Showing posts with label jahit tapak brooch. Show all posts
Showing posts with label jahit tapak brooch. Show all posts

Thursday, 8 May 2014

Panduan Menjahit Tudung Dan Shawl

Kepada yang baru menjumpai blog ini dan mencari panduan menjahit tudung dan shawl, saya senaraikan semula tutorial yang pernah saya postkan dalam blog ini untuk memudahkan tuan/puan membuat rujukan.

Di bawah ini adalah tutorial-tutorial yang mungkin tidak dijumpai dalam blog ini kerana tenggelam dalam pelbagai entri yang saya postkan sebelum ini.

1.  Panduan Jahit Sendiri Tudung 3 Layer


Tudung chiffon layer sekarang menjadi pilihan ramai di mana-mana. Panduan berikut boleh memberi idea untuk menjahit sendiri tudung tiga layer sendiri. Sila rujuk link di bawah.

http://nashfesyen.blogspot.com/2013/08/panduan-jahit-sendiri-tudung-chiffon-3.html


2. Panduan Jahit Shawl Halfmoon 2 layer



Trend memakai shawl half moon atau selendang separuh bulat menjadi kegilaan anak-anak remaja sekarang. Untuk panduan ini saya mengguna chiffon georgette.Kain yang diperlukan lebih kurang 1 3/4 meter dan bidang 60. Sila rujuk link di bawah.


3. Panduan Tukar Sendiri Awning Tudung



Tudung dengan awning yang patah tidak boleh lagi dipakai. Jika kita tahu menukar sendiri awning tudung tentunya tudung yang kita beli dengan harga yang majal tadi boleh dipakai semula. Saya akan tunjukkan bagaimana kita boleh tukar sendiri awning tudung kita yang rosak. Sila rujuk link di bawah.

http://nashfesyen.blogspot.com/2013/08/panduan-tukar-sendiri-awning-tudung.html

4. Panduan Menjahit Tudung Lycra Berkerongsang



Tudung lycra berkerongsang dengan pelbagai warna menjadi tarikan ramai kerana warnanya yang striking dan designnya yang menarik. Berikut adalah panduan untuk menjahit tudung lyca berkerongsang.

http://nashfesyen.blogspot.com/2013/10/panduan-menjahit-tudung-lycra.html

5. Panduan Menjahit Tudung Labuh Berdagu



Tutorial menjahit tudung labuh berdagu di bawah adalah mengikut kaedah saya sendiri menggunakan kain lycra. Semoga memberi idea bagaimana menjahit tudung berdagu sendiri.


6.  Panduan Menjahit Tudung Syria


Tudung syria adalah antara tudung yang paling mudah dijahit kerana tidak mempunyai awning. Tutorial kali ini saya akan tunjukkan beberapa langkah mudah bagaimana hendak menjahit tudung syria.

http://nashfesyen.blogspot.com/2014/04/panduan-menjahit-tudung-syria.html

7. Panduan Menjahit Tapak Kerongsang Pada Tudung


Saya sering mendapat pertanyaan bagaimana hendak menjahit tapak brooch pada tudung terutamanya untuk tudung 3 layer dan tudung lycra berkerongsang. Tutorial di bawah harap dapat membantu.


8. Ebook Panduan Menjahit Tudung

Ebook ini adalah kompilasi panduan menjahit tudung yang saya postkan dalam blog ini. Tujuan saya supaya panduan ini boleh dirujuk pada satu tempat sahaja iaitu di dalam ebook dan manfaat kepada lebih ramai pihak.


Antara kandungan dalam ebook ini adalah.

Panduan menjahit tudung chiffon 3 layer.
Panduan menjahit shawl half moon.
Panduan menukar awning tudung.
Download secara percuma melalui link di bawah.


Menjahit tudung dan shawl memerlukan kemasan tepi kain supaya nampak kemas dan tidak berserabut. Oleh yang demikian saya juga menyediakan kemasan jahit tepi tudung dan shawl berikut.

1. Jahit Tepi Halus Tudung & Shawl


Sila rujuk link di bawah.


2. Jahit Coverstitch/Interlock


Sila rujuk link di bawah.



Terdapat berbagai lagi panduan yang lain yang terdapat dalam blog ini seperti jahit piping, jahit kelim dan lain-lain. Rajin-rajinlah selak entri-entri dalam blog ini untuk mencarinya. InsyaAllah di masa-masa akan datang saya akan tunjukkan lagi lebih banyak tutorial untuk tudung dan cara menjahit pakaian wanita.

Kepada sesiapa yang berminat untuk belajar menjahit terus daripada saya untuk tudung 3 layer boleh hubungi saya. Kelas sangat terhad kerana saya tidak mengambil rami peserta. 

Semoga tutorial yang saya sediakan memberi manfaat kepada semua yang minat menjahit.

Sunday, 6 April 2014

Cara Jahit Tapak Kerongsang Pada Tudung

Tutorial kali ini saya akan tunjukkan cara bagaimana untuk buat tapak berkedut untuk diletakkan brooch atau kerongsang pada tudung. Ramai yang tidak faham dan bertanya saya cara bagaimana untuk membuat tapak kedut untuk kerongsang. Dengan tutorial ini diharapkan boleh membantu kepada sesiapa sahaja yang ingin menjahit sendiri tudung yang memerlukan tapak untuk meletak kerongsang.

Kaedah ini adalah kaedah  yang saya gunakan untuk tapak kerongsang pada tudung yang saya hasilkan selama ini. Mungkin setiap tukang jahit mempunyai cara yang tersendiri.

Ikut langkah-langkah yang saya tunjukkan di bawah.

STEP 1
Seterika di sebelah dalam tudung untuk kemasan supaya lebih mudah untuk menjahit.



STEP 2
Setkan mesin pada kedudukan 5 untuk jarak jahitan yang lebih besar pada tapak mesin. Kebiasaannya pada kedudukan 3 untuk jahitan yang biasa.


STEP 3
Mulakan jahitan dari bawah ke atas seperti yang ditunjukkan. Jarak dari dagu ke jahitan yang di atas sekali adalah 5 inci. Lihat gambar.


STEP 4
Buat jahitan U-Turn seperti ditunjukkan.


Ukuran untuk jahitan yang dihasilkan adalah seperti di bawah. Panjang 5 inci. Lebar tepi lebih kurang 2 mm atau mengikut saiz tapak. Klik image untuk besarkan gambar supaya lebih jelas.


Hasil pada sebelah hadapan tudung adalah seperti berikut.


STEP 5
Tarik 2 benang dihujung jahitan untuk hasilkan kedut pada tapak kerongsang.



STEP 6
Selepas terhasil kedutan yang dikehendaki, ikatkan hujung benang untuk kemasan.


STEP 7
Setkan mesin pada kedudukan 3 untuk kembali kepada jahitan normal pada tapak mesin.


STEP 8
Jahitkan pada bahagian tengah kedutan untuk kemasan tapak kerongsang. Jahit dari bawah ke atas dan ulang semula dari atas ke bawah supaya tapak kerongsang lebih kukuh jahitannya.


Hasil di sebelah dalam tudung seperti di bawah.


STEP 9
Pasangkan kerongsang pada tapak kerongsang.



Tak faham juga masuklah kelas menjahit tudung.

SELAMAT MENCUBA

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018