Saya akan balik kampung mulai hari Ahad, 15.3.2015 hingga Khamis ini, 19.3.2015. Sebarang pertanyaan mengenai tempahan menjahit boleh hubungi no telefon saya. InshaAllah saya akan cuba menjawab.
Sebarang tempahan yang belum siap saya minta tangguh dahulu. Tak sempat nak siapkan semua. Saya akan cuba siapkan secepat mungkin selepas ini. Jika ada tempahan yang sudah lama dibuat harap maklumkan kepada saya. Mungkin saya terlepas pandang.
Sudah lama saya tak pulang ke kampung sejak hari raya haji yang lepas. Beberapa kali cuti sekolah termasuk pada bulan Disember yang lepas terpaksa saya tangguhkan kerana memberi keutamaan kepada tempahan pelanggan. Saya bekerja siang dan malam untuk siapkan tempahan. Saya perlu berhenti sebentar dari menjahit untuk melawat dan bertanya khabar keluarga di kampung. InshaAllah setiap tempahan akan disiapkan dengan kadar segera selepas saya balik semula ke sini nanti. Sabar ya.
Aktiviti menjahit saya selepas ini akan menjadi lebih sibuk kerana tempahan untuk hari raya 2015 sudah mula diterima. Tidak kurang juga yang sudah booking dari awal. Beberapa gulung kain untuk tempahan shawl juga sudah sedia menanti.
Balik ke kampung adalah peluang saya untuk berehat sekejap dari menjahit. Masa untuk saya melawat saudara mara dan membawa anak berjalan-jalan.
Blouse dan shawl instant yang saya sempat siapkan untuk saya pakai semasa pulang ke kampung nanti. Jika setiap hari saya menjahit untuk pelanggan, perlu juga sesekali menjahit untuk diri sendiri pula.
Jumpa lagi pada Jumaat ini.
No comments:
Post a Comment