Wednesday, 1 October 2014

Shawl Instant Bunga Ros



Akhir-akhir ini memang banyak pertanyaan tentang shawl instant. Untuk shawl instant bunga ros ini sedikit rumit untuk membentuk bunga ros itu sendiri kerana kuntum bunga ros yang sudah siap tidak ada dijual. Oleh sebab itulah mengambil sedikit masa untuk membuatnya.  

Saya sudah pernah postkan entri berkaitan shawl instant bunga ros ini. Ini adalah tempahan terbaru untuk shawl instant bunga ros ini. Warna shawl merah dengan bunga ros biru adalah permintaan dari pelanggan sendiri. 

Banyak sudah saya postkan pelbagai fesyen shawl dan tudung dalam blog ini. Blog ini dah jadi macam album pula untuk koleksi tudung dan shawl. Apa-apa pun tetap menarik untuk dijadikan rujukan.

Tuesday, 30 September 2014

Loop Shawl

Sediakan kain dan lipat 2

Jahit tepi cantum dan jahit tepi keliling

Loop shawl

Pelbagai warna loop shawl



Pada entri yang lepas saya telah tunjukkan loop shawl ini dengan tajuk shawl sarung. Untuk loop shawl yang lepas menggunkan kain lycra. Kali loop shawl atau shawl sarung ini adalah dari kain chiffon.

Cara menjahitnya juga mudah. Potong kain dan lipat menjadi dua seperti gambar di atas. Jahit tepi pada penghunjung kain menjadi seperti sarung. Kemudian jahit tepi halus keliling. Terhasillah loop shawl seperti gambar di atas.

Cara memakainya juga mudah. Sarung sahaja di kepala. Pelbagai warna plain loop shawl ini ditunjukkan seperti di atas.

Monday, 29 September 2014

Tukar Awning & Tambah Awning

Tukar Awning Tudung

Tambah Awning Pada Shawl



Tambah Awning Pada Shawl

Ramai yang menghantar kepada saya untuk tukar awning tudung sejak saya post servis ini pada entri yang lepas. Tudung yang mahal jika awningnya rosak, terlipat, patah tentunya merugikan. Oleh itu jika boleh hantar untuk tukar awning dengan pilihan warna sendiri dapat menjimatkan wang. 

Selain itu ada juga yang berminat dengan shawl berawning dengan menambah awning pada shawl pilihan seperti pelanggan saya di atas. Nampak cantik dan mudah dipakai.


Saya sudah tunjukkan tutorial cara untuk tukar awning tudung pada post yang lepas. Cara untuk tambah awning pada shawl juga boleh rujuk kepada tutorial yang sama. Boleh buat sendiri jika rajin. Jika tidak rajin boleh sahaja hantar kepada saya. Saya menjahit setiap hari. 


Sunday, 28 September 2014

Shawl Instant Pattern Biasa



Dalam beberapa entri yang lepas saya tunjukkan beberapa contoh shawl instant. Shawl instant yang ditunjukkan dijahit dengan pattern-pattern tertentu seperti ada tambahan bungan ros, jahitan kedut, jahitan pleated, syria lipan, syria biasa dan lain-lain.

Bagi mereka yang menggemari shawl instant tetapi tidak mahu tambahan hiasan atau bentuk pattern seperti yang saya tunjukkan dalam entri-entri yang lepas mungkin boleh mempertimbangkan memakai shawl instant tanpa ada pattern atau corak tertentu. Shawl instant yang saya tunukkan di atas adalah contoh shawl instant biasa tanpa tambahan pleat, kedut dan lain-lain tetapi tetap menarik. Dengan warna pilihan plain atau bercorak mampu memberi aura tersendiri apabila memakai shawl ini. Cara menjahitnya juga mudah seperti mana menjahit shawl instant yang lain.

Kepada yang baru menjumpai blog ini, lihat entri-entri yang lepas untuk pelbagai jenis pattern shawl instant yang lain.

Thursday, 25 September 2014

Instant Shawl Pleated Ala-Ala Bokitta Shawl



Instant shawl memang digemari ramai bahkan menjadi fenomena sekarang. Ini berdasarkan pertanyaan yang diterima hampir setiap hari. Shawl yang saya tunjukkan di atas adalah dalam kategori shawl instant yang paling mudah dipakai. 

Instant shawl ini dijahit dengan jahitan pleated. Cara memakainya shawl ini memang mudah berbanding dengan shawl yang lain. Tidak perlu pin. Tidak perlu membelit untuk membentuk shawl di kepala. Hanya sarungkan sahaja di kepala. Terus terbentuk dan elok sekali terletak di kepala. Sesuai kepada mereka yang sibuk dan mementingkan masa untuk perkara lain yang menjadi prioriti tetapi masih ingin bergaya dengan shawl.

Biasa dengar task Bokitta Shawl atau Bokitta hijab? Bokitta hijab dikatakan berasal dari Lebanon atau Lubnan. Di bawa masuk ke Malaysia dan dipromosikan pula oleh artis menjadikan ianya popular. Bokitta shawl ini adalah instant shawl yang mudah dipakai tanpa perlu membelit dan menggunakan pin. Hanya sarung sahaja di kepala terus menjadi. 

