Showing posts with label shawl instant. Show all posts
Showing posts with label shawl instant. Show all posts

Thursday 9 October 2014

Shawl Instant Lycra Berawning




Shawl dengan tambahan awning juga adalah dalam kategori shawl instant kerana mudah dipakai. Setiap orang mempunyai citarasa masing-masing. Ada yang tidak suka awning dan ada pula yang memilih awning untuk shawl atau tudung. Pilihan masing-masing tidak perlu dipertikaikan. Kedua-duanya jika pandai memadannya dengan bentuk muka dan pakaian yang dipakai tetap kelihatan cun, cantik dan jelita. 

Shawl lycra instant berawning di atas menjadi pilihan pelanggan untuk hari raya aidil adha yang lepas. Alhamdulillah sampai ke tangan tuannya sebelum hari raya lagi. Warna pink terang dan hitam menjadi pilihan kerana untuk disesuai dengan baju yang sudah siap dibeli. 

Selain chiffon, kain lycra juga menjadi pilihan ramai kerana tahan lasak, mudah dijaga dan sejuk apabila dipakai. InshaAllah saya akan kongsi banyak lagi fesyen shawl dan tudung dalam blog ini. 

Blog ini dah jadi macam album gambar pula. Entri pun semakin pendek-pendek sekarang ini kerana Kak Ros semakin sibuk menjahit dan melayan pelanggan yang datang sampai tak sempat untuk menulis entri yang panjang-panjang macam dahulu. InshaAllah kalau banyak masa nanti saya akan tulis entri yang panjang pula terutamanya berkaitan pengalaman saya menjahit. 

Ada yang suka tengok gambar sahaja tetapi ramai juga yang minat membaca. Kalau ada kedua-dua sekali dalam blog tentunya ini lebih baik.  Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday 8 October 2014

Ramai Minat Shawl Instant Pleated



Pulang dari kampung baru-baru ini terus sahaja melihat tempahan pelanggan. Banyak lagi yang belum siap. Setiap hari ada sahaja tempahan baru.  Balik kampung pun sekejap sahaja. Hari raya pertama selepas melaksanakan ibadat korban hanya duduk di rumah sahaja membantu masak memasak. Hari kedua sahaja sudah balik ke sini semula. Alhamdulillah selamat dalam perjalanan tanpa ada sebarang aral. 

Shawl instant menjadi pilihan akhir-akhir ini. Setiap hari ada saja pertanyaan tentang shawl ini. Ramai yang mengambil kesempatan untuk menjual shawl ini. Sekejap sahaja laku dijual. 

Saya dah tunjukkan tentang kelebihan shawl instant ini dalam entri yang lepas. Tak perlu lilit. Tak perlu pin. Hanya sarung sahaja sudah menjadi. Terletak cantik. 

Shawl di atas adalah untuk pattern dengan jahitan lipat atau pleat. Untuk menjahitnya seperti kita menjahit pleat pada baju. Pilihan warna juga boleh pelbagai. Kalau yang minat corak boleh beli kain yang bercorak. 

Saya tunjukkan pelbagai lagi warna pilihan untuk menambah lagi koleksi shawl instant di blog ini.







Pelbagai warna shawl untuk tatapan semua.

Kepada yang tidak pandai lilit shawl boleh mempertimbangkan untuk memakai shawl instant ini. 

Wednesday 1 October 2014

Shawl Instant Bunga Ros



Akhir-akhir ini memang banyak pertanyaan tentang shawl instant. Untuk shawl instant bunga ros ini sedikit rumit untuk membentuk bunga ros itu sendiri kerana kuntum bunga ros yang sudah siap tidak ada dijual. Oleh sebab itulah mengambil sedikit masa untuk membuatnya.  

Saya sudah pernah postkan entri berkaitan shawl instant bunga ros ini. Ini adalah tempahan terbaru untuk shawl instant bunga ros ini. Warna shawl merah dengan bunga ros biru adalah permintaan dari pelanggan sendiri. 

Banyak sudah saya postkan pelbagai fesyen shawl dan tudung dalam blog ini. Blog ini dah jadi macam album pula untuk koleksi tudung dan shawl. Apa-apa pun tetap menarik untuk dijadikan rujukan.

Sunday 28 September 2014

Shawl Instant Pattern Biasa



Dalam beberapa entri yang lepas saya tunjukkan beberapa contoh shawl instant. Shawl instant yang ditunjukkan dijahit dengan pattern-pattern tertentu seperti ada tambahan bungan ros, jahitan kedut, jahitan pleated, syria lipan, syria biasa dan lain-lain.

