Di tengah-tengah kehangatan shawl terutamanya shawl instant, tudung 3 layer tetap ada peminatnya yang tersendiri. Ada sahaja permintaan terhadap tudung ini terutamanya untuk warna-warna plain. Tudung dengan fabrik chiffon ini memang mudah untuk dipakai walaupun awningnya sedikit sukar dijaga kerana mudah terlipat dan patah jika tidak berhati-hati.
Fabrik chiffon memang sesuai untuk membuat tudung terutamanya tudung 3 layer dan juga shawl. Oleh sebab itu banyak kedai textile sekarang ini menjual fabrik chiffon. Ada yang menghubungi saya mempromosi produk chiffon masing-masing.
Di Bandar Baru Bangi, kedai kain yang selalu saya beli adalah di kedai Gio Fabrics. Fabrik chiffon yang dijual di kedai ini adalah jenis heavy chiffon sesuai sekali untuk membuat tudung dan shawl kerana kainnya yang agak tebal Harganya pun berpatutan. Ada diskaun kalau jadi ahli. Banyak pilihan warna untuk peminat tudung dan shawl membuat pilihan.
Oleh keranan saya selalu pergi di situ, saya cuba-cuba juga minta diskaun lebih sedikit tetapi tetap tak diberi kecuali kalau beli bergulung-gulung kain. Memang kedekut Gio Fabrics ini walaupun dah buat promosi percuma di sini.
Di Gulatis pun ada jual fabrik chiffon tetapi harganya agak mahal. Jarang-jarang sekali saya pergi di situ.
Selalunya ada pertanyaan dekat mana nak beli kain untuk buat shawl dan tudung. Saya sudah bagi nama kedai di atas. Bolehlah singgah di sana untuk beli kain chiffon selepas itu bolehlah lajak terus ke rumah saya di Seksyen 4 Tambahan untuk jahit shawl dan tudung. Mesti text saya dulu sebelum datang kalau tidak saya tak buka pintu gate automatik kat rumah saya.
Kepada yang berminat untuk jahit sendiri tudung 3 layer ini boleh rujuk kepada entri saya yang lepas iaitu Panduan Jahit Sendiri Tudung Chiffon 3 Layer.
Kalau tak yakin nak jahit sendiri boleh masuk kelas menjahit tudung 3 layer yang saya adakan setiap hari sabtu. Kena booking dulu untuk dapatkan tarikh yang sesuai kerana saya tidak ambil ramai peserta. Satu kelas dalam 2 hingga 3 orang sahaja. Siapa cepat dia yang akan dapat belajar dahulu.
Dapat pola free lagi. Ramai yang pilih pola shawl halfmoon, pola shawl butterfly, pola tudung labuh berdagu dan lagi untuk dibawa balik dan dicuba sendiri. Kesemua empat pola saya bagi free. Saya juga tunjukkan cara nak potong shawl di akhir kelas nanti.
Berikuat adalah beberapa tempahan tudung 3 layer labuh dari pelanggan saya.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini setiap hari. Membaca tanpa jemu setiap entri di blog ini walaupun tidak ada cerita menarik. Tulisan pun kadang-kadang merapu juga ikut suka hati nak tulis. Selepas ini ingat nak buat contest di blog ini. Pemenangnya dapat hadiah tudung dan shawl.