Untuk mempopularkan jenama sesuatu shawl, ada yang memberi nama shawl dengan nama sendiri, nama anak-anak dan lain-lain. Dalam strategi untuk melaris perniagaan ada yang memberi nama shawl dengan nama isteri-isteri nabi. Artis terkenal pula menggunakan nama masing-masing untuk melariskan shawl mereka terutamanya kepada peminat mereka sendiri. Pelbagai nama diberi untuk shawl yang kadang-kadang design dan patternnya sama sahaja.
Oblong shawl adalah salah satu nama shawl berdasarkan bentuk geometrinya iaitu bentuk bulat yang ditarik memanjang melebihi lebarnya. Lihat contoh di atas.
Cara membuat shawl oblong ini tidak susah. Beli kain 2 meter bidang 60 atau bidang 45. Belah di tengah secara memanjang. Buat potongan curve di kedua-dua hujung. Jahit tepi disekeliling shawl. Siap. Terhasillah 2 keping shawl oblong. Kain bidang 60 mempunyai lebar yang lebih daripada bidang 45.
Untuk pattern yang berlainan pula boleh potong menyerong di tengah-tengah. Gabungkan kain plain dengan kain bercorak seperti di bawah. Jahit cantum atau jahit sambung antara kedua-duanya. Terhasillah shawl oblong dengan gabungan corak dan plain. Mudah sahaja.
Gambar di bawah adalah beberapa contoh lagi shawl oblong.
Kat mana nak cari jahit tepi halus shawl yang nampak curly atau beralun macam dalam gambar?
Senang sahaja. Cuba cari guna google. Pasti ada yang menawarkan servis ini.