Bila Baju Dah Siap Jahit
- Terasa puas hati tak terhingga kerana dapat melihat hasil jahitan sendiri.
- Jika jahit baju sendiri bolehlah melaram dengan baju baru.
- Jika jahit untuk pelanggan, terasa sangat lapang di dada. Tak ada lagi kena ligan dengan pelanggan yang asyik bertanya baju bila nak siap.
- Bolehlah rehat sekejap,baring-baring untuk menghilangkan lenguh di badan sambil berebut TV dengan anak-anak untuk tengok cerita Hindustan atau pun drama Melayu.
- Boleh ambil gambar dan upload ke blog atau facebook. Blog pun nampak sentiasa hidup walaupun tak tulis apa-apa.
- Ada-ada sahaja idea untuk tulis entri blog.
- Boleh cuba untuk buat tutorial tudung baru dan masukkan ke dalam blog.
- Boleh mengemas rumah dan menyusun semula kain dan barang-barang menjahit.
- Boleh telefon adik beradik di kampung bertanya khabar.
- Boleh memasak sendiri resipi istimewa Bihun Sup Daging Utara. Hari ini kan hari minggu. Semua ada kat rumah.
- Boleh ambil tempahan baru.
Jika pelanggan datang ambil baju. Ada la duit sedikit.
- Boleh bawa anak-anak pergi tengok Pesta Buku Lelong Big Bad Wolf 2014 di The Mines Seri Kembangan.
- Atau pun pergi berjalan-jalan sambil shopping di Alamanda, Putrajaya.
- Malam nanti boleh belanja suami dan anak-anak makan di restoran kat luar.
- Macam-macam boleh buat.
"Kak Ros, tudung saya dah siap ka, belum?"
"Belum"
"Besok boleh siap tak?
Baru sahaja nak berangan-angan dah ada pula yang tanya tudung dia.