Shawl pleated yang saya tunjukkan di atas adalah ala-ala shawl bokitta ini. Mudah dipakai. Oleh sebab itu ada yang meminta saya menjahitnya.  Saiznya lebih labuh dan mengikut saiz muka orang Melayu. 

Sudah banyak instant shawl saya tunjukkan dalam blog ini. Instawl shawl pleated ala-ala bokitta inilah yang saya rasa paling mudah dipakai. Mesti ramai yang berminat. Di bawah ini ada beberapa lagi contoh shawl instant pleated yang saya jahitkan.



Shawl instant pleated bercorak.



Shawl instant pleated dark brown



Shawl instant pleated bercorak

Untuk melihat berbagai fesyen shawl instant, rajin-rajinlah selak entri yang lain dalam blog ini. Setiap entri ada ceritanya tersendiri. Mungkin boleh memberi idea juga jenis shawl yang ingin dipakai atau dijual.

InshaAllah ada beberapa lagi fesyen shawl instant yang saya akan postkan dalam blog ini. Rajin-rajinlah singgah di blog ini selalu.

Wednesday, 24 September 2014

Oblong Shawl



Terdapat pelbagai nama diberi untuk shawl. Ada yang diberi berdasarkan nama fabrik atau kain seperti shawl chiffon, shawl lycra, shawl satin, shawl sari dan banyak lagi. Ada yang diberi berdasarkan bentuk geometrinya seperti shawl halfmoon, shawl bulatan, shawl empat segi dan sebagainya. Ada yang memberi nama shawl berdasarkan bentuk potongan shawl.

Untuk mempopularkan jenama sesuatu shawl, ada yang memberi nama shawl dengan nama sendiri, nama anak-anak dan lain-lain. Dalam strategi untuk melaris perniagaan ada yang memberi nama shawl dengan nama isteri-isteri nabi. Artis terkenal pula menggunakan nama masing-masing untuk melariskan shawl mereka terutamanya kepada peminat mereka sendiri. Pelbagai nama diberi untuk shawl yang kadang-kadang design dan patternnya sama sahaja.

Oblong shawl adalah salah satu nama shawl berdasarkan bentuk geometrinya iaitu bentuk bulat yang ditarik memanjang melebihi lebarnya. Lihat contoh di atas.

Cara membuat shawl oblong ini tidak susah. Beli kain 2 meter bidang 60 atau bidang 45. Belah di tengah secara memanjang. Buat potongan curve di kedua-dua hujung. Jahit tepi disekeliling shawl. Siap. Terhasillah 2 keping shawl oblong. Kain bidang 60 mempunyai lebar yang lebih daripada bidang 45.

Untuk pattern yang berlainan pula boleh potong menyerong di tengah-tengah. Gabungkan kain plain dengan kain bercorak seperti di bawah. Jahit cantum atau jahit sambung antara kedua-duanya. Terhasillah shawl oblong dengan gabungan corak dan plain. Mudah sahaja.


Gambar di bawah adalah beberapa contoh lagi shawl oblong.





Kat mana nak cari jahit tepi halus shawl yang nampak curly atau beralun macam dalam gambar? 

Senang sahaja. Cuba cari guna google. Pasti ada yang menawarkan servis ini.

Tuesday, 23 September 2014

Shawl Lycra Butterfly Berawning



Sejak saya postkan entri berkaitan shawl butterfly dan shawl butterfly berawning, saya sering mendapat pertanyaan untuk tempahan dan juga untuk membeli pola. Sekurang-kurangnya saya berjaya menjual 3 hingga 5 pola seminggu. Tempahan untuk  tempahan dan menjahit shawl ini juga sentiasa ada sepanjang masa.

Carian menggunakan keyword shawl butterfly, shawl butterfly berawning, cara jahit shawl butterfly dan juga pola shawl butterfly antara yang banyak dilakukan  melalui google oleh pengunjung sehingga membawa mereka ke blog ini. Antara shawl lain yang mendapat sambutan pada masa sekarang adalah instant shawl atau pun shawl segera.

Shawl butterfly ini dan instant shawl sentiasa dicari dalam trend shawl sekarang mengikut analisis keyword yang saya lakukan untuk blog ini. Mungkin disebabkan cara pemakaiannya yang mudah dan nampak kemas. Saya sendiri sekarang memakai shawl butterfly atau pun instant shawl apabila keluar makan atau keluar berjalan-jalan.

Shawl di atas adalah tempahan dari pelanggan saya untuk kain jenis lycra warna coklat gelap. Awning pula adalah jenis soft awning. Kebiasaannya permintaan adalah dari kain chiffon. Apa-apa jenis kain pun tidak menjadi masalah kerana cara menjahitnya tetap sama.

Antara top ten keyword untuk blog ini dalam tempoh seminggu saya tunjukkan seperti di bawah di mana carian berkaitan shawl butterfly menduduki tempat ketiga.

Keyword blog ini dalam tempoh seminggu


Kalau nak jahit sendiri shawl ini samada berawning atau tidak berawning boleh beli pola dari Kak Ros. 

Nak buat tempahan shawl ini pun boleh juga . Kak Ros boleh sediakan kain. Untuk warna plain sahaja.

Kalau saya nak hantar kain sendiri untuk Kak Ros jahit. Boleh tak?

Boleh juga.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018