Bagi mereka yang menggemari shawl instant tetapi tidak mahu tambahan hiasan atau bentuk pattern seperti yang saya tunjukkan dalam entri-entri yang lepas mungkin boleh mempertimbangkan memakai shawl instant tanpa ada pattern atau corak tertentu. Shawl instant yang saya tunukkan di atas adalah contoh shawl instant biasa tanpa tambahan pleat, kedut dan lain-lain tetapi tetap menarik. Dengan warna pilihan plain atau bercorak mampu memberi aura tersendiri apabila memakai shawl ini. Cara menjahitnya juga mudah seperti mana menjahit shawl instant yang lain.

Kepada yang baru menjumpai blog ini, lihat entri-entri yang lepas untuk pelbagai jenis pattern shawl instant yang lain.

Monday 9 June 2014

Shawl Sarung

shawl sarung dari sebelah luar

shawl sarung dari sebelah dalam

digayakan di kepala

shawl sarung dari sebelah luar

shawl sarung dari sebelah dalam

digayakan di kepala

Shawl sarung atau tudung sarung dikategorikan sebagai shawl instant atau tudung instant kerana mudah dipakai dan senang disarungkan di kepala. Contoh shawl sarung di atas adalah untuk shawl sarung dengan warna yang berlainan iaitu merah dan ungu. Warna di luar dan di dalam adalah berlainan dari material lycra 2 tone. 

Cara menjahitnya juga mudah hanya menggunakan mesin jahit tepi halus untuk mencantum hujung kain menjadi seperti sarung. Selepas itu jahit tepi keliling untuk di sebelah atas dan bawah kain untuk menjadinya cantik dan kemas.

Trend shawl instant menjadi trend fesyen terkini untuk shawl dan tudung dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi terutamnya untuk mereka yang bekerja dan ingin bergaya. Oleh sebab itu sentiasa ada sahaja tempahan dari pelanggan untuk shawl jenis instant atau shawl segera ini. Sudah beberapa kali dihantar untuk dijahit dan sekejap sahaja habis dijual seperti pisang goreng panas.

Boleh sahaja menggunakan apa-apa jenis fabrik kain samada lycra, denim atau chiffon. Shawl sarung atau shawl instant ini sangat dihargai oleh mereka yang tidak pernah cukup masa mengurus urusan harian. Tambahan pula terdapat berbagai jenis warna yang sepadan dengan warna atau corak pada baju. Oleh sebab itulah shawl sarung ini sentiasa ada permintaan. 

Macam mana nak pakai shawl sarung ini? Kak Ros pun tak tahu. Pandai-pandailah belit sendiri.

Saturday 11 January 2014

Shawl Instant



Semuanya nak instant termasuklah fesyen shawl. Di zaman yang serba pantas ini semuanya mesti segera. Dari urusan harian, makanan termasuk juga cara berpakaian.

Oleh sebab itu design fesyen juga tidak ketinggalan . Mesti mudah dipakai, cepat dan tidak ketinggalan dari segi fesyen. Kebiasaan nak pakai shawl memang mengambil masa. Terutamanya ketika nak menggayakannya. Kalau tak pandai pakai nanti nampak tak kemas.

Sebab itu munculnya design shawl yang instant. Ada kuntuman bunga pula di sisi. Shawl adalah dari fabrik chiffon plain yang berkualiti. Walaupun segera tetapi berfesyen. Mudah dipakai dan nampak trendy.

Masa sangat berharga untuk setiap orang. Jika untuk memakai shawl sahaja mengambil masa sampai 20 minit. Bayangkanlah berapa banyak masa dihabiskan setiap hari.

Masa itu emas. Itulah yang selalu kita dengar. Tetapi ada yang tak setuju. Katanya masa itu tak boleh dibandingkan dengan harta benda atau wang ringgit. Masa itu tidak ada tolok bandingnya. Masa yang pergi tidak boleh kembali lagi. Oleh itu masa itu bukan emas tetapi adalah kehidupan. Kehidupan yang lepas tidak boleh berpatah balik.

Masa tidak boleh dibazirkan begitu sahaja. Semua yang boleh jimat mestilah dijimatkan termasuklah memakai shawl.  Begitu juga bagi pelajar universiti dan kolej. Rungutan tidak cukup masa selalu kita dengar.

Selepas ini ada kuliah. Assignment pun belum siap lagi. Awal-awal lagi lecturer dah bagi warning sesiapa yang copy-paste dari internet akan diberi gagal. Susahlah macam ni. Masa dah makin singkat. Nak tiru kawan pun tak boleh. Kawan pun asyik tanya kita bila nak siap. Oleh itu terpaksalah cari bahan sendiri. Google melalui internet kemudian pandai-pandailah spin ayat. 

Semasa google terjumpa blog ini. Tersangkut pula kat sini. Berapa banyak masa dah dihabiskan. Nak baca entri ini pun dah ambil beberapa minit. Nasib baik ada shawl instant.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018