Tuesday 5 May 2015

Shawl Semi Instant




Seharian berada di kedai menyebabkan saya tidak dapat update blog ini seperti selalu. Cukup sekadar berkongsi beberapa gambar. Semakin menghampiri bulan puasa semakin terasa masa begitu pantas berlalu. Tak cukup kaki dan tangan. Semuanya hendak dilakukan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semakin sibuk semakin banyak perkara dapat dilakukan.

Monday 4 May 2015

Tempahan Menjahit Baju Raya 2015

Kami masih menerima tempahan menjahit baju raya 2015. Hubungi Kak Ros untuk tempahan.

Kami akan menutup tempahan setelah keupayaan kami untuk menyiapkan semua tempahan dengan dead line seminggu sebelum hari raya telah dipenuhi.

Lihat beberapa contoh tempahan pelanggan keluaran Nash Fesyen. Kami berada di Bandar Baru Bangi-Kajang.





Untuk tempahan menjahit baju kami hanya menerima tempahan untuk individu sahaja. Boleh hubungi Kak Ros untuk tempahan.

Thursday 9 April 2015

Mencari Tukang Jahit


Saya sedang mencari tukang jahit untuk bekerja di Kedai Jahit Nash Fesyen. Sekurang-kurangnya tahu menggunakan mesin jahit dan mempunyai asas menjahit. Jika berminat boleh call/sms/whatsapp Kak Ros di nombor 017-4315193 untuk berbincang lebih lanjut. 

Sunday 5 April 2015

Tempah Shawl Untuk Majlis Perkahwinan Adik





Terima kasih Lynn kerana sudi berkongsi gambar untuk blog ini. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baca entri yang lepas.






Tempahan shawl khas untuk dipakai pada hari perkahwinan adik yang akan diadakan pada cuti sekolah minggu depan di Pantai Remis, Perak. Tempahan shawl berfesyen ini adalah dari jiran sebelah rumah Kak Ros, Muslinda Kamal namanya. Sudah kenal dengan Lynn ini sejak tinggal di Sabah lagi. Apabila berpindah ke Bangi cari rumah pun dekat-dekat juga.

Shawl yang ditempah adalah shawl yang sudah biasa saya tunjukkan dalam entri-entri yang lepas seperti shawl bunga ros, shawl berawning, shawl instant dan shawl kedut di bahu. Alhamdulillah dapat siapkan juga sebelum cuti sekolah setelah bertangguh hampir sebulan. Sebenarnya dah bagi komitmen untuk siapkan sebelum cuti sekolah. Warna pilihan adalah silver dengan jahit tepi hijau. Satu lagi pula untuk shawl berkedut di bahu dengan warna mustard. Ada sehelai lagi yang tak sempat nak masukkan iaitu pleated shawl. Shawl nampak kedut sedikit sebab tak sempat nak seterika.

 Adik Lynn ini adalah pemain bola sepak negeri Pahang. 

Ok, Lynn, jangan lupa share gambar ya bila bergaya dengan shawl ini nanti. Maaf, majlis kenduri tak berkesempatan nak pergi sebab sudah plan awal nak balik kampung minggu depan.

Saturday 14 March 2015

Balik Kampung


Saya akan balik kampung mulai hari Ahad, 15.3.2015 hingga Khamis ini, 19.3.2015. Sebarang pertanyaan mengenai tempahan menjahit boleh hubungi no telefon saya. InshaAllah saya akan cuba menjawab. 

Sebarang tempahan yang belum siap saya minta tangguh dahulu. Tak sempat nak siapkan semua. Saya akan cuba siapkan secepat mungkin selepas ini. Jika ada tempahan yang sudah lama dibuat harap maklumkan kepada saya. Mungkin saya terlepas pandang. 

