. Jualan makanan dan pakaian mendapat perhatian yang luar biasa.

Sesiapa yang nak berniaga online atau offline perlu membuat perancangan yang rapi. Yang nak berniaga baju kurung dan tudung 3 layer mula memasang angan-angan untuk mendapat baju kurung murah di Vietnam. Ada manik lagi. Tiket perlu ditempah sekarang. Katanya harga baju kurung dan tudung 3 layer sangat murah di sana. Yang nak berniaga telekung boleh pergi Indonesia. Yang nak mendapat kain chiffon murah mulalah merancang pergi ke China. Katanya kain chiffon di China timbang kilo. Patutlah boleh jual murah. Saya sendiri tak pernah lagi pergi ke sana.

Yang nak menjual, tudung, shawl dan baju perlu buat persediaan sekarang. Akaun facebook page perlu dibuka. Begitu juga akaun instagram. Cari kawan dan follower sebanyak mungkin. Sekali upload sahaja gambar baju, tudung atau shawl terus ada yang pm nak beli. Berderet-deret pm masuk. Seronoknya berniaga online. Masa sekaranglah mesti cuba menjual secara online. Trend membeli secara online semakin meningkat. Setiap orang dari budak sekolah, pekerja biasa sehinggalah yang berpangkat besar mempunyai sekurang-kurannya smart phone. Begitu begitu juga yang bekerja di pejabat-pejabat. Pada bulan puasa nanti, banyak masa digunakan untuk melayari internet. Internet menjadi tempat rujukan untuk membeli belah. Semuanya dihujung jari. Blog ini sendiri saya percaya akan meningkat pengunjungnya nanti.

Saya sendiri sudah terasa begitu sibuk sekali. Setiap hari ada sahaja yang bertanya untuk menghantar untuk jahit tepi shawl dan tudung untuk persediaan jualan hari raya nanti. Untuk tudung dan baju, kalau jahit pukal saya terpaksa tolak kecuali untuk shawl sahaja masih diterima. Kalau tempahan baju dan tudung hanya saya terima untuk tempahan persendirian sahaja. Tak sempat nak buat semua.

Untuk hari raya kali ini saya juga perlu buat persediaan. Kedai Online Nash Fesyen perlu dipenuhkan dengan produk-produk terbaru mulai sekarang sebanyak mungkin. Tempahan menjahit baju, tudung dan shawl yang ada sekarang perlu disiap dengan segera. Kalau bertangguh memang banyak yang tak siap. Banyak lagi yang akan datang.

Walaupun tempahan hari raya belum ada tetapi tempahan menjahit seharian pula semakin bertambah. Baju di bawah adalah contoh tempahan baju yang sudah ditempah dan siap dijahit untuk pelanggan. Macam-macam fesyen yang diminta. Ada yang tunjuk gambar. Ada yang bawa contoh. Ada juga yang lukis sendiri. Terima sahajalah. Raya lambat lagi. Kalau dekat puasa nanti terpaksalah tolak.

Jahit Dress Princess Cut


















Saya sendiri bercadang untuk menjahit baju, jubah, blouse, dress dan lain-lain untuk dimasukkan ke Kedai Online Nash Fesyen. Tunggulah nanti. InsyaAllah.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018