Sudah lama saya tak pulang ke kampung sejak hari raya haji yang lepas. Beberapa kali cuti sekolah termasuk pada bulan Disember yang lepas terpaksa saya tangguhkan kerana memberi keutamaan kepada tempahan pelanggan. Saya bekerja siang dan malam untuk siapkan tempahan. Saya perlu berhenti sebentar dari menjahit untuk melawat dan bertanya khabar keluarga di kampung. InshaAllah setiap tempahan akan disiapkan dengan kadar segera selepas saya balik semula ke sini nanti. Sabar ya.

Aktiviti menjahit saya selepas ini akan menjadi lebih sibuk kerana tempahan  untuk hari raya 2015 sudah mula diterima. Tidak kurang juga yang sudah booking dari awal. Beberapa gulung kain untuk tempahan shawl juga sudah sedia menanti. 

Balik ke kampung adalah peluang saya untuk berehat sekejap dari menjahit. Masa untuk saya melawat saudara mara dan membawa anak berjalan-jalan. 

Blouse dan shawl instant yang saya sempat siapkan untuk saya pakai semasa pulang ke kampung nanti. Jika setiap hari saya menjahit untuk pelanggan, perlu juga sesekali menjahit untuk diri sendiri pula. 






Jumpa lagi pada Jumaat ini.

Friday 13 March 2015

Tudung Twist Lycra Plain & Bercorak








Tudung twist lycra sama ada bercorak atau plain dicari oleh mereka yang sukakan kesederhanaan dalam berpakaian. Tidak terlalu berlebihan dalam berfesyen tetapi tetap bergaya. Sesuai sipakai sebagai pakaian seharian atau untuk berjalan-jalan. Tetap nampak bergaya untuk ke majlis-majlis atau ke pejabat.Tudung ini sesuai dipakai dengan kebanyakan jenis fesyen baju seperti jubah, baju kurung dan lain-lain.

Tudung twist ini dibuat dari kain lycra dan tanpa pelapik bagu. Kemasan keliling tudung pula dijahit dengan jahitan coverstitch. Awningnya adalah dari jenis soft awning dari kain yang sama dengan tudung.

Tudung twist ini seperti tudung biasa sahaja di mana polanya saya design dan adjust sendiri mengikut kehendak pelanggan di mana ianya tidak terlalu labuh. Sesuai untuk mereka yang tidak mahu tudung yang terlalu labuh. Kain lyca plain dan bercorak boleh dibeli di mana-mana kedai kerana kebanyakannya menjual kain lycra. 

Cara menjahitnya sama sahaja lengkahnya seperti yang saya tunjukkan pada beberapa tutorial tudung lycra pada beberapa entri yang lepas. Cuma polanya sahaja yang sedikit berbeza.

Wednesday 11 March 2015

Tempah Baju Batik



Sebelum saya berpindah ke kedai, saya hanya menjalankan operasi menjahit di rumah. Pelanggan yang datang untuk mendapat perkhidmatan kebanyakan mengetahui melalui online sahaja. Melalui blog ini. Mereka yang mempunyai akses kepada internet sahaja mengetahui perkhidmatan yang saya sediakan. Kebanyakan datang apabila mereka membuat carian melalui search engine seperti google.

Kini apabila saya membuka kedai jahit saya bukan sahaja dapat memikat pelanggan secara online tetapi juga secara offline. Ada yang mencari perkhidmatan menjahit lebih suka mencarinya secara offline berbanding online. Kalau dahulu saya melakukan operasi menjahit di rumah tidak semua yang suka datang ke rumah. Mungkin segan atau malas mencari lokasi rumah saya. 

Baru-baru ini saya diserbu oleh pelajar dari UKM untuk tempahan menjahit baju batik. Tiga belas orang semuanya. Mereka adalah dari group PALAPES UKM yang perlu berpakaian batik untuk function mereka nanti. 

Hanya melalui penyampaian dari mulut ke mulut mereka akhirnya mengetahui tentang perkhidmatan menjahit yang saya sediakan. 

Untuk menyebarluas perkhidmatan menjahit yang saya sediakan saya perlu mempromosinya secara online dan offline. Saya perlu bersedia menjadi seorang usahawan berbanding hanya sebagai tukang jahit. Banyak lagi yang saya perlu belajar,

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018